Wednesday 12 March 2008

Ini Perang Anda Bukan Perang Kami

Bila rakyat berpusu-pusu memenuhi Kuala Lumpur menuntut pilihanraya yang bersih, mereka memperjuangkan nasib Negara. Ramai yang rela berhadapan dengan segala macam risiko; risiko di pukul; risiko di gas mata mereka simgga pedih tak terhingga; risiko di sembur dengan air dicampur kimia yang menggatalkan dan menyengat. Mereka rela sebab negara yang tercinta.

Bila HINDRAF menganjurkan perhimpunan aman menuntut orang-orang India diberikan keadilan; menuntuk mereka dibawa bersama dalam arus pembangunan; menuntut mereka dianggap sebagai manusia bermaruah, mereka memperjuangkan bangsa mereka yang jelas terpinggir.

Sekarang, pilihanraya telah tamat dan rakyat telah bersuara. Pilihan mereka dibantu oleh layanan yang mereka dapat semasa mereka berkumpul secara aman itu. Mereka menolak apa yang mereka lihat sebagai ketidakadilan dan kezaliman. Mereka mahu mengajar mereka yang zalim itu bahawa, buat lah apa yang mereka nak tapi ingat pada akhirnya rakyatlah yang akan menentukan.

BN telah kehilangan majority dua pertiga yang sentiasa dibanggakannya itu. Empat lagi negeri jatuh ke tangan pembangkang. BN berada dalam kedudukan ganjil dimana mereka sendiri adalah pembangkang di lebih dari separuh negeri-negeri di Semenanjung. PM telah menerima kekalahan ini. Dia telah mendengar suara rakyat dengan kuat dan jelas. Dia tidak menghalang mana-mana negeri yang kalah untuk menubuhkan kerajaan. Untuk itu, suka atau tidak, kita patut bersyukur. Nasib kita jauh lebih baik dari tahun 1969.

Samada PM benar-benar akan berusaha untuk mengubah negara ini mengikut piwaian antarabangsa hanya masa akan menentukan. Samada PM masih lagi suka berbohong, kita tunggu dan lihat. Samada UMNO akan terus bersikap angkuh dan sombong, tunggu saja lah.

Hidup ini mestilah menerima hakikat. Kalau setelah kita berhempas pulas mencuba sesuatu tetapi lain yang terjadi, baru lah kita kata sudah takdir dan kita mesti terima takdir. UMNO mesti terima sebagai takdir bahawa mereka telah kalah di lima negeri walau bagaimana mengaipkan hakikat ini. Rakyat juga mesti terima hakikat bahawa, bagaimana lemah pun kerajaan BN, mereka tetap telah memenangi pilihanraya yang ke 12 baru-baru ini. Samada terdapat penipuan pada skala raksasa atau penipuan pada skala kecil, hakikat tetap hakikat. Kita kena terimanya. Yang tinggal ialah untuk negeri-negeri di bawah naungan pembangkang mentadbir dengan baik dan pilihanraya ke 13 mungkin menjadi satu scenario yang baru.

UMNO lemah, UMNO bergolak; itu UMNO punya pasal la. Ahli-ahli UMNO mahu ka tak mahu Pak Lah terus memimpin, itu mereka punya pasal. Itu krisis dalaman. Baru-baru ini ada ura-ura bahawa satu perhimpunan hendak diadakan untuk memprotes Pak Lah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan orang ramai dijemput untuk sama-sama menyertainya. Penganjur mahukan Pak Lah tidak mengangkat sumpah dan dengan itu maka terbuka luas lah bagi Najib menerajui negara.

Sebelum itu seorang bekas PM telah membuat kenyataan bahawa Pak Lah telah hancurkan BN dan UMNO maka Pak Lah mesti bertanggungjawab. Dia juga mencadangkan bahawa penggantinya sepatutnya ialah Najib sebab Najib diterima sepenuh oleh orang-orang Pekan dengan peningkatan majoritynya. Adakah ini juga bermakna bahawa Najib juga diterima oleh rakyat Malaysia keseluruhannya?

Pada malam pilihanraya, Ketua Polis Negara telah membuat kenyataan bahawa rakyat tidak menimbul kekacauan dan saya setuju. Peristiwa Mei 13 berlaku disebabkan oleh kekacauan selepas pilihanraya pada tahun itu. Pengganjur yang meyeru rakyat untuk berkumpul pada hari itu adalah orang yang sangat-sangat tidak bertanggungjawab kerana walaupun tahu seruan mereka adalah merbahaya, tapi mereka masih tetap menyeru dengan menggunakan blog-blog.

Itu adalah masalah dalaman UMNO. Siapa yang jadi Presiden UMNO adalah masaalah mereka. Rakyat telah melantik BN sebagai kerajaan maka pembangkang pun kena terima hakikat itu seperti mana Pak Lah terima hakikat bahawa BN telah kecundang di 5 buah negaeri.

Panggilan ini didalangi oleh orang-orang UMNO sendiri yang mahu perubahan dalam rumahtangga mereka. Mengapa menjemput orang lain? Apa akan berlaku sekiranya ada para provokatur yang menghuru harakan perhimpunan itu pada masa yang sangat sensitif ini? Siapakah yang akan mendapat untung sekiranya keadaan menjadi huru-hara sehingga Pak Lah seperti Tunku dulu terpaksa letak jawatan? Kalau pada zaman Tunku dulu Tun Abdul Razak naik maka nampaknya kalau jadi kacau dan Pak Lah turun, anak Allahyarham Tun pulak yang akan naik. Siapa pulak yang terang-terangan mendesak Pak Lah turun dan menamakan Najib sebagai pengganti?

Bukankah UMNO ada mekanisma dalaman untuk menentukan siapa jadi Presiden? Bukan lama sangat pun, bulan September saja. Adakah penganjur ini takut Pak Lah akan menidakkan mereka peluang untuk mengangkat orang mereka pada bulan September sehingga menyeru rakyat berhimpun dan berprotes? Sebelum berbuat demikian, mereka perlu lihat dulu alternatif yang disediakan kepada rakyat. Adakah Najib lebih baik daripada Pak Lah? Mengapa kita penyokong pembangkang harus menolong mereka menaikkan Najib?

Mungkin penyokong pembangkang sangat marah dengan Pak Lah kerana mengabaikan negara tetapi ramai penyokong pembangkang tahu bahawa Najib juga bersekongkol dalam proses pengabaian ini. Saya bercakap tidak mewakili sesiapa selain daripada diri saya sendiri. Saya rela tunggu sehingga pilihanraya sekali lagi untuk jatuhkan BN sepenuhnya daripada membantu mereka menaikkan seorang yang tak kurang dosanya kepada negara. Saya juga nampak dengan jelas siapa yang sebenarnya untung daripada ini semua sekiranya ia berlaku. Cuba teka siapakah yang akan diambil oleh Najib sebagai orang kuatnya untuk menggantinya kalau dia naik?

6 comments:

Kerp (Ph.D) said...

mereka tak akan mengaku tapi hakikatnya tiada seorang pemimpin umno yang berkaliber, bersih, amanah dan mesra-rakyat yang mampu mengepalai pentadbiran negara.

selepas najib kita cuba tengok siapa. muhyiddin? mungkin kita belum dengar tentang sebarang skandal kawan kita sorang ni secara umum tapi karisma beliau sebagai seorang pemimpin bertahap dunia satu haram pon takde lansung.

perhimpunan agong umno nanti akan jai menarik sebab kita akan dapat lihat percaturan baru dalam kepemimpinan parti melayu yang satu ni. tapi siapapun yang dipilih tak mungkin mampu menang hati rakyat sebagai seorang berkelayakan memegang portfolio perdana menteri negara.

Anonymous said...

Nasihat pada Umno>
1. jangan ambil lewa sokongan orang Melayu
2. jangan jadikan Malaysia seperti milik keluarga sendiri. Boleh buat suka hati.

Unknown said...

Kerp,
Muhyidin doesn't have the class to be PM. He would be as mediocre as Pak Lah and easily manipulated. We should cadang they take Doc, Tokasid jadi PM. Buleh la kita merasa jadi pol sec ka, private sec ka? hehehehehe

Unknown said...

Hamzah,
Nasihat yang sungguh bernas. Mereka buat negara ni macam negara mak bapak mereka dan sangat lah sombong pulak tu. Menunjuk2 kekayaan yang dapat secara rasuah.

Unknown said...

Salam bro...

Banyak teka-teki dan soalan-soalan cepumas you tu...Buat I terfikir memikir... Payah ni, kita dah macam takde yang berkaliber dlm BN? Tetiba, sume hilang sengat dan ketokohan...Ish..ish...

Unknown said...

Raden,
Ketokohan depa adalah diada2kan oleh media, sengat mereka adalah sengat palsu. Is there really one of them who has the caliber to take over. By caliber tu mesti lah jugak termasuk intergrity.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive