Monday, 31 March 2008

TOK BATIN, TOK KETUA DAN KUNCU 22

Aku nak tulih sikit hari ni pasai drama komedi dan cerita katun yang melanda negeri Terengganu sampai ada manusia yang sanggup menderhaka kepada Agong. Memang betoi la bila kuasa buleh disamakan dengan kekayaan, manusia akan jadi gila dan bertindak tanpa pikiaq dengan betoi. Bila dipisahkan dengan kuasa gila dia lagi terok dari gila talak.

Kita mula sebelum pilihanraya. Depa kata semua calon depa dah di tapis. Yang depa lupa habaq ialah depa pakai jaring pukat tunda untuk tapis serbok kopi. Jadi bersedialah depa untuk bertanding habis-habisan demi Bangsa, Negara dan Agama. Fulamak, bila dengaq saja meremang bulu ketiak. Mau tak meremang, ni depa nak pertahankan Bangsa, Negara dan Agama?

Lepaih tu depa guna lah khidmat hantu hantu impot untuk undi. Kita pendekkan cerita lah dan umumkan kemenangan depa. Melompat sekoq2 punya lah sakan sampai kera-kera merajuk pasai depa tak buleh lompat macam tu. Yang sekoq tu, dulu dia Tok Ketua depa la, dah mula dok plan siap-siap apa dia nak buat. Entah entah barisan exco dia pun dia dah siap apa? Kawan-kawan lama pun mai la bertandang, ucap tahniah dan janji tetap setia sehidup semati dengan dia. Kalau dia melatah 'opocot' pun depa gelak bedekah-dekah sampai pecah perot.

Lepaih tu Tok Ketua dah dok rasa tak berapa seronok dah. Watikah dia tak sampai lagi. Dia pulak dengaq cerita-cerita kurang sedap dari Istana dan Putrajaya. Jenoh berulang alik lah dia ke Putrajaya jumpa Tok Batin. Tok Batin pun habaq lah kat dia yang Istana tak berapa bekenan kat dia so perlantikan dia kena delay sikit. "Sat saja", Tok Batin kata. Dia pun balik dan paksa diri untuk senyum kat penyokong-penyokong, dan kaki kaki ampu dia.

Ada yang perasan Tok Ketua tak berapa form sangat. Dia pun mula dok gelabah jugak pasai Tok Ketua dah janji habuan dia. Bertaboq lah buah anggur dari tangan dia bila dia dengaq Tok Ketua kata, Istana tak mau dia. Kecut perut dan kecut lagi lah teloq dia. Mampoih kalau Tok Ketua tak dapat. Si pengampu nombor satu pun mula lah rancang tindakan nak ajaq Istana dan jugak orang yang Istana mau.

Dia pun cadang depa ramai-ramai tunjuk sokongan depa kat Tok Ketua. Untuk nak ajaq orang pilihan Istana, depa buat laporan kat BPR kata dia rasuah. La, macam mana ni? Kan baru saja hari tu kata semua dah tapih? Macam mana buleh ada kes pulak? Aaalah, biaq pi la, kuasa punya pasai, orang nak kata penipu pun kata lah, lagi pun paper dan TV bukan nak sentuh cerita tu.

Tok Batin jatuh tersungkoq bila dengaq Istana dah umum sapa dia mau. Dia tau mesti Tok Ketua pilihan dia dengan balaci-balaci dia dok teloncat-loncat macam kera kena cabai di pungkoq depe. "Hai, mana buleh tolak pilihan kami"? Tok Batin kata. "Kami yang menang, kami lah pilih", dia tambah lagi. Ni dah terok ni. Ni bunyi macam derhaka ni. Apa tak pikiaq ka sebelum nak cakap? Orang kata sikit saja, hampa mengamok satu Malaya kata biadap lah, derhaka lah, kurang ajaq lah. Ni hampa terang-terangan lawan perintah Tuanku macam mana?

Depa tak puaih hati, depa cari lah barua-barua depa untuk tunjuk perasaan. Barua yang ada tak berapa banyak pun. Ada jugak yang takut nanti orang kata derhaka jadi dia bagi jawapan standad la, "Hang pi, hang lawan, aku sokong dari belakang". Depa pun kena lah bok keluaq duit untuk mencari barua upahan. Barua upahan peduli apa, bagi duit apa pun buleh jadi. Depa pun ramai-ramai, yang tak berapa ramai tu, bawak sepanduk dan tunjuk perasaan. Polis pun pi lah nak kawai pasai ada tunjuk perasaan tapi depa tak bawak gas pemedih mata. Cota pun depa tak bawak. Depa bawak teloq depa yang melandoq tu saja.

Tok Batin mula la tak seronok pasai dia dengaq ada sepanduk yang tak elok pun depa angkat. TV3 yang selalu dok jilat pungkoq depa, tersiar, atau sengaja siar, yang mana satu tak tau lah, sepanduk tu. Tok Batin dengaq rakyat dah dok hot dengan depa ni pasai kurang ajaq sangat lawan cakap Istana.

Tok Batin pun pi la jumpa Agong. Pedih telinga dia kena lecture. Dah la tu, Agong nak tengok akaun pulak. Mampoih la kalau kena tunjuk akaun pasai akaun Wang Ehsang tu depa tulih dalam buku 555 saja. mau tak mau, kena ikut cakap lah jugak. Tok batin pun talipon kat Tok Ketua kata sorry lah, dia tak boleh tolong. Punya lah sedih dan punya lah hiba dia dan kuncu 22 dia.

Maka Tok Batin, Tok Ketua dan kuncu 22 pun ramai-ramai cari straw untuk minum (bukan jilat) balik ayaq lioq depa. Ada bawa perasa vanilla, ada bawa perasa strawberry, ada bawa perasa durian dan ada jugak yang tambah dengan budu. Pernah dengaq dak pepatah Melayu yang berbunyi, dah jatuh di timpa tangga lepaih tu tin cat jatuh terserkop muka, bangun jalan melelong lelong kena pulak langgaq kereta, terpelanting ataih jalan raya, tergulin-gulin jatuh dalam paya dan last sekali kena baham boya? Pernah dengaq dak? Pernah kan? Yang tu lah jadi kat Tok Ketua dan 2 sahabat penyamun dia. Dah lah tak dapat apa, yang ada pulak di ambik orang. Gelaran Datuk yang Agong bagi, Baginda tarik balik. Aduh malu, punya lah malu, rasa serupa dok jalan tak pakai seluaq, nak tutup tak buleh pasai tangan kena ikat di belakang dan si Awang tu pulak dok berdiri tegak macam orang dok nyanyi Negara Ku.

Yang lagi menyakitkan hati bila pi saksi si pilihan Agong tu angkat sumpah. Dah lah tengok takhta dirampas orang, pasai nak berdrama untuk akhbar punya pasai kena dakap pulak dengan dia, kononya, semua dah okay. Heee, geram nya aku, geraaaaaaaaaam.

Bila tengok betapa Tok Ketua tersiksa kesian pulak aku, jadi teringin lah aku sebagai orang yang bukan muda bagi sepatah dua kata untuk naikkan semangat depa balik supaya depa akan terus berjuang untuk Bangsa, Negara dan Agama. Dengaq baik-baik ya, PADAN MUKA.

20 comments:

Kerp (Ph.D) said...

hehehhehehe...right in the face.

nama je mulia tapi si chief pengampu tu lah perosak bangsa yang banyak jalankan keje kotor demi tok batin, tok ketua dan kery secara lansung ataupon tidak. ultimately kepada tuanku patrick the emperor.

monsterball said...

Intermission time for monty.
Tak perapa phaham la.
Seems like TKN is targeting one race for this post.
He is a racialist.......hahahahahaha

tokasid said...

Che'gu:

Setakat ni begitulah kesah Tok Ketua dan Kuncu 22. Tapi kita semua tau cerita ni baru masuk 10 menet saja. Ada lagi 160 menet lagi waktu tayangan. Kena kena sebab cerita ni akan panjang umpama filem Tamil.

Tok Ketua walau takdak kosa sekarang tapi dia tak akan stop takat jadi Adun cabok saja. Dia akan usaha bagi Tok Ketua baru tu jatuh.Dia nak buktikan kata2 Rais yang memang dah Yatim bahawa Tok Ketua baru akan jatuh bedebuk! macam nangka masak.

Kalau depa dah ada perasaan jaki tak orang lain depa akan ghetiaq bagi mat tu jatuh punya.

Ni nak bagitau saja la...Tok Batin pun tengah dok usaha nak pejatuh Timbalan Tok Batin tahun ni jugak. Walaupun ex- gomen dan anak dia dok usaha nak penaik Timbalan Tok batin, Tok batin tak risau. Dia akan kamceng ngan sapa saja supaya Timblan Tok Batin kena penendang flying kick Bruce Lee kali ni.

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Like you last statement: PADAN MUKA!

Do catch on JIWO KELATE on this matter too! :)

hantutelur said...

Don't worry, Monty. It's hard for me also to comprehend the story. It's like listening to a Hindi song, if you can't understand the lyrics, just enjoy the music.

Chegu, doc, ceritera Tganu mungkin panjang lagi, mungkin dah nak selesai, bergantung sama ada tindakan akan dibuat atau tidak ke atas 23 ADUN durhaka tu. Tapi di Perak lebih dramatik lagi. Penyokong BN yang dah mula nak jalan terkeluai la ni segaq semula. Satu ADUN DAP dah letak jawatan dan mengosongkan kerusi DUNnya. Jurang semakin rapat di antara BN dengan BR.

Saya dah habaq, pakatan BR tak teguh. Payah nak bendung ketamakan satu2 kaum... maklumlah dah gila kuasa.

Peace

hantutelur said...

Alahai gelinye teman nengok gambor ni!

suealeen said...

Pernah dengaq dak pepatah Melayu yang berbunyi, dah jatuh di timpa tangga lepaih tu tin cat jatuh terserkop muka, bangun jalan melelong lelong kena pulak langgaq kereta, terpelanting ataih jalan raya, tergulin-gulin jatuh dalam paya dan last sekali kena baham boya? Pernah dengaq dak? Pernah kan?

********************

saya gelak sakan baca tang ni.. bahasa utagha ni kalo dengaq lawak, kasaq pon ada..

saya asai peghak utagha.. cakap soma campoq saja.. hehehe

tokasid said...

Minta laluan.

Hantutelur: DAP rep resign? Where can I read that piece of news?

Gambaq apa yg geli geleman?

hantutelur said...

well doc, it's already on the news.

asyik nak nangis je dia ni

hantutelur said...

update: that DAP rep just retracted his resignation. Talking about flip flops... they seems to be everywhere.

Kata Tak Nak said...

kerp,
Ni dok pikiaq dia punya sequel sbb the backstabbing is not over yet.

Kata Tak Nak said...

monsterball,
I must also write in Malay then it is fair. We do want to be fair right?

Kata Tak Nak said...

Doc,
Memang baru 10 menet saja. Yang lagi 170 minit tu tentu ganaih punya. Buboh seks sikit, nala punya dasyat.

Kata Tak Nak said...

Shah,
I was waiting to use that phrase and finally manage to put it into context.

Kata Tak Nak said...

Hantutelor,
You have been in politics for quite a long time so you should know not to celebrate too early. Politics is the art of the possible. Look what happened? Now you are disappointed.

Kata Tak Nak said...

Suealeen,
Peghak utagha ka. Bahasa dia lain skit. Kalu kemuntin, tepen, dia nak sama la. Saya suka yang Kuala punya, sedap dengaq.

hantutelur said...

Chegu, like watching football, one will cheer each time his team score. He will sulk if the other team score. He will only celebrate if his team win.

Kata Tak Nak said...

Hantutelor,
I have another philosophy, take a deep breath first, because something could happen while you are doing it. Right now I am not rejoicing just yet because that fella is bargaining for something and you wouldn't know what he will do if he does not get it.

hantutelur said...

He felt betrayed coz he didn't get the exco job and that Indians do not get good representation in the state's exco. The best he could get would be the speaker job, and he didn't like it at all. I don't know why he did the u-turn only a couple of hours after he tendered the resignation. Money, or life? Or pretty fuckable genius?

suealeen said...

chegu... yang tu orang kate cakap kuale..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive