Friday, 28 March 2008

Alahai! Nasib

S/U: Boss, ada orang nak jumpa.

AS: Dia ada appointment ka? Aku ada banyak kerja ni.

S/U: Kerja apa boss? Tadi saya tengok dok main video game aje.

AS: Ish budak ni, nanti orang tu dengar la. Aku transfer baru tau.

S/U: Tak apa boss, dia gi bilik air kejap.

AS: Ha! gi bilik air? Kenapa kau senang2 bagi orang guna bilik air ni?

S/U: Ala boss, dia jugak yang buat bilik air ni boss. Takkan tak boleh bagi dia guna?

AS: Deris ka? Ha nanti suruh dia masuk. Suruh dia ketok pintu dulu.

S/U: Baik boss. Ha Che Deris, boss kata boleh jumpa dia. Tolong ketok pintu dulu dan tunggu dia suruh masuk ya.

Deris: Apa, ketok pintu? Aku kena ketok pintu? Aku yang renovate pejabat ni jadi macam istana, aku kena ketok pintu pulak?

S/U: Ini pejabat Menteri Besar Che Deris, dan Che Deris bukan Menteri Besar, so kena ikut peraturan la. Dulu pun Che Deris pernah marah saya sebab biar orang masuk tanpa ketok pintu.

Deris: Oh, nak balas dendam la ni?

S/U: Bukan balas dendam Che Deris, cuma ikut peraturan pejabat. Hm, En. Patrick tak datang bersama?

Deris: Milah, awak jangan nak perli saya, nahas nanti.

S/U: Eh, perli apa Che Deris? Saya tanya saja. kan dulu selalu bersama? Takpa la Che Deris, saya ada banyak kerja ni. Nak kena contact kontraktor suruh renovate pejabat ni sebab boss kata dia tak suka, macam wat Siam dia kata. Dia bagi peruntukan 5 juta Che Deris.

Deris: Wat Siam? Celaka punya Mat. Alah, 5 juta tu nothing la. Dulu saya renovate, 15 juta. Saya masuk ya.

S/U: Jangan lupa ketok pintu.

AS: Oh Deris, masuk, masuk.

Deris: Terima kasih.

AS: Ehem, ehem, saya tak suruh dudok pun?

Deris: Oh, maaf. Dah biasa sangat.

AS: Tak apa saya faham tapi setakat sini saja la ya. Meja tu saya yang punya.

Deris: Saya tahu. Kalau tak ada perkara yang penting, saya pun tak datang.

AS: Ha, apa yang penting sangat sampai pagi-pagi lagi dah datang? Dulu saya dengar ada orang cerita yang you kata, kalau saya jadi MB, you tak akan pijak dah bangunan ni.

Deris: Sebab penting sangat la, saya langgar sumpah ni. Sebab negeri. Untuk kepentingan negeri, saya sanggup datang juga.

AS: Oh, demi kepentingan negeri? Serious saja bunyinya? Ha, duduk la, jangan lah berdiri situ macam Pak Guard pulak. Kalu nak jawatan Pak Guard ada la. Mana lah tahu, nak kerja part time ka?

Deris: Aku datang ni nak tanya tentang pembangunan Pulau Duyong tu. Minggu depan kontraktor utama nak masuk dah. Jadi sila sediakan segala yang mereka nak dan sediakan cheque untuk 50 peratus harga tender dan aku diberitahu yang harga kontrak keseluruhan dah naik lagi 70 peratus jadi sila kira baik-baik. Yang 50 peratus tu adalah berdasarkan harga baru, bukan harga lama. You tau kira dak. Aku ada calculator boleh pinjam. Tau ka guna calculator, kalau tak tau aku boleh tolong ajarkan.

AS: Oh, kontraktor nak masuk? kena siap 50 peratus atas harga baru yang dah di naikkan lagi 70 peratus? Tapi, kontraktor aku kata, tak naik apa pun? Aku tak payah kira pun, dia dah kira kan? Dia kata peruntukkan dulu tu dah lebih dari cukup?

Deris: Kontraktor mana ni? Gila ka?

AS: Oh lupa nak cakap. Aku dah terminate kontraktor lama tu, mahal sangat. Pusat pun dah setuju dah. Kontraktor lama tu baru saja dapat surat. Aku dengar dia ada di Tanjung Rambutan sekarang sebab terkejut. Deris! Deris! Deris! Deris. Ish susahkan orang saja la. Milah, panggil ambulance.

11 comments:

alqasam said...

Haha.

Totally sarcastic and how true!

tokasid said...

AS: Milah! Oh Milah....mane gi budok Milah ni pulok doh? Milah...

S/U: Datuk!

AS: Wat pe mung mengoh2 ni Milah? Mung kene kejor hantu ke?

S/U: Bukang Datuk. saye takdi gi toilet. Tukar pad. Ya ALLAH!!Ngape En Derih pengsang ke mapoh ni datuk?

AS: Dok tau saye...mung telipong ambuleng le ni jugok Milah....Jangang die mapoh sudoh...nanti oghang kata saye bui dia mapoh...hei susoh gini weh!

S/U: Ambuleng ong the way Datuk. saye simboh air ke muke dia boleh datuk? Mungking dia boleh sedor...

AS:Hah..molek jugok gitu Milah! Mung gi amek air di toilet bowl sana ...jangan air mineral.Mahal!

S/U: Air mangkuk jambang Datuk? Kottor air jambang Datuk...

AS: Dok kottor mane nye Milah...Kang semalang En derih dengang 22 YB laing doh jilak air lior semule. PokLoh Jing pong jilak jugok lepah jumpe tuanku Sultang.

Deris: Eh? Apa suda kena sama saya? Saya issekarang mana jugak? Wuyoo! Apa ini opis ada srupa wat Siam jugak....

S/U: Datuk! guane En Deris ngoyak macang samy belu pulok Datuk?

Kerp (Ph.D) said...

hehehe...che deris? that was sharp la boss. suddenly we have less datuk in the house!

iN@ said...

hihi..air toilet bowl?
kesiannn..
erm,btoika opis dia cam wat siam?
hihi

Kata Tak Nak said...

alqasam,
Underneath all that sarcasm are lessons for us, me included.

Kata Tak Nak said...

AS: Aiee, Deris, guane mu buleh kecek sghupe Samy? Mu adik beghadik ke?

Kata Tak Nak said...

Kerp,
I don not know iif he was ever conferred a Datukship by any other state, so as far as terengganu is concerned, he is a che.

Kata Tak Nak said...

in@,
Jangan percaya cerita saya. Wat Siam tu hanya penyedap cerita.

Zawi said...

Che'gu,
Kawang die kat negeri Han Tuah akan beghi die Datok baru sebgai ganti. Biase la tu nak jaga air muke die.

Kata Tak Nak said...

Zawi,
I am sure other states too like Pahang, would willingly offer them Datukship.

alqasam said...

Che'gu:

Loghat terengganu cikgu boleh tahang. Yes, indeed. Beyond above it is a reminder. Even to ourselves,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive