Sunday, 23 March 2008

Awat Sampai Macam Tu?

Aku dok ikut tentang krisis di Terengganu yang tidak digembar-gemburkan oleh Media Arus Perdana. Aku tau la macam mana frust depa bila pilihan depa tak di restui. Depa sebulat suara setuju yang sorang manusia tu dilantik jadi MB depa, tiba-tiba DYMM Tuanku tak perkenan. Terkejut berok depa pasai selama ni apa saja depa kata dan mintak mesti dituruti. Depa punya la bengong dan keliru sampai tak tau nak buat apa. Bagi depa tentu depa kata lebih korang macam ni la. "Mana buleh, kami dah pilih, ini suara ramai, pasai apa Tuanku nak tukaq"? Macam tu la kot depa kata.

Bila tengok senario di ataih teringat pulak aku kat satu lagi senario yang seakan-akan sama tapi tak serupa. Bila beribu-ribu rakyat turun pi pangkah satu calon dan sah-sah calon tu menang tiba-tiba ada pulak dibawak hantu untuk ubah keputusan pilihan orang ramai. Ni pun tak adil jugak. Apa rasa orang ramai yang sah-sah tau depa menang tapi suara ramai depa ditukaq? Tentu depa rasa keciwa kan?

Teringat pulak aku kat satu kejadian di Perak. Si Lim Kit Siang tu dah buat turr. Dia suruh Adun2 DAP jangan hadir upacara angkat sumpah. Macam nak meletup depa ni teriak. Depa kata biadap lah, derhaka lah, tak hormat raja la dan macam-macam lagi. Bukan calang-calang orang yang kata ni, Pak Menteri Pak Menteri dengan Mak Menteri Mak menteri pun buat kecoh. Depa maki punya la berapi-api. Dengaq perkataan perkataan depa saja baju buleh terbakaq, punya la berapi. Depa macam nak terkam kat Kit Siang dan cincang dia lumat-lumat pasai hina Sultan. Media pun apa lagi, dia tambah lagi 70 peratus la. Apa yang orang kata kalau bunyi tak berapa ooomph depa ooomphkan.

Tuhan punya kuasa kan, Dia buat cerita yang sama di Perlis tapi kali ni yang tak buleh terima keputusan Raja, orang depa. Orang tu pun mengamok tak terhingga. Bergegaq negeri Perlis sampai pelangan-pelangan di rumah pelacuran di Padang Besaq lari bertempiaran. Askar-askar Siam semua lari mai kat sempadan pasai terkejut. Depa takut kot-kot Malaysia lepaih senjata rahsia. Menangih huui huui orang tu tak terima keputusan Raja. Secara terus terang dia kata perintah Raja tu salah dan dia akan boikot upacara angkat sumpah. Alahai suara Pak Menteri Pak Menteri yang sebelum ni macam Arnold Swazenegger mengamok tiba-tiba berubah jadi macam pondan Siam. Mak Mak Menteri pulak macam tertelan teloq tersangkut di rengkong. Suara depa tak kedengaran langsung. Media pulak macam nak jimat dakwat, tak dak cerita nak siar. Kalau siar pun macam bapak tegoq anak manja dia kan. Lebih korang macam ni la bunyi dia tegoran depa. "Hai, awat hang buat macam tu Idan, tak baik la, tapi takpa la, rakyat paham dan maafkan hang. Lain kali jangan buat lagi tau". Macam tu la bunyinya.

Jom kita pi balik kat Terengganu. Kali ni bukan sekoq dua yang terang-terang ingkar perintah DYMM Tuanku, semua wakil depa seramai 23 ekoq naik syeh satu macam. Depa bukan saja kata nak boikot upacara angkat sumpah, ada jugak di antara depa yang berani kata dia nak letak jawatan kalau kehendak ramai tak diikut. Yang ni kalau orang Penang cakap laju-laju dia bunyi macam ni KUWAJAQ. Dalam bahasa standad nya Kurang Ajaq. Yang ni bukan saja biadap tapi kurang ajaq. Depa tentang DYMM Tuanku macam depa sama taraf dengan Tuanku. Nasib depa baik la Laksamana Hang Tuah dah tak dak kalau tidak lumat la depa.

Aku bukan nak kata kekeciwaan depa tu salah tapi depa kena ingat depa orang Melayu. Kita orang Melayu ada adat. Bila nak cakap dengan Sultan mesti lah ada adat. Bahasa mesti betoi. Pi belajaq kat Media macam mana nak ubah bahasa macam bahasa depa guna dalam kes Perlis. Kata la, kami junjung kasih Tuanku supaya Tuanku dapat perkenankan suatu perjumpaan dengan kami untuk membincangkan sesuatu yang sangat mustahak. Kalau dah buat macam tu dan Tuanku masih tak perkenankan jangan la biadap buat kenyataan. Kalau nak boikot jugak, yang tu hak depa la tapi sebab ini ada kena mengena dengan DYMM Tuanku buat la secara senyap. Doktor kan banyak di Terengganu? Pi la ambik mc. Hantaq la mc tu dan mintak maaf. Lepaih tu kalu nak letak jawatan, letak la, sapa pun tak rindu kat depa aih.

Satu saja yang jadi kemusykilan aku ialah pasai apa DYMM Tuanku tak bekenan sangat kat pilihan depa tu? Kalau la dalam kelas, ada satu mangkok dan dia dicadangkan oleh mangkok-mangkok lain untuk jadi ketua kelas tentu guru kelas akan guna kuasa dia supaya mangkok tu tak dipilih sebab dia takot kelas dia jadi huru-hara. Rasa-rasanya macam tu la kot dengan orang yang DYMM Tuanku tak bekenan tu. Takkan Tuanku saja-saja syok tak mau bagi dia jadi MB? Apa depa tak perasan ka saja-saja buat tak perasan. Mesti DYMM Tuanku ada sebab yang munasabah. Depa saja yang ada sebab munasarawak.

17 comments:

Anonymous said...

Cikgu, kalau depa ramai-ramai nak letak jawatan pun baguih lah..kali ni kita hentam depa cukup-cukup sampai terbeliak biji mata..kalau Trengganu terlepas kat BR barulah Pak Lah, KJ, Pat Badawi dan Derih menangis tak berlagu..baru padan muka hangpa

tokasid said...

Salam che'gu:

Adun2 UMNO Trengganu dgn NYATA elah MENDERHAKA kdp al-Sultan.
Depa sudah lupa pada prinsip2 rukunegara: Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Sebenarnya depa ni sudah layak di ISAkan satu akta yg depa amat kasihi dari dulu kini dan selamanya.

Tapi mungkin pada depa Derih tu sultan depa.Atau Pak Lah tu sultan depa.Atau Patrick sultan depa.

Tak akan ada Menteri yg akan kutuk puak YB bebal ni mcmana depa kutuk Kit Siang.Tak akan ada suratkhabar perdana yang akan siarkan kecaman2 terhadap bebal-bebal UMNo Trengganu ini.

Mana dia laungan UMNO yang nak jaga kedaulatan Raja-raja? Dulu Mahadet telah hina Raja-raja. Sekarang UMNO Trengganu pulak.

Depa lupa satu: Geruh yang ada pada daulat Raja-raja.

Elok kalau al-Sultan halau puak2 ni dari Trengganu kerana menderhaka.

Depa ni jenis manusia tak sedar diri dan tak mengenang dek untung.
Sekarang rakyat Trengganu dah tahu hati budi wakil2 rakyat masing2. Rakyat telah memilih penderhaka selama ini.

Semoga ALLAH pelihara Trengganu dan Sultan dari penderhaka2 ini.Ameen.

Kata Tak Nak said...

Anonymous,
Rasa-rasanya depa tak akan buat macam tu pasai kalau buat kali ni rakyat Terengganu akan hukum depa pasai derhaka. Tapi baguih jugak kalau depa buat, tambah lagi satu negeri baru la depa terkencin dalam seluaq.

Kata Tak Nak said...

Doc,
Dah iblis, mesti la perangai macam setan.

Memang patut pun kena ISA, Kowajaq

monsterball said...

I will be patient and not get excited about the affairs of our country...right now....as it looks like a never ending story..until next election.
The good news is that ...Zaid have openly asked UMNO to apologize to Tun Salleh Abbas...exposing Mahthir's dictatorship. I hope Tun Salleh will get 20 years back pay and huge compensation claims.....making it .the biggest pay out by any political party in the world.. and prove Mahathir..was an evil dictator......forever written in Malaysian history books. Tunku Abdul Rahman will then rest in peace too.
Right now....I am more interested in the two English football matches....that will decide who is getting closer to win the cup.
I hope the bookies have got all they want....and leave these four teams fight it out...with their real talents. And later in the wee hours of the night..to see Tiger Woods can capture his 8th title...in 8th outings. It is like watching golf history......and hope kerp...will leave Pinky alone..to sleep in peace...and watch football.
Chances are...he will not sleep well....after the result is known...seeing his favorite..Arsenal slip 6 points behind from MU....hahahahahaha
But if bookies were to fool around and make the four teams few points differences....by having 0-0 in both games...alot betters need to work overtime...to earn money ...to support the bookies..in the next two weeks.
Never heard hantutelur comment.
But he can joke and judge others ..and ask questions...to blog owner.
kata tak nak ...have a special visitor. enjoy..while it last.......hahahahahaha

hantutelur said...

Askum, cikgu.

Monty, Zaid's statement merely meant to shift the blame from UMNO to Mahathir, that's all. It's an initiative. From now onwards more irregularities will be exposed. I don't really understand why they are doing all these.... now. Act of desperados? There's going to be a domino effect. One man falls, dragging the others along. And that one man is leaning further than the tower of Pisa. We are a few steps closer to having a lady PM. Have a great weekend everyone.

Cheers.

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Saya setuju ngan saya setuju ngan anon01:34! Biaq adun bn semua letak jawatan...amin, Ya Rab!

Kata Tak Nak said...

Monty,
yes, tonight's games are crucial. My hope: MU wins while Ars draw with Chelsea

Kata Tak Nak said...

Hantutelor,
Wonder how Salleh Abass suffered then? For a man of intergrity having his intergrity questioned hurts a lot.

Kata Tak Nak said...

Shah,
Sorang dah kena buang so pembangkang jadi 9. Dengaq kata ada lagi?

monsterball said...

If MU is to win..they must beat Liverpool....but sometimes.I suspect.it will be a 0-0 game again.
The pattern is thee...the Arsenal must not loose....and we can wait till the last game for clear winner of the cup..while bookies .all laugh to the bank.
kerp....is either married...or preparing to get married...or having nervous breakdown...after married...now having so many extra relations....wanting to go fishing with him....or simply been tired out by Pinky...to focus on her..and not on blogging.
What say you?

monsterball said...

hantutelur....Keep pouring questions and opinions out to kata tak nak ...for him to respond.
He loves to teach and you are his best student....hahhahahaha
You are making this blog more colourful..so much so...up to now.....kat tak nak...still spell your name nick wrongly....or is he trying to teach you right spelling??.......hahahahhahaha

alqasam said...

It getting my nerves already. I think my head has heated up with theirs so damn wicked behaviour and injustice treatment towards us. Oh man. They are so freaking annoying.

Cikgu

Oh God...What you think is the same what i have been thinking and discussing with my family. I mean, why is Umno's Melayu acted so stupidly and react so diiferently when it comes to any kind of events that involving them?

Oh man, why didnt they use Islamic principle of justice in thier life?

Why?
Why?
Why?

Why are they so full of assobiyyah kemalayuan and racism sentiment that will treated other races with injustice treatment.

I mean it so much. I really sad I think more than furious looking at their actions and mass media reflections.

I have cried when I read Lim Kit Siang statement but I can easily understand and forgive him. I think that is because the failure of us as a Muslim to make people really understand what is justice in Islam because in Malaysia it has been shadowed with thick nationalism which is nothing wrong if it based on human right and equal justice. (perlembagaan perlu dipelihara dan hak raja-raja melayu perlu dijaga ) but not to the extent we brush aside what rights needed by others and what has been revealed in the revealation.

Also I can easily forgive him because I considered it is a challenge for us to present the best teaching and solid unsertanding of Islam that treated all mankind with justice. (Referred: Philanthrophy and Social Justice in Islam by Samiul Hasan and many others book ).

Also I can understand him because based on what I learn through prominent scholars and fundamental knoweldge in Islamic political jurisprudence we can't really be the MB's based on the result. Nonetheless, i just have to follow what the decision by the tunku Perak that I really hope will make the coalation of government Perak become more steadily of races issues and some secret wisdom from heaven in the case of appointing Nizar as MB. Maybe Pas make a mistake by sending Nizar's name and Dap make a mistake by saying they agreed on whatever desicion from the Sultan. But we just get 'married' and some misunderstanding and mistakes can easily forgoten and we just have to move forward by the who is MB result and hope the best in whatever happen in this coalation by put the upmost efforts, prayer and cooperation together.

Oh GOD! Race is never an issue for me as long as they practice the principle of human right and justice which is the basic objective in shariah. ( Maqasid Shara').

alqasam said...

On the other hand, I cant easily forget, forgot what Umno's has done. It is terribly wrong!

What the issues is not why are they didnt agreed Ahmad Said to be a MB ( i heard Ahmad Said is terrible then Idris, which is im not sure is it a presice prediction ) or whatever reoson they have but HOW as Cikgu asseretd here HOW UMNO's supoorters, members, media' yang tak cukup dakwat or reacted towards this issues.

It is so not fair!

As same goes to Perak, Umno melayu's perhimpunan badan2 bersekutu melayu yang dok sibuk berteriak nak kerajaan exco melayu 60% 40% melayu. Biaq betul! Depa ni guna iman dan akal ke nak bertindak! Kalau betul nak melayu memerintah buat-buatlah pandai tukar minda dan fikiran undi Barisan Alternatif. Kita tak boleh nak marah nonMalay bila depa bijak tukar undi kepada kalangan yang mereka rasa boleh buat kerja, tapi kena marah orang melayu Umno yang tak reti-reti nak pikiaq. Dah terngadah baru nak ternganga-nganga menggelabah. Ini keputusan rakyat Perak. Tolonglah hormati! Anda Umno dan BN yang korup, mcm mana majoriti nak sokong?

p/s: Guan Eng naik Penang, gaji Guru Kafa terus naik. Saya menangis masa baca statement Lim Kit Siang bukan sebab apa sebab sedih masa tu, dengan kesannnya kepada keyakinan rakyat terhadap pakatan barisan rakyat yang baru bermula. But just after that I have reconcile balik my abrupt emotional feelings and understand that every single issues behind it.

Kata Tak Nak said...

Alqasam,
I am glad that you see race as a minor issue because it should be so. In Islam it is always justice for all no matter who. Narrow minded nationalism has no place to those who profess Islam.

Anonymous said...

dulu UNMO(UNsuitable Malay Org'tion)buat demo di Penangg pasal pemansuhan(Pembaikan)dasar DEB. Kononnya menghapus hak orang melayu. La pikiaq tengok.... Sapa yg menentang sultan melayu. Kerana Sultan hak melayu dan melayu hak sultan... jawab... jawab....

Kata Tak Nak said...

Anon,
Mana depa buleh jawab. Depa dok main sandiwara yang skrip spontan punya. Nak buat ikut sedap hati saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive