Thursday 6 March 2008

Seloka Pilihanraya

Dah berkuasa beberapa tahun
Dah berharta bertimbun-timbun
Sedang kekayaan kami dok pulun,
Depa dok tengok, rupanya tak rabun

Duit dok belanja banyak sangat
Dok bagi kat depa member yang rapat
Kantung kosong subsidi mesti di sekat
Harga pun naik rakyat tersengat

Mandat tinggal setahun dua
Rasa hati nak terus berkuasa
Mesti cepat berpilihanraya
Supaya terus bermaharajalela

Pilihanraya mesti dijalankan
Tapi sekarang keadaan tertekan
Harga barang dan kesempitan kehidupan
Pasti bakal membawa kesusahan

Orang tua kutok tu pulak dok buat hal
Bertali arus dok buat sial
Kehulu kehilir berperangai dajal
Supaya kepada ku rakyat merasa mual

Si Anwar pulak lagi satu
Sini sana dok buat hantu
Keras Kepala berhati batu
Bertekad sangat nak jatuhkan aku

Anwar mesti aku sekat
Supaya bertanding dia tak dapat
Tutup peluangnya rapat-rapat
Mesti ku buat sebelum bulan empat

Pembangkang pulak sudah bersatu
Menjadi kuat menyusahkan aku
Hanya SPR tempat mengadu
Supaya kepada ku terus bersekutu

Rashid pulak dah nak bersara
Rupa-rupanya dia dah tua
Mati lah aku tanpa khidmatnya
Kerana tiada seligat dia

Tempuh khidmatnya mesti ditambah
Supaya baktinya kepadaku dicurah
Di merata bukit dimerata lurah
Hantu dicari melimpah ruah

Depa dok mintak dakwat di jari
Supaya dah undi menjadi bukti
Mati lah kami kalau begini
Hantu tak buleh undi berkali-kali

Apa nak susah apa nak risau
Senjataku tajam umpama pisau
Ku guna KPN yang nyata sasau
Supaya kes dakwat menjadi kacau

Tapi apa yang telah terjadi
Ceramah kami sunyi sepi
Pembangkang pulak menjadi-jadi
Di hadapan ribuan ucapan berapi

Pilihanraya tinggal dua hari
Tapi kami masih tak ready
Semua propaganda memakan diri
Kalau macam ni mampoih la kami

Oh, kerri sayang menantu abah
Tolong lah abah yang dah nak rebah
Kepada rakyat tolong lah hebah
Janglah pembangkang yang depa pangkah

13 comments:

Kerp (Ph.D) said...

aisehman cikgu...real class lah. good stuff, real good stuff. reading this post has moved me to add one. very amateurish but here goes anyway...

Parlimen rembau kawasan hangat,
SPR supply pengundi hantu,
Si toyol birat kita sekat,
jom pakat mengundi chegu.

hehehe...thats a 3-minute composition.

Unknown said...

Maybe nest elecyion if it is about 4 years plus from today, when I dah pencen, I will bertanding. My tag line is Saya berkhidmat untuk semua, AFUNDI lah saya, efffffffff you.

Undi lah party cap sarko

Kerp (Ph.D) said...

sorry cikgu, that pantun, i was refering to chegu bard...hehe...

but still a good idea if you could be a candidtae. i'll sure to be your campaign organiser.

Unknown said...

Kerp,
As for CheguBard, let's hope what is done is enough for him to win. If he could cut the majority in Rembau it is good enough a slap in the SIL's monkey face.
No problem.

pB said...

Salam ...

sonok baca pantun nie ...

terbang dari blog KBGuy ...

Unknown said...

pb,
Terima kasih sbb sudi datang ke blog saya dan sudi pulok buwi komeng hok molek.

Anonymous said...

Salam Cik Gu

Di Perak belum pernah terjadi
Menlihat kaum india berkumpul,berdiri
Dibawah putih dan hijau,sipanji panji
Itulah hakikat yang dapat dilihati

monsterball said...

wa wa wa...Suddenly blog turn to Bahasa and blog owner wonderful command in English ..gone case!
And kerp enjoy every post wit laughs and giggles.
And kata tak nak is getting more and more new commentators....so he must do this very often...on Bahasa.one English post....but not in two blogs.
A for me...cannot understand.so enjoy feeling kerp is happy..as money cannot buy true happiness.
Bless you..... kata tak nak.
Now off to pasar malam...for weekend vege...fruits and meat..real fresh and cheap.
Adios amigos!!

Unknown said...

Bru,
I guess, people are getting truly fed-up. It's the Malays that are lagging here. If in 1999 we lost a golden opportunity because the non-Malays were afraid then 2008 would see the Malays being the stumbling block.

Unknown said...

Monty,
Yes, sometimes I do have to write in BM too. There was a request and I think it was justified.

Mr. Right said...

KTN,
Aku ambil last paragraph dan sambung seloka ini di blog aku. Harap kau tak kisah.

All,
Selamat mengundi...

Unknown said...

Mr. Right,
Aku lagi suka kalau orang buleh panjangkan lagi.

Selamat Mengundi.

monsterball said...

Yes ...kata tak nak...It is justified and glad you do that...make it more Malaysian-like...to be in one blog.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive