Monday 28 April 2008

Pembubaran

Datin 1: Datin-datin sekalian, mesyuarat ini adalah mesyuarat kita yang terakhir sebagai satu badan yang mewakili isteri-isteri wakil rakyat di negeri yang bertuah ini.

Datin 2 : Apa mesyuarat yang last? Kenapa tak mau buat mesyuarat lagi lepas ni? Macam mana kita nak gossip-gosip lagi lepas ni? Alaa, tak best la. Ni, hari ni saja saya dah bawa 12 cerita baru, best, Datin-Datin oi, panas punya.

Datin 1: Ala, gossip tu kita buat di tempat lain la, takkan la kalau tak ada mesyuarat kita tak boleh gossip, ya tak?

Datin 2: Ya tak ya jugak. Jadi cerita saya hari ni nak bincang di sini ka di tempat lain? Ah, kenapa kita tak ada mesyuarat dah?

Datin 3: Kan suami kita sekarang pembangkang di negeri ini, jadi kita tak boleh jadi ahli untuk badan ini lagi la. Tak tahu ka?

Datin 2: Apa, suami kita sekarang orang pembangkang? Eeee, jijiknya, saya jadi isteri YB pembangkang. Eeee tak mahu la. Nak mintak cerai la macam ni.

Datin 1: Apa salahnya jadi isteri wakil pembangkang Datin oi? Apa jijiknya?

Datin 2: Dulu Datin sendiri yang kata Datin jijik pandang isteri-isteri wakil pembangkang tu. Datin sendiri yang kata apa ke kelas jadi isteri pembangkang. Saya tak mahu la jadi isteri wakil pembangkang.

Datin 1: Okay, hal itu kita bincang lain kali, sekarang ni kita mesti undi yang badan ini akan dibubarkan mulai hari ini selepas tamat mesyuarat. Saya sebagai pengerusi badan ini mencadangkan bahawa badan ini dibubarkan. Ha, siapa nak sokong?

Datin 4: Saya sokong.

Datin 5: Saya bangkang.

Datin 1: Kenapa pulak bangkang?

Datin 5: Datin-Datin sekalian jangan jadi bodoh nak terus sokong. Hai, Datin pengerusi dah lupa ka badan ini ada banyak duit dalam akaun. Mana nak bawa pergi duit tu? Amboi amboi amboi, cepatnya nak bubar sampai tak bagi peluang kami nak cakap. Ha Datin 4 pulak cepat-cepat nak sokong, ada apa-apa ka?

Datin 1: Oh ya juga, saya terlupa la tentang duit dalam akaun tu, tapi kalau tak silap saya cuma tinggal RM30 saja. Habis kita belanja yang lain dalam lawatan sambil belajar kita. Lepas tu kita buat lunch di London dan dinner di Paris, mana nak ada duit lagi?

Datin 5: Ikut minit mesyuarat yang lepas kita ada hampir RM10 juta lagi. trip kita tu adalah sebelum mesyuarat yang lepas jadi mana boleh habis?

Datin 1: Ya ka? Bagus la macam tu. Datin-Datin semua biarkan perkara tu kepada saya dengan Datin 4. Kami akan cari jalan yang sesuai.

Datin 5: Tak boleh macam tu Datin 1 oi, kena settle di sini jugak. Salah kalau tak selesai. Hai tak cukup lagi ka yang dok telan selama ni sampai yang ni pun nak telan jugak?

Datin 1: Eh, tak baik la Datin 5 cakap macam tu, tak terlintas langsung dalam hati saya nak songlap duit tu?

Datin 2: Songlap? Hey best nya, kita nak songlap apa lagi? Boleh la kita pergi lawatan lagi ya? Saya seronok betul bila kita melawat gym lelaki di Jerman dulu. Eeee, bestnya.

Datin 4: Datin 2, Datin 2, ini bukan tempat nak bincang hal tu. Nanti habis mesyuarat kita bincang okay? Saya pun seronok juga.

Datin 1: Untuk menyelesaikan hal ini, saya baru talipon seorang Hakim dan dia nasihatkan kita derma saja duit tu kat Bakti.

Datin 6: Apa derma kat Bakti? Buat apa, susah-susah suami kita songlap duit rakyat nak bagi kita enjoy, kita nak bagi kat Bakti pulak, nak bagi diaorang enjoy? Suami diaorang songlap lagi banyak jadi buat apa bagi kat mereka?

Datin 1: Dah tak ada jalan lain dah Datin 6. Kalau biarkan nanti ahli-ahli baru pulak dapat duit tu? Sanggup ka tengok diaorang guna duit songlapan suami-suami kita?

Datin 4: Ya la saya tak sanggup. Bagi kat Bakti pun tak apa.

Datin 1: Saya cadangkan kita bubarkan badan ini dan dermakan semua wang dalam akaun badan ini kepada Bakti.

Datin 4: Saya sokong

Datin-Datin: Kami sokong

Datin 1: (Berbisik kepada setiausaha: minitkan sebagai, duit itu di serahkan kepada saya untuk belanja ikut suka saya)

Setiausaha: (Berbisik: Mana boleh Datin 1?)

Datin 1: (Berbisik: 20 percent)

Seiausaha: (Berbisik: Okay pass)

12 comments:

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Datin6: Ala...melepaslah saya!

Datin1: Melepas apa?

Datin6: Yelah, camni kat sapa lagi saya nak serahkan bil gigolo saya?

Datin datin lain tepuk dahi!

Unknown said...

Shah,
Itu tak susah, Kerajaan Barisan Nasional akan wujudkan tabung gigolo nasional bagi mak2 datin ni.

tokasid said...

Datin7: 10 juta? banyak tu datin-datin semua. Buat apa beri pada Bakti?

Datin1: Datin 7, kan duit tu kita nak bantu orang-orang susah...

Datin7: Datin 1...tau tak kita semua ni kan dah jatuh susah? Apa kata kita guna duit tu untuk bantu kita sendiri.

Datin2:Eh!Kan laki kita masih YB.Cuma skrg pembangkang je la..

Datin7: ye masih YB,saya tahu.Tapi laki-laki kita dah tak jadi EXCO tau.Jadi dah tak ada extra income tau.Tu namanya susah lah hidup kita.Kalau dulu boleh beli kasut Gucci ke apa ke sekarang kita kena beli Bata je tau. tak susah lagi macam tu?

Datin4: Eh eh betul jugak tu. Macam I ni selalu beli set kat Fella.Takkan lepas ni nak beli kat kedai perabut Apek kat Tg Karang je?Mana ada kelas.

Datin 1:Tapi saya dah janji nak beri 10 juta tu pada Bakti...

Datin2: Gini saja datin 1. Kita buat permohonan bantuan tapi kita gunalah nama asal kita dalam MyKad.Tak payah nama glamer macam sekarang.Hah..macam Datin Mary tu, guna nama asal Markonah binti Markijan je. Ha h Datin Kay guna je nama asal Kuntum binti Kembang.

Datin 1: Tapi macamana kalau Bakti tak setuju?

Datin3: Alaa....Datin 1 takkan tak boleh slow talk dengan datin seri kat Bakti? Dengar kata dia suka perabut2 Itali.....

Datin 1: maksud Datin 3???Hmm...boleh...boleh...

Toilet paper said...

salam..

Datin1: semua kita suda terlepas..

Datin4: apa yang kita terlepas??

Datin1: yela lepas ja laki kita jadi pembangkang d Selangor..kita terlepas bakal duit dari ladang babi..lepas tu duit Balkis ni kita terpaksa cover p Bakti..plan nak main ais hujung tahun ni hancur..

Datin4: tak ya susah..kita pakat dengan Datin seri dari Bakti..mana tau dapat jadi Datin pertama ke angkasa..

Unknown said...

Datin 1: Alah Datin tu? Bagi cd karaoke banyak2 kaotim la.

Datin 2: CD karaoke cukup? Senang la, tapi tak mau la guna nama IC, tak glamour langsung.

Unknown said...

Toilet paper,
Terima kasih sebab sudi comment dan bagi sumbangan sekali.

Toilet paper said...

salam Cikgu,

Trima kasih juga sebab sudi trima..

p/s:Budak baru belajar tolong tunjukkan..

Unknown said...

Toilet paper,
Tidak perlu diajar. Blog anda adalah anda punya so just be yourself. Orang suka dia masuk dia tak suka dia tak masuk. Jangan biarkan orang lain ubahkan diri anda.

Toilet paper said...

Baiklah Cikgu..

hehe..

Unknown said...

toiletpaper,
Okay, awak buleh duduk.

Ydiana said...

Eh eh..macam Datin Diaries plak ye?

Unknown said...

Yd,
Lebih kurang macam tu la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive