Wednesday, 9 April 2008

Rundingan Damai

Pertemuan sudah diatur dan dipersetujui maka berjumpa lah kedua-dua hulubalang sebuah party (macam party tupperware jugak la) politik yang karat-marat yang sudah tak relevan ni. Sambil belayar entah ke mana maka duduk lah kedua-dua panglima Melayu ini dan berbincanglah mereka dengan penuh adat istiadat Melayu lama.

PM:
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang saya kaki berketuat
Sila lah jamah sedikit ketupat
Nanti berbincang kalau sempat

TDM:
Mai sini kena pantun?
Saya tak tau pun?

PM:
Anak orang jangan di sebat
Nanti mengamuk macam Hang Jebat
Pantun hamba 4 kerat
Mengapa yang tuan hamba hanya sekerat?

TDM:
Saya ni banyak kerja
Cepat sikit jangan buang masa

PM:
Samy Velu sangat marah
Orang kata kat dia pooodah,
Party demam ahli gelisah
Jangan lah kita terus bertelagah

TDM:
Perkara tu senang saja
Hang resign habis cerita

PM:
Chua Soi Lek suka meraba
Ataih bawah tak lepas punya
Tun beraja sungguh lama
Kenapa saya sat saja

TDM:
Memang aku beraja lama
Pasai kat aku depa suka

PM:
Pulun Kedah pulun
Kalau kalah kena balun
Tun beraja berpuluh tahun
Saya dok diam tak kacau pun

TDM:
Tak kacau hang kata
Team B hang dah lupa

PM
Bunuh diri telan cuka
Suami main kayu tiga
Kalau kat saya sudah tak suka
Kenapa saya di pilih juga

TDM:
Masa tu yang ada semua tak cekap
Yang layak punya aku dah hantaq lokap

PM:
Budak cerdik nama Sofia
Akhirnya jual tubuh jua
Beri lah saya sepenggal dua
Hingga Khairy cukup sedia

TDM:
Hang dok ingat menantu hang
Anak aku hang nak buang?

PM:
Jual tempe kat Samy Velu
Nak bagi kulit putih gebu
Menantu saya jadi nombor satu
Anak Tun tunggulah dulu

TPM:
Nak tunggu sampai bila?
Sampai dia tua bangka?

PM:
Rafidah Aziz jual kereta
Jual kereta jenama Naza
Bila Khairy sudah bertakhta
Di angkat Mukhriz jadi nombor dua

TPM:
Hang cakap senang saja
Najib tu nak buang mana?

PM
Aziz Shamsudin dah jatuh papa
Bersama Zam depa merana
Najib kita lantik Duta
Pergi bertugas di Mongolia

TPM:
Hang tak kesian ka kat dia
Nanti di cekik hantu Altantuya

PM:
Jual tosai di kedai Samy Velu
Sharizat tumpang jual bahulu
Dari Tun lah saya berguru
Kesian dan simpati letak belakang dulu

TDM:
Nampaknya kita sudah bersetuju
Mula lah cepat apa yang di tunggu

PM:
Sudah tiba musim menyemai
Jin dok tunggu melambai-lambai
Sang Kelambai sudah tunduk berdamai
Bila Tun nak umum di khalayak ramai.

TDM:
Pan pan
Minggu depan

25 comments:

Anonymous said...

Chegu, you are an absolute genius!

Mr. Right said...

Ala... tertinggal perkataan keramat TDM...

"PANAMA...PANAMA"...

But, mcm biasa, menghiburkan dan informative.

muteaudio said...

Chegu,
Yang ni saya kena tabik spring kat Chegu. Cik Yam N Cik Pah pun tak blh lawan.

Anonymous said...

Salam Chegu,
Wauu... ini kena tunggu episod ke tiga ni.

Pak Zawi said...

Che'gu,
Thank you Allah for letting Che'gu continue blogging otherwise we will miss this new format.

Unknown said...

hantutelur'
Tapi saya lulusan USM saja, bukan Oxford.

Unknown said...

mr. right,
Aku selalu lupa apanama tu. lain kali kena ingat. Congrats Liverpool masuk semi

Unknown said...

muteaudio,
Terima kasih pasai tabik tu, saya kena tabik balik la.

Unknown said...

zabs,
Episode seterusnya mungkin dialogue saja la, kalau pantun jugak orang nanti jemu.

Unknown said...

Pak Zawi,
Jangan la kata macam tu, saya ni pemalu bukan macam Samy Velu.

Kerp (Ph.D) said...

TDM-

wahai panama dia si dollah,
aku nak cakap ni lama dahhh,
tambah la ni hang dah kalah,
rakyat mintak hang pooodahhhhhh!

Unknown said...

Kerpov,
Sampai hati tun kata begitu,
Saya ni kan yatim Piatu
Hati saya sunguh pilu
Nak lari ke rumah Samy Velu

Kerp (Ph.D) said...

gotta give it to you la cikgu...tak tau nak balas apa dah. but that does NOT by any means pak dol is clever, ok...hehehehe...

Unknown said...

Kerpov,
But RPK doesn't think so. Read his take in Malaysia Today.

Sue.Aleen said...

what a beautiful mind..
selalu nak tinggalkan track tapi wordless..

Bergen said...

LOL; Sebiji script boria. First part there's confusion, tension and dekat-dekat nak gaduh. The middle part; tension being difused.
The last part; semua okay, dan setuju. They make an exit untuk bagi laluan kepada sailors to take their positions on the stage. Ada bawak gendang, bunga manggar, payung and then:

something something something
something something something
something something something
boria sungai pinang something something something.

You gotta do the pantun boria next, Cikgu. Maybe we should all sing it in a gathering people might wanna organize later.

You gotta do this.

tokasid said...

Samy Velu:

Itu Singapore dulu ada langgar todak
Budak pandai pembesar kata haprak
Angin tadak ribut tadak
Apasal saya nama keluar jugak

TDM:
Oi Samy hang pakai bedak?
Muka puteh nampak segak

Samy Velu:
Pergi pancing sana Tanjung Bidara
Ada ikan dapat isti taruh cuka
Saya bedak mana ada
Tapi hensem banyak juga

PM:
Dawai TNB sudah jatuh
Jatuh atas si pokok pauh
Wahai Samy yang sangat lah da'oh
Boleh dak hang pi main jauh jauh?

TDM:
Panama orang Jerlun pi dok bertapa
Samy,hang mai sini nak buat apa?

Samy Velu:
Saya suka tengok cerita drama
Kalau makan saya suka korma
Saya baik hati suka kasi derma
Saya sini mari sebab PM sebut saya nama

TDM:
Wahai Samy elok hang celah
Sebab aku nak deal ngan Pak Lah

PM:
Cerita kartun di rumah Cik Melah
Cerita hantu di rumah Rafidah
Tun kata kat hang elok hang celah
Sebelum aku pulak kata poodah!

Samy Velu:
Budak Sg Siput nama dia Asraf
Kirja JKR bikin jalan naik taraf
Kalu halau saya sokong HINDRAF
Sebab saya ada mahu insaf

TDM:
Suruh Samy pi beli kacang kuda
mai kita bincang semula

PM:
Makan durian di rumah Cik Nyonya
Tertelan bijik tentulah nanya
Saya ada cadangan baik punya
Saya PM Tun jadi timbalannya

Unknown said...

Suealeen,
Ala, tinggal la juga track tu. Thanx for coming again.

Unknown said...

Bergen,
You have just given me an idea with that boria thing but its gonna take some time. Thanx.

Unknown said...

Doc,
Aku suka yang last rangkap tu. Apa kah mungkin? Na mungkin, Madet rela mati than play second fiddle.

Kerp (Ph.D) said...

whoaaa...cikgu, look at doc go. he can sure give you a run for the money...hehe...

Anonymous said...

chegu, you are such a brilliant man!!thanks for all this interesting tidbits..make my days,for the past few weeks (found this blog while jalan2 during my boring practicum days;p).. i'm glad for you and your friends existence~~write sumthing about 'naek harga'

Unknown said...

Kerpov,
I must be on my toes, nanti ada rampasan kuasa. I heard dah ada buku baru 50 Dalil Mengapa Katataknak Tak Buleh Jadi Blogger di terbit di Melaka.

Anonymous said...

chegu...da bes ...akak senyummmmm bila open ur blog...

Unknown said...

sharleen,
Terima kasih. Akak ke? Saya ni dah 52, adik kot?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive