Monday, 21 April 2008

Nak Tunggu apa lagi?

Pilihanraya selesai sudah
Pak lah tersungkur tapi tak mengalah
PR mendabik kemenangan menyerlah
Lima negeri ditawan sudah
Ada yang terpaksa menjilat ludah
Kerana pembangkang yang asyik disergah
Lani kat depa dok jelen lidah

Tapi kali ini ada peliknya
Pak Lah yang kalah nampak bersahaja
Balaci-balaci belaan orang tua
Menyalak di sini dan juga di sana
Sesekali tuan depa pun join sama
Paksa Pak Lah lepaskan takhta
Kononnya kekuatan parti perjuangan depa
Ataupun takut tongkang pecah terbongkar rahsia?

Wahai Pak Lah jerit mereka
Turun lah segera dari takhta
Bagi lah Najib merasa pula
Betapa indahnya di atas sana
Bagilah Rosmah bermaharajalela
kerana tak cukup pulun FELDA
Nak rasa juga yang minyak punya

Najib diam seribu bahasa
Lidah kelu tidak terkata
Muhyidin pun lompat macam perwira
Daripada Najib dia lebih tera
Licik sungguh si orang tua
Musuh lama yang bertapa di Gua
Dipujuk masuk beradu bersama

Hishamudin dah kata nak undur diri
Gerakkan pemuda tak mahu diterajui
Anak orang tua pun tawarkan diri
Semua pemuda nak diketuai
Toleh kanan dan toleh kiri
Sokongan kawan-kawan terus dicari
Batu loncatan jawatan itu menjadi

Dengan Najib orang tua dah mula bengang
Sebab tak mahu joint tendang terajang
Jadi orang tua pun terus mencadang
Kepada Najib janganlah sesiapa pun pandang
Kerna takdak teloq bila telanjang
Jadi lebih baik cari lain hulubalang
Yang sanggup beradu dan menyerang

Zaid pulak bukak cerita lama
Kepada hakim teraniaya maaf dipinta
Maka menyalak lah balaci-balaci orang tua
Nak minta maaf buat apa
Mereka menjerit tenggelam punca
Takut timbul cerita lama
Tentang kezaliman tuhan mereka

Pak Lah pun cuba tumpang sekaki
Kepada hakim teraniaya tunjuk simpati
Disuruh Bar Council buat party
Hakim teraniaya hendak dirai
Segala perbelanjaan sedia di kaotimi
Ex gratia dan pengikhtirafan hendak diberi
Sebenarnya nak tengok orang tua menggigit jari

Ke Manchester pulak orang tua menjelajah
Dihadapan bebudak university Pak Lah diterjah
Adakah dia terlupa sudah
Akta University yang haram jadah
Dia gubal bertahun-tahun sudah
Supaya politik dan pelajar dapat di pisah
Lani kat depa dia nak khutbah

Jangan telunjuk diacu kat orang
Kerana lagi 3 jari kembali menyerang
Segala apa yang dia bangkang
Dulu dia jugak buat memanglah terang
Lebih baik saja sejadah dibentang
Kepada Yang Esa niat dipasang
Perbuatan lama tak mahu dah di ulang

Pak Lah pulak bukak lah mata
Party hang dah tak diterima
Cuba lah perhati perangai mereka
Mengigit sini menerajang disana
Semua angkara nak rebut kuasa
Yang dengannya dijanji bertimbun harta
Nasib rakyat tak siapa nak bela

Dah 50 tahun UMNO berkuasa
Segelintir kaya yang lain merana
Pak Lah ada satu peluang berjasa
Kepada negara dan juga bangsa
UMNO yang penuh dengan kudis buta
Dibungkus dibuang ke longkang saja
Biar pembangkang pulak bertakhta
Kalau pembangkang pun buat perangai kera
Lagi lima tahun depa pun kami terajang juga.

16 comments:

Pak Zawi said...

Chegu,
Sekrang ini hang sungguh terror
bercakap bahasa yang sungguh indah
Segala perkataan disusun indah
Menjadi kami merasa sungguh megah
Jika bagi kita dapat meluah
mengutarakan rasa mencurah curah
Memikirkan bangsa yang makin tenggelam
Sebelum ajal membawa ke makam

Anonymous said...

i love the last para tu che 'gu..=)

Unknown said...

Pak Zawi,
Azura macam mana?

Biasala wahai saudara ku
Mereka ditegor bukan dilatu
Sebab perangai tak ubah kutu
Dengan rakyat dibikin seteru
Tak ingat langsung ALLAH yang satu
kuasa dan harta saja mereka mahu
Apa nak jadi kepada kita
Kita yang beri mereka kuasa

Unknown said...

Noorlina,
Ya UMNO mesti bubar,
dan penggantinya mesti sedar
kalau mereka juga korup tegar
dibikin makanan buat binatang liar

tokasid said...

Kalut depa tidak menentu
Pakat dok tuduh hang dan aku
Tak berani sebut pengundi hantu
Sebab yg tu depa penghulu
Yang tua rengga tuduh kat menantu
Yang pegang kuasa kata bukan sebab tu
Tetapi perform tak baik sebab you
Dok serang kami tak kira waktu
Sampai pembangkang pun naik terkedu
Tengok sakan kami you latu
Sampai hati naik berbuku
Dan mata pulak naik berbulu

Rengtua kata turun lah Pak Lah
Pada tok Jib rengtua dah menyampah
Kata rengtua Najib penakut tak sudah
Macamana nak perintah kalu kena sergah?
Tu tak masuk lagi kalau rengtua nak dedah
Kalu2 ada sangkut berkaitan rasuah

Rakyat sudah bagikan pendapat
Dengan memberi sedikitnya mandat
badan masih terasa penat
Jadi oi pemimpin jangan hangpa buat lahanat
Kalau lahanat sia-sia yang amat
hangpa boros tak reti nak cermat
Kami rakyat simpan kesumat
Boleh juga kami tak hormat
Dan tendang hangpa ke lubang kiamat

Nak tunggu apa lagi
Elok lah hangpa pi
Yang rengtua pun tunggu apa lagi
Ingat bila pencen nak dok mengaji
Tak akan buat honaq dah lagi
tapi harapan meleset sekali
Rengtua tu masih dok ada taji
Adakah nasib rakyat nak depa perjudi
kerana marah kesumat di hati

Anonymous said...

salam chegu,

very true kata pak zawi
penulisan chegu makin menjadi
hahaha...whylah pak lah ni
dengan judiciary nak tunjuk pity
macamlah kita bodo tak reti
nak tunjuk baik supaya dipuji
pak lah ngaku his responsibility
nak bagi betoi sebelum undoq diri
kalau tak betoi jugak five years ni
tak kan dia nak still jadi PM lagi?

Unknown said...

Doc,
Pilihanraya dah selesai berminggu2
Siapa menang kita dah tahu
Yang menang kerajaan mesti teraju
Bukan pergi ke hilir ke hulu
Meminang kawan melawan seteru
Berpolitik saja tak menentu
Kemana kah hala negara menuju?

Unknown said...

Accia,
hai ini sudah sempoi ni,
Pn Eleena juga turut berpuisi
Medan ini menjadi saksi
Lahirnya seorang lagi insan seni.

tokasid said...

Rakyat sudah buat pilihan
Ada yang suka ada yang mengkelan
Memang betoi kalau asyik berjalan
memujuk lawan menjadi kawan
Sampai nak buat kerja pun dah tak dan
Bercakap banyak melontar slogan
Rakyat boleh jadi tak keruan Kalau negara tak tentu haluan
Dengarlah puan dan tuan
Kerjalah keras biar pun pengsan
Pacu negara ke arah kemajuan
Rakyat kan gembitra walau tak sehaluan

Kami bukan minta bukan-bukan
Cukup jangan anak2 berperangai setan
Juga hidup kami jangan di tekan
Bukan kami nak belas kasihan
Tetapi berilah kami benar2 keadilan

Kalau itu tuan2 tak mampu
Apa lagi yang tuan tunggu
Takkan kami nak hadiahkan penyapu
Berilah pada yang lebih tahu
Tapi jangan kuah lebih dari sudu
Atau yang buat negara merapu
kalau nak perintah tetapi dungu

Unknown said...

Doc,
Maka negara sila tadbirkan
Kerja dibuat, ponteng jangan
Nama negara semula harumkan
Supaya mendahului di rantau ASEAN
Jangan lah jadi bahan ejekkan
Sebab dengan Laos pun dikalahkan

Kami rakyat menaruh harapan
Negara terus damai dan aman
Ditadbir dengan penuh berkesan
Rakyat semula mendapat Keadilan
Menumpang dibumi kurniaan Tuhan
Insyaallah mudah-mudahan

Sue.Aleen said...

ni awat yang tukaq bg ni...rasa len macam plak

Unknown said...

suealeen,
Saya ni memang gatai tangan. Tak buleh duduk diam.

Mat Salo said...

"Segala perbelanjaan sedia di kaotimi..."

Hmmm koatimi.. Ni nak ngecek ngan DBP...

Chegu saya setuju dengan para-para sahabat - penulisan Chegu, whether English, Malay, both prose and poetry - semakin hebat! Syabas.

Also, looking forward to more of "The Chegu Chronicles"!

P.S. Saya kagum dan jaki betul para komentator disini pun bisa berpuisi... Gimana saya ni... amat sedih.. hehee...

Unknown said...

MS,
Apa kata you knock us out with the Mother of all Puisi.
I nak patent perkataan 'kaotimi' tu, takut nanti orang lain bagi erti lain pulak.

Kerp (Ph.D) said...

cikgu,

sorry boss, not in the right mind to add a few verse, otak still groggy bcos of antibiotik. i think this has been the longest i stayed away from the computer since i started blogging. heard some great news from Pak zawi. ni nak singgah kat sana jap before i take another break...

*tonight for sentimental reason (TH14) i'll be rooting for barca. itu pon kalau boleh bangun la...hehehe..

Unknown said...

Kerpov,
You are free to support any team, I am game, but Barca, would suffer the same fate as the others.
Hey, didn't know its that serious. Take a break, watch some porn, that would heat you up abit. There's no remeby like a good porn. hahahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive