Ada sekoq mangkok ketua bahagian manakah, yang mencadangkan supaya Pak Lah berjumpa dengan Tun untuk berdamai. Kononnya untuk pati dan bangsa la tapi dia tak cerita la yang kalau parti hancus, sapa nak isi poket dia? Jadi setelah berfikir panjang, PM pun bersetuju dan menyuruh Najib mewakili dia untuk jumpa wakil Tun untuk berbincang peringkat awal. Rombongan PM yang diketuai najib pun bertandanglah ke rumah Tun dengan penuh adat istiadat Melayu. Najib pun berbaju Melayu, bersamping sampai Rosmah naik curiga. Di pinjam pulak keris daripada Hishamudin dan berangkat lah rombongan dari Putrajaya.
Najib:
Samy Velu membeli pedang
Jalan balik terkangkang-kangkang
Dari Putrajaya datang bertandang
Hendak berjumpa Pak Hulubalang
Mukhriz:
Rombongan mengintip orang berkhalwat
Terguling-guling telanjang bulat
Maaflah kami kurang beradat
Sebab kami mamak pekat
Najib:
Buang anak berbidankan Mak Esah
Balik rumah kena belasah
Pekat cair kami tak kisah
Nak jumpa Hulubalang nak hilangkan resah
Mukhriz:
Buka tingkap sekodeng che Nyonya
Che nyonya hot bernama Sonya
Hulubalang keliru ingin bertanya
Resah gelisah apa angkaranya
Najib:
Terketar-ketar seram rasanya
Dudok menunggu To Mudim buta
Janganlah terus nak bersandiwara
Tepuk dada tanyalah selera
Mukhriz:
Terpekik terlolong lari menjerit
Tersungkor jatuh ke dalam parit
Dada hulubalang baru dioperate
Takut tepok terbuka jahit
Najib:
Pagi-pagi buka blog Pak Bakaq
Duduk di kerusi sampai berakaq
Wahai si kanyaq awat kurang ajaq
Nanti gigi bertaraboq kena penampaq
Mukhriz:
Tunggu Tok Mudim sambil telanjang
Duduk terketaq atas batang pisang
Jangan lupa adat bertandang
Jangan tuan rumah hendak diserang
Najib:
Pedih mata di sembur lada
Kepala berdarah dipukul chota
Maafkan hamba terlanjur kata
Hamba cuma bergurau senda
Mukhriz:
Che Nyonya seksi bernama Sonya
Samy nak tackle mengenyit mata
Soalan tadi yang hulubalang bertanya
Masih belum ada jawapannya
Najib:
Mat Rempit accident cedera parah
Hidung lekang tangan patah
Kalau kita terus bertelagah
Parti dan bangsa mendapat susah
Mukhriz:
Tunjuk perasaan kat Samy Velu
Dia tak jaga orang Hindu
Itu memang saya setuju
Parti musnah kita miss soru
Najib:
Pergi ke Kelantan membeli budu
Budu ori bukan yang tipu
Kalau kita sudah setuju
Bila dan mana mereka bertemu
Mukhriz:
Duduk di gua sambil bertapa
Mintak ilmu pikat anak dara
Isnin depan mereka berjumpa
Di ladang kami di Argentina
Najib:
Pergi ke ladang membawa baja
Baja subsidi yang songlap punya
Isnin depan orait punya
Tapi di bungalow kami di Ostolia
Mukhriz:
Mat Rempit menangis patah tangan
Patah kedua, kiri dan kanan
Argentina tidak Ostolia pun jangan
Jumpa di kapal Ananda Krishnan
Najib:
Samy Velu membeli pedang
Jalan balik terkangkang-kangkang
Dari Putrajaya datang bertandang
Hendak berjumpa Pak Hulubalang
Mukhriz:
Rombongan mengintip orang berkhalwat
Terguling-guling telanjang bulat
Maaflah kami kurang beradat
Sebab kami mamak pekat
Najib:
Buang anak berbidankan Mak Esah
Balik rumah kena belasah
Pekat cair kami tak kisah
Nak jumpa Hulubalang nak hilangkan resah
Mukhriz:
Buka tingkap sekodeng che Nyonya
Che nyonya hot bernama Sonya
Hulubalang keliru ingin bertanya
Resah gelisah apa angkaranya
Najib:
Terketar-ketar seram rasanya
Dudok menunggu To Mudim buta
Janganlah terus nak bersandiwara
Tepuk dada tanyalah selera
Mukhriz:
Terpekik terlolong lari menjerit
Tersungkor jatuh ke dalam parit
Dada hulubalang baru dioperate
Takut tepok terbuka jahit
Najib:
Pagi-pagi buka blog Pak Bakaq
Duduk di kerusi sampai berakaq
Wahai si kanyaq awat kurang ajaq
Nanti gigi bertaraboq kena penampaq
Mukhriz:
Tunggu Tok Mudim sambil telanjang
Duduk terketaq atas batang pisang
Jangan lupa adat bertandang
Jangan tuan rumah hendak diserang
Najib:
Pedih mata di sembur lada
Kepala berdarah dipukul chota
Maafkan hamba terlanjur kata
Hamba cuma bergurau senda
Mukhriz:
Che Nyonya seksi bernama Sonya
Samy nak tackle mengenyit mata
Soalan tadi yang hulubalang bertanya
Masih belum ada jawapannya
Najib:
Mat Rempit accident cedera parah
Hidung lekang tangan patah
Kalau kita terus bertelagah
Parti dan bangsa mendapat susah
Mukhriz:
Tunjuk perasaan kat Samy Velu
Dia tak jaga orang Hindu
Itu memang saya setuju
Parti musnah kita miss soru
Najib:
Pergi ke Kelantan membeli budu
Budu ori bukan yang tipu
Kalau kita sudah setuju
Bila dan mana mereka bertemu
Mukhriz:
Duduk di gua sambil bertapa
Mintak ilmu pikat anak dara
Isnin depan mereka berjumpa
Di ladang kami di Argentina
Najib:
Pergi ke ladang membawa baja
Baja subsidi yang songlap punya
Isnin depan orait punya
Tapi di bungalow kami di Ostolia
Mukhriz:
Mat Rempit menangis patah tangan
Patah kedua, kiri dan kanan
Argentina tidak Ostolia pun jangan
Jumpa di kapal Ananda Krishnan
24 comments:
This is a gem. I love it!!
frankie,
Glad you liked it.
Samy Vellu:
Apa itu buahulu dalam balang
Apa itu ulu tadak parang
Apalah ini dua worang
Pantun ka apa ka apasal sebut saya nama worang?
Najib:
Anak Samy Vellu bermain guli
Main guli di tepi perigi
Hey Samy Vellu jangan engkau peduli
Kami pantun tentang untung rugi
Samy :
Main guli ka gasing ka saya apa peduli
Tadak kira la dalam ka luar ka atas ka itu perigi
Kalu itu pantun tintang untung rugi
Saya musti masuk satu kaki
Mukhriz:
Tengok wayang cerita Badol
Wayang badol memang lah samdol
Uncle Samy nak masuk kaki dalam gol
Tapi kami bukan nak bincang tentang tol
Najib:
Benar sungguh kata hulubalang
Bukan tentang tol yang kami nak bincang
Tapi tentang pati kami yang makin pincang
Mintalah tok Samy pi dok di belakang
Samy:
Saya bukan worang main belakang
Apasal mau suruh saya dudok belakang
Memang ini Ameno suda itu pincang
Tapisaya sama MIC suda lumat macam kacang
Najib:
Wahai Samy yang tak berapa nak puteh
Elok hang pi jual kacang di Pasir Puteh
Ini semua tentang masa depan dan pitih
Hang jangan dok buat kami jadi letih
Samy:
Apasal kata saya tadak berapa mau puteh
Tengok saya punya gigi puteh dan bersih
Ayoyo..apasal saya cakap itu BERSIH
HINDRAF kalu saya cakap boleh
Mukhriz:
Uncle Samy tolong lah pergi
Tak perlu jauh sekadar di perigi
Tapi uncle Samy jangan kecil hati
Kalau ada apa-apa saya call sat lagi
Doc,
Aku tau dah, mesti ada penyambung punya. Samy dari pelakon tambahan dah dapat jadi pelakon utama pulak.
Chegu, saya ingat chegu dah merajuk tak mau blog lagi..kata nak rihat. Kalau chegu berhenti, saya mesti kecewa punya. Tiap-tiap hari blog chegu lah saya lawati dulu, kadang-kadang 4-5 kali sehari, tengok idea baru, kelakar dan tenang jiwa. Teruskan chegu, idea hari ni lagi sempoi...lama tak berpantun. Thanks
anon,
Mulo ingat nak bercuti tapi ingat pulak, pasai apa? Saya buat benda yang saya suka. Frust dengan ahli2 politik memang frust tapi biaq pi kat depa la. Saya ada banyak kawan disini dan terima kasih kerna jadi pembaca blog saya. This is for all my friends. Mungkin satu hari sdr/sdri bukak blog sendiri bagi tau saya, saya nak lawat jugak. Thank you.
Welcome back, Che'Gu. I'm glad you're back. Only don't expect it to be so soon. 'Thought you're somewhere vacationing.
This post is particularly hilarious. Typical of Malays (and Mamaks), adat is not forgotten. Adat rombongan berdamai with pantun. LOL.
P'Lah recent "bare all" was not really bare all because he didn't say things ppl want to hear. Only rumours. But at least it looked like he was going to use his upperhand advantage. But no. Today the AG closed the case against Tun. Does that mean the scene you create above is going to become a reality? Or is it just another of P'Lah's folly? Being 6:30, that is.
Salam Cikgu,
Rakyat:
2, 3 BN members go running
2, 3 times they go berpusing pusing
Soon after BN kepala got pening
PR and rakyat now more kamceng
Glad to have you back! :)
Wei pakdol, sudah-sudahlah,
Ramai ahli nak kuli hamzah,
Eh, ni mana dtg pulak dah?
Dei samy, pooodah..
hehehe...
welcome back, boss.
Salam chegu,
lepas ini bukan rahsia lagi
dengan elviza janji ditepati
pakcik saudara uncle nazri
lepas undi sunyi sepi
Paktam nak join sekaki:
Hati geli terangkat kaki
Lompat sampai apoih lemari
Cikgu duk tulih Tokasid buh sekaki
Ni..dah nak tidoq pun duk senyum sendiri
Pesanan Paklah:
Awat BR tak sedaq ke diri
BN menang masih ada majoriti
Jangan la hampa duk kalut kacau kami
Pitih nak dicukupkan sampai 7 generasi
hantutelur,
Yes, the closing of the case could signal something. Lets see in a few days.
Shah,
Thanks. Well I hear that quite a number of UMNO ordinary members are crossing over. Just last night I spoke to some who just handed 200 forms to PKR.
Kerp,
Well looks like its gonna be a battle of the oldies
accia,
Ya lah apa jadi kat Nazri? Dok practise menyanyi kot? Mana tau kalau takdak kerja nanti buleh nyanyi di lounge.
Paktam,
Jatuh tergolek tangan luka,
Lutut berdarah kaki terseliuh
Tujuh generasi tu cukup ka
Awat tak bagi cukup sepuluh.
ahaks! best giler pantun tu.. 2 thumbs up!
Salam Chegu,
Lak tak mai sini. Miss banyak perkara dah. Tapi yang ini manyak suka baca.
anon,
Thanks. Glad you liked it.
Zabs,
Memang lama pun zab tak bertandang. Terima kasih kerna sudi datang and glad that you like the pantun.
Salam Chegu,
What I can say is, ha ha ha, hi hi hi, hu hu hu, ha ha ha ha ha ha.... hi hi hi... pls... stop ! ha ha ha... hi hi hi, he he he...
Nor Haniza,
Hey, bawak mengucap sikit. Glad anda terhibur.
Hahahahha.... lawok...lawok... Cuma tak salah aku ini bukan pantun kan, ini syair. Wat ever pun mmg aku terhibur. Best..best
hehehehhehe..so funny...good one cikgu..
Post a Comment