Friday, 4 April 2008

Supaya Anda Tidak Mudah Lupa

Post hari ini ialah agar Melayu tidak mudah lupa. Betul kata Tun tu dan untuk membantu Tun dalam usaha murni ini saya akan dari masa ke semasa bila terdapat bahan, meng'refresh'kan minda orang Melayu dan juga minda orang Malaysia yang lain supaya mereka tidak mudah lupa. Teknik over-learning didapati berkesan kepada orang-orang yang mudah lupa. Sama lah seperti bila orang memberi no talipon mereka. kalau kita ingat saja tanpa menggunakannya, kemungkinan besar kita akan melupakannya.

Petikan untuk ruangan Supaya Anda Tidak Mudah Lupa ini saya ambil dari blog Din Merican. Petikkan ini adalah dari rekod mahkamah semasa kes DSAI dulu. Mengapa saya buat ini? Supaya kita tidak mudah lupa. Ini bukan skrip biasa saya.

Peguam bela: Adakah Datuk menggeledah pejabat ketua pengarah EPU di JPM?
Saksi (Shafee): Ada


Peguam
: Ada sesiapa yang meminta anda menutup kes itu?
Saksi: Ya, perdana menteri (Dr Mahathir).




Peguam: Ceritakan keadaan yang menyebabkan perdana menteri meminta anda menutup siasatan itu.
Saksi: Ya, saya dimarah, “beraninya anda menyerbu pejabat
pegawai kanan saya?” Saya terperanjat dan menjawab “ia dibuat
berdasarkan satu aduan pihak yang terlibat.”


Saya menjalankan tugas seperti diperuntukkan undang-undang. Beliau
(Dr Mahathir) menuduh saya cuba memerangkap bekas ketua pengarah EPU.


Saya menjawab, tidak benar sama sekali kerana salah di sisi
undang-undang memerangkap seseorang. Sebagai seorang Islam, berdosa
besar mengenakan orang lain.


Beliau bertanya saya “apakah Anwar menyuruh anda menggeledah pejabat itu?” Saya jawab “tidak”.


Peguam: Bagaimana nada perdana menteri apabila beliau
bertanyakan sama ada Anwar menyuruh anda menggeledah? Apakah nadanya
marah atau perbualan biasa?
Saksi: Nadanya seperti menuduh (saya).


Peguam: Selepas anda dimarahi perdana menteri, apakah anda memberitahu kejadian itu kepada sesiapa?
Saksi: Saya maklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara.


Peguam: Apakah reaksi anda apabila dimarahi perdana menteri dan menyuruh anda menutup kes itu terhadap ketua pengarah EPU?
Saksi: Saya sangat kecewa dan apabila tiba di rumah, saya beritahu isteri bahawa saya mahu meletakkan jawatan.


Tetapi kerana saya ada tempoh dua atau tiga bulan lagi - isteri saya memujuk agar tidak meletakkan jawatan.


Peguam: Kenapa anda rasa begitu kecewa dan mengambil keputusan untuk letak jawatan?
Saksi: Dalam sejarah kerjaya saya dengan kerajaan, inilah kali
pertama ketua saya menuduh saya cuba mengenakan seseorang dan juga
kecewa dengan cara perdana menteri campur tangan dalam bidang tugas
saya.

2 comments:

cakapaje said...

Salam Cikgu,

InsyAllah, saya tidak lupa.

Unknown said...

Shah,
Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive