Sunday 13 April 2008

Negaraku Aku

Negara ku adalah aku,
Aku adalah negara ku
Kenapa tak siapa mahu mengaku
Yang tanpa ku negaraku kaku
Kaku tak bergerak maju

Negaru ku, aku letak mu di situ
Di situ di mercu
Kejayaan ini kejayaan ku
Bukan mereka yang sebelum ku
Hanya aku
Aku nombor satu

Negara ku, aku pilu
Mengapa mereka berhenti menyembah ku
Mengapa mereka berhenti memuja ku
Adakah mereka tak tahu
Negara ini sampah tanpa aku

Aku tak akan biarkan ini berlalu
Wahai pengganti ku
Jangan engkau bermegah di situ
Sekali ku petik jari ku
Seluruh cakrawala runtuh atas mu

Akan ku dapat semula tempat ku
Di puncak, di mercu
Di puja seperti dulu
Di sembah adalah hak aku
Negara ku, kau tunggu

Perjuangan ku belum selesai

20 comments:

Kerp (Ph.D) said...

Aiseh cikgu…serious bebenor bunyinya.

Meh tambah sikit…

5 negeri ditawan pakatan bersatu,
itulah scenario politik negaraku,
dulu menang semua keranamu,
la ni kecundang taknak pula mengaku.

tokasid said...

Jelapang padi melintar jiwa ku
watan ku sendiri membakar hati
Tanjung Tempe bagai sekam di api
Gundah ku gulana ku lena tiada

Di mana panglima-panglima ku
Yang dulu gempita kini menyepi
Yang dulu bersorak riuh memecah sunyi
kini bisikan pun susah di dengari

Orang tua itu
Masih terus melata ke sana ke mari
membakar hati-hati
lalu di sambut sorak gendang perang
Oleh petualang-petualang

Mengapa membisu suami anak ku
Papa kan di sini menanti
Kata-kata indah dari mu suami anak ku

mahu rasanya aku pergi
yang mungkin tak kembali
lebih indah dari kelilingi balaci
biar hanya aku dan jeanie

Unknown said...

Kerp, Doc,
I think Doc has in him to write great poetry. Saya betul2 terpegun dengan you punya sajak Doc.

Kerp (Ph.D) said...

agree with you cikgu. look at him go. i think if there's one person who can give you a run for the money, its gotta be DocTA kita.

*doc, bulan depan asam pedaih lagi, your treat...hehehehhehehe..

Unknown said...

Kerp,
You know why I said so about doc's sajak? I could feel it. Some sajaks are read, that's it. Some on the other hand are felt.
Looks like my plans to go to KL to see you guys in May is on track. It would be late May when the school hols start.

Pak Zawi said...

Cheggu,
Thanks for the sajak version.
Here is my feeble attempt at the same topic:

Setelah aku musnahkan segalanya,
Ku hancurlkan segala jiwa raganya,
Institusi rajanya
Kehakimannya,
Segala kekayaannya
Masih mampu kekalkah ia
Aku tinggalkan satu legasi
Bahawa akulah pemerintah
Yang membentuk warna negara ini
Mengikut corakku
Tidak mengapa
Kerna mereka mudah lupa
Akan mereka lupa siapa aku
Yang menjahanamkan negara mereka

(Sajak kabur sikit hehehehhee.
Kalau tak faham pun tak pe saja nak contribute)

Unknown said...

Pak Zawi,
Saya paham sangat sajak tu sebab sehaluan dengan pendapat saya. My sajak tu, though could be used for Dollah is actually meant for Mahathir and you caught it.
I purposely buat my sajak open because I have friends on both side of the divide.

cakapaje said...

Salam Cikgu and all,

Hmm...lelama nantikan, blog Cikgu jadi akademi seni. Honestly, just like how the blues songs were born, it could be the same here.

Cikgu - Principal
DocTA - Vice
Pak Zawi - Tutor
Kerp - Assistant Tutor (Men)
cakapaje - Warden for the young ladies students.

Kerp (Ph.D) said...

cikgu,

i'm so used to read critics giving drM the hardest time. if the needs be, you should let it out regardless of which side of fence your friends belong to. i'm cool.

*kalau perkiraan yang betul, towards the end of may our swamp brother might actually be around. that would be fantastic. but worry not, the usual suspects will sure be there. me, docta, shah, muteaudio and perhaps Pak zawi?

tumpang lalu boss...

Pak Zawi Attenborough,

hey, that was a lovely piece. sajak ni dulu saya susah nak faham but as i learned along the way, one needs to read it thoroughly in order to understand and ultimately, to feel it.

*end of May boleh turun Pak Z?

Kerp (Ph.D) said...

mintak tukar...MINTAK TUKAR!

mintak tukar dengan Cakapaje!!!

hehehehe...

* sorry cikgu, been messing your blog with my jibberish lately.

Unknown said...

Shah and Kerp,
By virtue of my position as Principal, I hereby elect myself as Warden of the young ladies dormitory and keeper of the keys to the cctv room. But being the nice guy that I am, all the rest would be made asst wardens and hence a duplicate key be given to each one of them.

Anonymous said...

No post for me? Then I'll be orang minyak...

Pak Zawi said...

Chegu,
Minta laluan untuk bercakap dengan semua YB Ahli Dewan.

1. Alhamdulillah Pengetua Akedemi telah berlaku adil dan tidak memberi kuasa mutlak kepada Shah cakapaje nak monopoli kunci ke pusat wanita.
2. Hari Sabtu cuti sekolah amat baik sebab anak-anak saya free untuk jadi pemandu pelancong masa saya kat KL. Segalanya bergantung kepada keputusan untuk saya ber honeymoon ke Korea musim sekolah ni jadi atau tidak. Leputusan akan dibuat selepas result biopsis Azura besok. Pakej lum beli. Paling elok kalau dapat meet sebelum saya ke Korea jika saya jadi berbulan madu tu. Nanti saya akan proposekan tarikh ya?
Seronoknya dapat post kat Akademi. Akademi apa Shah?

tokasid said...

LOLONGAN ANAK KUNCI

Tersergam tanpa jasad
tidak ujud tapi ada
pemantun penyajak
pendondang pemboria pendikir

Berebut bagai anak anak dan gula-gula
kunci hikmat anak-anak dara yang mungkin tak berdara
tak perlu semaringsing mata kaji
tak perlu zamzam alakazam
tak perlu laungan alaaaaa kasim!!!!

hanya duplicate idaman
princpal deputi tutor
assistant tutor dan warden
jika kunci di pegang
tak perlu lagi jawatan pangkat
hanya kunci menjadi azimat

Pak Zawi said...

Che'gu,
Sambungan kepada sajak Tokasid:

Ku cari AlGhazali
Ku cari AlShafei
Walaupun ia tiada lagi
Itu jua yang kucari
Bukan harta dunia
Bukan kawan untuk berfoya
Ianya cuma suatu kuasa
Mungkin ianya dari suasa
Yang akan membawa segala nikmat
Cuma ada pada tangan berazimat
Sebelum datangnya kiamat
Che'gu berilah aku kunci hikamat

cakapaje said...

Aisehmen! Melepeh den, patut diam diam je bisik kat Cikgu, ni Kerpov lah buat kacau! lol!

Pak Zawi, hmm...entah, den pun tak tahu nak namakan akademi ni, minta yang lain cadangkan :)

Unknown said...

Akademi Orang Tua Miang?
Before Hantutelor becomes orang minyak, I suggest that he be roped in as one of the staffs of AOTM.

Truly looking forward to meeting you all.

Anonymous said...

How 'bout the League of Extra-itchy Gentlemen?

lebai kampung said...

ahli-ahli PAS dah jadi KAFIR kata AMANAT HJ HADI. sila ke http://paskafir.blogspot.com dan bacalah

Unknown said...

Oh, macam tu ka? Ish, ish, ish

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive