Thursday 10 April 2008

Boria Putrajaya

Selepas pilhanraya, Tok ketua kita dok kena belasah kiri kanan dalam luaq. Hari-hari ada saja problem sampai makin clear nampak kulit rambut tu. Dengan hiba rasa, dia pun buat lyrics untuk satu pertunjukkan boria di Putrajaya.
Sebenarnya Bergen lah yang cadangkan dibuat satu post dalam bentuk boria so here's to you Bergen.

Selamatlah datang, pada semua
Marilah bersama, mengikut saya,
Saya memimpin, walau jaga atau lena,
Boria Putrajaya, membuka cerita,

Ewaah,
Chorus, repeat above,

Pilihan lah raya, sudah selesai
Banyak calon lah kami, terlentang di lantai
Satu demi satu, kami di bantai
Last last kira tengok, 2/3 tak sampai

Adoi,
Repeat chorus

Dari satu saja, jadi lima negeri
Jatuh kat depa, kami sakit hati
Depa dok mengada, kat kami depa perli
Ada orang tua, tenyeh kami lagi

Mak oi,
Repeat chorus

Perlis jadi pasai, Raja mau orang lain
Shahidan merajuk, menangis terlondeh kain
Baru nak bernyawa, Terengganu pulak main
Idris bawak diri, Agong tak mau sign

Sakitnya,
Repeat chorus,

Bekas Perdana Menteri, mula buat pasai
Kepada lah kami, semua dia tibai
Dia menyarankan, jawatan kami tinggai
Awat lah hang Tun, perangai macam dajai

Geramnya,

Repeat chorus,

Adalah pulak, satu anak Raja
Banyak kali lawan, asyik kalah saja
Nak ambik kesempatan, merebut lah takhta
Dengan musuh lama, kacau sini sana

Adoi,
Repeat chorus

Sabah dan Sarawak, mula naik tocang,
Depa tahu kami, sakit dok terkangkang
Dengan Anwar Ibrahim, depa merancang
Lompat katak lompat, kami depa cincang

Oh Khairy,
Repeat chorus

Ini satu pengajaran, kepada semua
Bila anak anak anda, dah berumahtangga
Kepada menantu, mesti berwaspada
Depa tunjuk pandai, bawa malapetaka

Alahai,
Repeat chorus,

Nasihat ini, kepada semua
Kalau dalam hidup, mahu berjaya
Bila jadi pemimpin, mesti buat kerja
Dalam mesyuarat, hang tak boleh lena

Mak oi,
Repeat chorus

Kiri dan kanan, kena hentam saja
Semua angkara, kalah pilihanraya
Mesti pujuk bini, sama-sama bersara
Dua dua balik kampung, tanam ulam raja.

Hancus,
Repeat chorus

Kepada lah semua, rakyat Malaysia
Maaf kan saya, yang asyik terlena
Kalau di beri peluang, memimpin negara
Sorry kami tak mau, ambik lah kat hampa.
Sorry kami tak mau, ambik lah kat hampa,
Sorry kami tak mau, ambik lah kat hampaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

30 comments:

Bergen said...

YOU, sir, are NO 1.

Anonymous said...

Salam Che gu,

Wah duh, was out of internet service, missed out all yr posts,
sampai nak retire sekejap.
Che gu every thought of changing
yr profession. You know the first
thing dapat internet service, baca
habis blog che gu. Ni balik malaysia hari ini, miss lagi lah
seminggu.

Salam rindu blog
Inderjeet

Anonymous said...

Sorry typo error,

Ever thought of changing yr
profession?

Inderjeet

Anonymous said...

You're so good, Chegu. So perfect that the boria tune now keeps ringing in my ear. I'm so happy you're giving all the good things for us, your fans here. But don't get preoccupied with this lah.

tokasid said...

Ada satu che'gu dok di Pulau Pinang
Selain mengajaq dia suka mengarang
Kalu kita baca kernyeh macam kerang
Kalu kita gelak macam pecah tongkang

Yeabah!!
Repeat chorus.

Che'gu ada kawan dudok di Melaka
Tapi Laksamana Ali kata dia ni dok derhaka
Bila che'gu ni hentam masam macam cuka
Aku tak boleh dengaq macam nak demam kura

Angre!Angre!
repeat chorus

Tun Doktot Mahadet umoq sudah tua
Tapi dok serang aku tak lepa-lepa
Dengan parti aku apa kesudahannya
Ada yang dok kata jadi kuboq batu nesan dua


Sambut...
repeat chorus.

Anonymous said...

wah! ni macam, boleh lah kita tubuh boria blogger! hmm....nak imagine sat siapa nak teriak 'ewaah' tu...hmmm...
mat salo kot?

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Kawe dok baco, dok torsonyum soghe. Yo lah, kawe ni kecek kelate pun cam oghe siye(siam). Tapi kawe taknok kelepase peluang nyanyike boria ala kelate doh! Haa...kalu demo nak tahu, boria ala kelate, namonyo dikir baghat!

Siapo ituuu, berkecek utagho
dok menibai, sumo oghe beso
dio disambuuut doktor di melako
samo buak gelak, buak ketawo

kawe kat siniiii, gelak seoghe
mato dah pinau, otak tak jale
dok samo golaaaak, ketawa seoghe
nak tanyo cikgu, bilo nak ke kay el

aye delapeeee, aye golek halim
dale perjalane, singgah tanjung malim
dok 2 maleee, bade takkan slim
rame teme nak jumpo, dok dream dream :)

(Mampuih cek kalau Pak Zawi baco!)

Sue.Aleen said...

che'gu.. macam hantutelur, kita siap nyanyi lagi lagu boria ni.. macam terngiang di telinga tune dia tu macamana..

Unknown said...

Bergen,
Wo, wo please, make it number 9 or 10. I don't want to be no. 1.

Unknown said...

Inder,
Lama tak dengar cerita. Oh Balik Malaysia? Di mana di Malaysia?

Unknown said...

Hantutelor,
I am a little pre-occupied, that I admit, I am not gonna lie about it. Maybe when everything settles down, things will go back to normal. Thanx.

Unknown said...

Doc,
Aku dok pikiaq bahagian sambut ewaaah, amboi tu ada lagi tak? Tak terpikiaq Yeabah dengan angre, angre. Hang ni dulu kaki boria kot?

Unknown said...

accia,
Bahagian tu kita bagi kat Kerpov. Mat Salo bahagian pegang payung pusin-pusin tu.

Unknown said...

Shah,
Insyaallah cuti sekolah bulan Mei ni kalau tak ada aral melintang sampai la kot saya ke KL. Bukan apa, takut nak pi KL tu, ulu sangat. Kena naik bot, redah hutan belantara, naik gunung turun gunung, dan takdak karan pulak sana, semua pakai cahaya lilin. kami orang Penang ni bukan buleh tahan yang tu semua.

Unknown said...

Suealeen,
Yang ni saya buat, guna melody boria yang klasik punya. Macam mana nak bagi tau pun tak tau tapi yang best tentang boria ni, you buleh buat melody sendiri.

Kerp (Ph.D) said...

Mari la mari, semua bersatu,
IkutLAH rentak gendang dipalu,
Tapi lah saya, muka tak malu,
Tetap berdegil, macam …????


Do us the honour and hit it home, cikgu!!!!

Hehehehhehehehe………

Unknown said...

Kerpov,
Drumroll, Macam Samy Velu.

Kerp (Ph.D) said...

SPLENDID!

Pak Zawi said...

Che'gu,
Hahahahahahahahahahhahahhahahahahahhahahahahhahahhahahhahahaha.

Daphne Ling said...

Hi Chegu,

Brilliant! Truly brilliant! =)

PS: I actually sang from beginning to end...Hehe...

Unknown said...

Kerpov,
I was quite sure you were expecting 'Samy Velu'.

Unknown said...

Daph,
Glad that you find it okay.

Unknown said...

Zawi,
How do I answer that? Heheheheheheheheheheheheheh?

mokk said...

Salam Cikgu..

You are cool man...best..

Saya pun ikut nannyi....

Unknown said...

Mokk,
Kita ada banyak penyanyi or tukang karut boria sekarang. Very soon kita buleh perform Boria Putrajaya on TV

ummisara said...

Chegu,

kekekekek
chek dok khenyeh sorang baca...
Bila nak buat persahan pulak ?
Boleh amik TA, Shah join... sure tak tolak punya...[ramai tunggu nak tengok tuh...kekeke]

:P

Salam.

ummisara said...

Opsss! silap eja...chek antaq balik noooo

Chegu,

kekekekek
chek dok khenyeh sorang baca...
Bila nak buat persembahan pulak ?
Boleh amik TA, Shah join... sure tak tolak punya...[ramai tunggu nak tengok tuh...kekeke]

ummisara said...

Opsss! silap eja...chek antaq balik noooo

Chegu,

kekekekek
chek dok khenyeh sorang baca...
Bila nak buat persembahan pulak ?
Boleh amik TA, Shah join... sure tak tolak punya...[ramai tunggu nak tengok tuh...kekeke]

Unknown said...

edelweiss,
Maaf saya tunjuk kebodohan atau ignorance saya, apa itu persahan? Kalau ada sample di you tube buleh jugak saya study dia.

Anonymous said...

Betul la jadi kemarok dgn Kata Tak Nak ni...dua hari buka tak dak update..heghan jugak..last2 tengok, ghupanya sejak Khamis dah ada boria dan bagai-bagai lagi...
awat jadi macam tuu..
muskil nii..

Teruskan Cikgu!! Tahniah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive