Pilihanraya selesai sudah
Pak lah tersungkur tapi tak mengalah
PR mendabik kemenangan menyerlah
Lima negeri ditawan sudah
Ada yang terpaksa menjilat ludah
Kerana pembangkang yang asyik disergah
Lani kat depa dok jelen lidah
Tapi kali ini ada peliknya
Pak Lah yang kalah nampak bersahaja
Balaci-balaci belaan orang tua
Menyalak di sini dan juga di sana
Sesekali tuan depa pun join sama
Paksa Pak Lah lepaskan takhta
Kononnya kekuatan parti perjuangan depa
Ataupun takut tongkang pecah terbongkar rahsia?
Wahai Pak Lah jerit mereka
Turun lah segera dari takhta
Bagi lah Najib merasa pula
Betapa indahnya di atas sana
Bagilah Rosmah bermaharajalela
kerana tak cukup pulun FELDA
Nak rasa juga yang minyak punya
Najib diam seribu bahasa
Lidah kelu tidak terkata
Muhyidin pun lompat macam perwira
Daripada Najib dia lebih tera
Licik sungguh si orang tua
Musuh lama yang bertapa di Gua
Dipujuk masuk beradu bersama
Hishamudin dah kata nak undur diri
Gerakkan pemuda tak mahu diterajui
Anak orang tua pun tawarkan diri
Semua pemuda nak diketuai
Toleh kanan dan toleh kiri
Sokongan kawan-kawan terus dicari
Batu loncatan jawatan itu menjadi
Dengan Najib orang tua dah mula bengang
Sebab tak mahu joint tendang terajang
Jadi orang tua pun terus mencadang
Kepada Najib janganlah sesiapa pun pandang
Kerna takdak teloq bila telanjang
Jadi lebih baik cari lain hulubalang
Yang sanggup beradu dan menyerang
Zaid pulak bukak cerita lama
Kepada hakim teraniaya maaf dipinta
Maka menyalak lah balaci-balaci orang tua
Nak minta maaf buat apa
Mereka menjerit tenggelam punca
Takut timbul cerita lama
Tentang kezaliman tuhan mereka
Pak Lah pun cuba tumpang sekaki
Kepada hakim teraniaya tunjuk simpati
Disuruh Bar Council buat party
Hakim teraniaya hendak dirai
Segala perbelanjaan sedia di kaotimi
Ex gratia dan pengikhtirafan hendak diberi
Sebenarnya nak tengok orang tua menggigit jari
Ke Manchester pulak orang tua menjelajah
Dihadapan bebudak university Pak Lah diterjah
Adakah dia terlupa sudah
Akta University yang haram jadah
Dia gubal bertahun-tahun sudah
Supaya politik dan pelajar dapat di pisah
Lani kat depa dia nak khutbah
Jangan telunjuk diacu kat orang
Kerana lagi 3 jari kembali menyerang
Segala apa yang dia bangkang
Dulu dia jugak buat memanglah terang
Lebih baik saja sejadah dibentang
Kepada Yang Esa niat dipasang
Perbuatan lama tak mahu dah di ulang
Pak Lah pulak bukak lah mata
Party hang dah tak diterima
Cuba lah perhati perangai mereka
Mengigit sini menerajang disana
Semua angkara nak rebut kuasa
Yang dengannya dijanji bertimbun harta
Nasib rakyat tak siapa nak bela
Dah 50 tahun UMNO berkuasa
Segelintir kaya yang lain merana
Pak Lah ada satu peluang berjasa
Kepada negara dan juga bangsa
UMNO yang penuh dengan kudis buta
Dibungkus dibuang ke longkang saja
Biar pembangkang pulak bertakhta
Kalau pembangkang pun buat perangai kera
Lagi lima tahun depa pun kami terajang juga.