Thursday 15 May 2008

Negara lain Lagi Teruk

Soal jawab bersama Jemaah Menteri.

Pemberita: Masaalah kekurang beras dan kenaikan harga semakin menjadi-jadi. Rakyat sungguh gelisah. Apakah tindakan YB untuk mengatasi masaalah ini?

Menteri: Pertama sekali kita mesti sedar yang ini adalah masaalah global. Bukan Malaysia saja yang mengalami masaalah ini. Saya diberitahu bahawa orang Eskimo pun sekarang menghadapi kesulitan yang sama. Di Afrika ramai yang mati kebuluran dan rakyat Singapura pun mengeluh kerana gejala ini. Ini adalah sebab wujud mereka yang tamak yang membeli bekalan beras dengan banyak dan menyoroknya supaya mendapat untung bila berlaku kekurangan. Kita tak akan tunduk kepada perbuatan jahat ini. Saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk membantu kerajaan memerangi perbuatan jahat ini. Mari lah kita sama-sama berpuasa. Rakyat perlu sanggup berkorban walaupun untuk bertahun-tahun lamanya. Tunjuk lah anda cintakan negara ini.

Pemberita: Rakyat mengeluh bahawa rasuah makin menjadi-jadi di negara ini. Rasuah wujud di semua peringkat, dari office boy hingga ke Jemaah Menteri.

Menteri: Gejala ini bukan saja wujud di negara ini. Di Afrika, Indonesia, India dan negara-negara Latin lagi teruk. Disebabkan kita tidak lah teruk sangat maka kerajaan tak akan berbuat apa-apa. Kita hanya tunggu sehingga ia berkurangan dengan sendirinya. Kalau tak turun jugak, sama-sama lah kita sembahyang hajat minta masaalah ini di kurangkan. Oh ya, di negara maju pun ada rasuah jadi kita terpaksa terpaksa lah hidup dengan masaalah ini.

Pemberita: Toll kita sangat membebankan. Rakyat sangat marah. Apa kah tindakan kerajaan.

Menteri: Rakyat tidak seharusnya marah sebab toll kita adalah yang termurah di dunia. Negara lain pun ada toll jugak. Mungkin kita akan nasihati toll operators supaya menanam banyak pokok bunga disepanjang lebuhraya ini supaya dapat menenangkan hati pengguna tapi sebab ini akan menambahkan kos penyelenggaraan maka kita kena naik sikit lagi toll.

Pemberita: Mutu sukan negara semakin hari semakin merosot. Pasukan bolasepak kita selalu mengecewakan. Pasukan hoki jugak amat mengeciwakan dan badminton masih di tahap lama. Rakyat mahu sesuatu dilakukan.

Menteri: Kita tak lah teruk sangat. negara lain seperti Tibet, Papua new Guinea, Laos, Bhutan dan banyak lagi yang lebih teruk daripada kita. Saya rasa ini adalah sebab kita banyak sangat makan nasi. Kita patut lebih makan ubi. Untuk jangka pendek kita akan bekalkan semua athelet kita dengan steroid yang mencukupi. Kita akan suruh mereka ulang laungan Malaysia Boleh seribu kali sehari.

Pemberita: Kemalangan maut di Malaysia sangat tinggi. Rakyat merasa tidak selamat bila berada di jalanraya.

Menteri: Negara-negara lain lagi teruk. Di Amerika pun kemelangan maut sangat tinggi. Di India, satu keretapi tergelincir beratus-ratus mati, kita sikit saja, dua atau tiga saja jadi rakyat tak seharusnya bimbang. Kita akan wajibkan semua kenderaan membeli kota pertolongan kecemasan. Saya akan melantik syarikat anak saya untuk membekalkan kotak-kotak ini dengan harga hanya RM2000 satu kotak yang mengandungi antiseptik wash dan cream gauze, kapas dan Panadol. Untuk ini kerajaan terpaksa megeluarkan subsidi lagi RM2000 satu kotak sebab kotak-kotak ini sangat mahal. Saya akan pujuk anak saya untuk memberi diskaun RM10 satu kotak.

Ada sesiapa nak tambah lagi?

26 comments:

Ydiana said...

Believe it or not, these are the typical answers you will get from these Menteris. All these answers are already so familiar to us. Its as if a 'touch and go' and 'swing back' strategy adopted by them whenever a problem arise.

Unknown said...

Yd,
Yes, its always 'negara lain lagi teruk' which in a way tantamounts to admitting that we are teruk.

rastom said...

Di suatu zaman furistik yang mendatang, pula senario ini kedengaran.

Pemberita:Masalah ozon kian berkurang. Bekalan oksigen pun banyak tercemar. Apakah tindakan YB?

Menteri : Saya dari dulu lagi suruh rakyat ubah cara hidup. Tidak ada lain cara lagi, saya nasihat kan mereka supaya jangan rajin sangat bernafas. Sehari tiga kali saja sedut oksigen cukuplah.

Anonymous said...

dear kata tak nak

satu perkara yang perlu kita akur tentang hidup di negara kita ialah bahawa kerajaan UMNO/BN, sejak dari dulu lagi, sama ada mengambil sikap defensif atau mahu membayangkan betapa ia adalah kerajaan yang maksum. Ini adalah sikap piawaian UMNO/BN.

Anonymous said...

Err... are we still better than Ghana? Other than Ghana participated in FIFA World Cup tournament in Germany, we struggle to play football with Laos and Myamar.

tokasid said...

Pemberita:

Mengapa negara Jerman boleh memberi pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti kpd rakyat mereka dan kita tidak.

Menteri:
negara lain lagi teruk bagi pendidikan percuma jugak.Kita juga boleh beri percuma bila guru-guru dan pensyarah2 boleh bekerja tanpa gaji.

Pemberita:
Mengapa PM kita kuat tidur?

Menteri:
Negara lain lagi terok kalau nak kira tidur,Bayangkan ketika kita sedang berjaga dan bekerja pada masa yang sama negara-negara maju di Eropah dan Amerika bukan saja PM mereka sedang tisur tapi majoriti rakyatnya jugak tidur.
Bila mereka tidak tidur kita juga tak tidur.Cuba masa ada live matches bolasepak.pemain dan penonton di sana tidak tidur ,kita juga tak tidur sebab kita menontot matches tersebut.
Cuba bayangkan,bila ada game Liga Perdana Malaysia di sini, adakah org di England berjaga utk menonton Kedah lawan Perak?Tak ada...mereka tidur.

Pemberita:Mengapa menteri2 kita suka memberi jawapan yg berbelit-belit?

Menteri: Di negara lain lagi teruk.Tengok di India,England malah Amerika sendiri.Kita di sini cuma mengikut convention United nation fasal 8888 yang menyatakan semua Menteri2 di galakkan memberi jawapan yg berbelit2 agar rakyat-rakyat kena tipu.

farzain said...

kelakar betul post ni. Tapi saya faham apa isunya.

Saya rasa alasan negara lain lagi teruk ni dah agak basi.

Kalau PR memerintah nanti pula, tolong jangan bagi rakyat alasan2 macam ni lagi ye..

Kerp (Ph.D) said...

hehehehehhehehehe...yes, a very typical typical reaction from them stupid ministers. suddenly its about other countries.

Pemberita: Kekurangan beras dan harga yang melambung membimbangkan rakyat. apa komen datok?

Menteri: Kita seharusnya bersyukur. kita lihat banyak lagi negara lain, seperti Ethiopia. dah la takde nasik, terpaksa reka makanan menggunakan tanah liat.

pemberita: tapi itu negara Cuba datok.

Menteri: err...ada usaha dari pihak media untuk menjatuhkan saya. statement saya sudah disalah ertikan. saya sebut Cuba dan tidak samasekali Ethiopia. saya akan dapatkan nasihat peguam kemungkinan berlakunya seditious dari pihak mereka yang tidak bertanggungjawap.

Anonymous said...

Yang ni denial syndrome yg dah menular hingga ke rakyat marhain. Kalau dulu dalam kampung jika ada budak2 yg kurang bersopan, masih ada segan bila berhadapan dengan "orang tua-tua" kerana mereka ini sebagai pemantau kepada tingkahlaku kanak-kanak dan para remaja. Tapi hari ini tidak, contoh kalau Che'Gu menyentuh perihal disiplin seorang pelajar kepada bapanya, reaksi yang Che'Gu terima selalunya begini: "Alahai Che'Gu, jangan dok fokus anak saya sorang je la, dia pun bukannya nakal sangat. Budak lain lagi teruk pun ada... sekolah tak kisah pun nak ambil tindakan disiplin."

Bagi orang yang bercakap lagu tu, termasuk menteri-menteri yang dalam alkisah Che'Gu ni, mereka cuba menggambarkan anything better than the worst is good enough.

Unknown said...

Rastom,
Hmm three oxygen sips a day, that sounds viable. Imagine the number of tree4s we could feel and still be not short of oxygen.

Unknown said...

Shirzad,
They are 24/7 on defensive mode. Hey they even have prepared answer to questions not yet asked. That's how defensive they are. If only our football team could be like that.

Unknown said...

Frankie,
Yes, we are better than Ghana, they only eat kacang.

Unknown said...

Doc,
Semua YB BN mesti ambil periksa dalam matapelajaran pelataqology. Hanya yang terer pelotaq saja buleh jadi manteri

Unknown said...

Farzain,
Yes, we do hope that they are not BN's clone or out they go too.

Unknown said...

Kerp,
I am afraid you have been very seditious and to save my skin, I do not know you. See you behind bars.

Unknown said...

Hantu,
Memang tepat sekali. They will give you st5upid stories. The bottom line is their children are angels and the neighbours are the devils.

RinG said...

ada lagi nii,

pemberita: YB, gejala maksiat makin menular di kalangan rakyat. Ada juga artis yang boleh bukak baju sewaktu 'live show'!!


Menteri: Ooh baru bukak baju. negara lain industri filem lucah sudah dihalalkan. kita masih boleh gam orang sebegini.

adakah 'denial syndrom' ini akan berterusan? mampukah mereka menjawab soalan cepu mas yang datang dari pemberita tanpa berselindung?

monsterball said...

Sometimes...it's not worth commenting on such low class idiots explainations.
I just made a long message at Anwar's blog.
It is good ...blogging can give many reader...more informations....than just listening to those idiots...or read one sided news in papers.

Anonymous said...

Pemberita: Datuk, kenapa kebanyakan menteri-menteri dalam BN banyak buat perangai tak senonoh seperti raba punggung orang, rogol budak bawah umur, bercium isteri orang dalam lif dan sebagainya? Ini akan mencerminkan budaya dalam UMNO adalah budaya seks yang sangat digemari.

Menteri: Menteri di negara lain pun lagi teruk. Setiap hari diorang tukar perempuan nak buat seks. Di satu negara Afrika tu, ada satu upacara di mana PM diorang boleh pilih perempuan yang telah dibogelkan dan kahwin mengikut pilihan PM tersebut. Pastu, ada menteri kat luar negara lain plak bercium kat khalayak tak kecoh pun. Kita je kat sini yang lebih-lebih nak cepat melatah, terutamanya puak-puak PAS tu. I hate PAS. Opss, terspeaking plak.

Pemberita: Datuk, negara kita ni bermasalah dari segi sosial sehinggakan Mat Rempit semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ni. Ada jugak pertubuhan yang mempunyai beberapa garisan ala-ala gengsterism. Takde apa-apa tindakan ke, datuk?

Menteri: Come on la bro. Negara lain lagi teruk! Terutama kat US tu. Dengan Ghetto, Black lagi. Kat Itali plak ada Mafia. Jepun dengan Yakuza. Takde pun nak hairan? Semua negara pun bermasalah. Bukan negara kita je. Itu adalah perkara yang normal.

Pemberita: Soalan terakhir, datuk. Kenapa jawapan-jawapan datuk suka membanding-bandingkan dengan negara luar? Kemudian memberi alasan, "negara lain pun teruk jugak". Ini akan mencerminkan bahawa datuk ni seorang yang tidak professional.

Menteri: Adoi. Susah betul lah cakap dengan kau ni. Bukan saya sorang je yang teruk. Menteri-menteri lain pun teruk jugak! Diorang jawab lagi merapu-rapu. Lagi tak masuk akal.

Pemberita: Habis tu, kalau semua menteri tu tak betul di mata datuk, siapa yang betul? Takkan datuk sorang je yang betul?

Menteri: (Beredar begitu sahaja)

Unknown said...

Ring,
Yes, negara lain teruk, menteri lain teruk, yang dia tu okay saja. Depa dah biasa dengan excuses sampai jadi darah daging. Rasanya depa dah di traun macam tu kot? Ada dalam UMNO punya training syllabus.

Unknown said...

Monty,
Yes, its good to be a blogger but they are not going to let us off just like that.

Unknown said...

amir,
Satu hari nanti depa akan keluarkan satu buku "Negara2 Yang Lebih Teruk Dari Malaysia"

Anonymous said...

Reading the comments too, for a fact it makes me feel a little thankful that malaysia indeed is better of than many others. Oops, itu bukan purpose post ni kan? Nik Aziz pula dalam hal ini akan kata "Kita kena bersyukur.... Malaysia tak seteruk negara2 lain..." If it's put in that way how arr we want to accept? :P

Unknown said...

Farzain,
Yes, indeed kita tak seteruk negara-negara lain tapi kita kena ingat bahawa banyak negara lebih baik daripada kita. Tugas menteri ialah untuk tackle masalah bukan untuk compare dengan negara lain dan kata negara lain lagi teruk. Kita peduli apa negara lain lagi teruk. Kita kena ingat, bila kita kata negara lain lagi teruk itu bermakna yang kita mengaku yang kita teruk, so perbetulkan yang teruk tu, toksah peduli tentang negara lain tu. Mengapa tak banding dengan yang lagi baik? Takut rakyat bukak mata?

phillix-starscreamer said...

I agree with you cikgu, that we should'nt only compare with other countries who are worse off than us and therefore be complacent nd sit back and do nothing. that's the problem with mediocre people. we should always strive for the better. but still, we shouldn't take our blessings for granted, and be grateful that at least our country is not cyclone prone, or earthquake bound. and because we're not, all the more we should strive for the better, because we were given the chance to, and given the opportunity to.

Anonymous said...

if there is a day that our country is worst than the other country, wad would they say again...i believe if continue like they continue say like this but doing nothing , indonesia will become better than our country some days.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive