Friday 9 May 2008

Dah nasib engkau la badan!

Budak: Mak, kan abah kata jangan park Mercedes baru ni di sini? Abah kata di sini ada banyak pencuri.

Emak: Tak apa nak, mak baru saja bagi kat Polis tu RM100 untuk jaga kereta kita.

Budak: Wah, Polis pun kerja part time jaga kereta ka?

Emak: Ya la nak, harga ubi kayu pun lani dah melambung naik. Kalau dia tak buat part time mana nak cari duit beli makan? Dengan gaji dia yang dua belas tiga belas ribu sebulan tu, mana nak cukup nak?

Budak: Kesian ya mak. Mak bagi la lebih sikit kat dia.

Emak: Memang mak nak bagi pun, tapi nanti bila nak balik mak tambah la dua tiga ratus lagi, kalau bagi sekarang, dia cabut lari, kalau bagi nanti, dia tunggu la.

Budak: Wah! mak pandai ya. Mak boy nak beli laptop baru la, yang lama tu slow sangat la.

Emak: Okay, nanti kita singgah kedai komputer mak belikan. Yang lama tu nak buat apa?

Budak: Kita bagi saja kat bibik. Suruh dia bagi kat anak dia main.

Emak: Bagus betul anak mak, tak kedekut. Jom kita masuk butik tu, mak nak beli baju baru untuk baca Yassin malam ni.

(lepas 1 jam)

Budak: Wah, banyaknya baju mak beli?

Emak: Ya la, kan minggu ni ada banyak rumah buat baca Yassin. Takkan nak pakai baju yang sama?

Budak: Jom la ke kedai komputer tu, nak beli laptop baru.

Emak: Nanti ya nak, kita pergi pasar dulu, nak beli ubi kayu untuk jamuan malam ni.

Budak: Asyik-asyik ubi kayu, KFC, MacD, Pizza, asyik-asyik yang tu saja. Nak lain pulak la mak.

Emak: Nak apa nak?

Budak: Nak yang macam ni, yang dalam majalah ni. Cuba mak tengok, diaorang makan benda ni, yang putih putih tu, yang biji biji tu.

Emak: Yang mana? Bak mak tengok. Yang mana, yang ni ka? Alahai nak oi, kita mana boleh makan yang ni? Nak cari pun tak ada. Kalau ada pun kita tak mampu nak.

Budak: Apa benda tu mak?

Emak: Ini lah yang orang kata nasi. Orang yang sangat kaya saja yang mampu makan nak, kita yang jutawan saja ni mana mampu.

Budak: Sedap tak mak?

Emak: Ntah la, mak pun dah lupa, dulu masa kecik-kecik pernah la makan sekali dua masa Atuk kau jual tanah dulu, dia dapat banyak duit, ada la dia beli 5 kilo beras. Dia kata dia nak bagi anak-anak dia merasa makan nasi sebelum dia mati. Tu la last sekali mak makan nasi.

Budak: Tak aci la macam tu, mak dah rasa, boy belum rasa lagi, mak nak jugak.

Emak: Jangan la macam tu nak. Kita hanya orang kaya saja, bukan menteri. Makanan macam ni menterimenteri saja yang buleh makan, tu pun sebulan sekali kot. Sudah, sudah, nanti mak belikan roti canai ok?

Budak: Hooray, mak nak beli roti canai. Best, best.

Emak: Untuk anak kesayangan mak, mak sanggup belanja semua elaun mak untuk bulan ni. Nanti malam, kita makan roti canai ok? Tapi ingat, roti canai ni pun mahal tau? Jadi sebiji untuk dua orang okay?

Budak: Okay, apa pun takapa asalkan dapat makan roti canai. Hmmm, bila la agaknya boy nak dapat rasa makan nasi ya?

26 comments:

Batara Guru said...

antara beras dan ubi penuh dugaan dan cabaran :P

tokasid said...

Boy: Mummy...Nasi tu datang dari mana? Dia ada pokok ke macam ubi kayu?Atau macam pokok epel tu?

Mak: Mummy pun tak pasti.tapi kalau Mummy ingat-ingat lupa nasi ni datang dari beras.Beras ni datang dari BERNAS.

Boy: BERNAS tu pokok ke mummy?

Mak: Tak..yang mummy ingat BERNAS tu macam penghisap darah lah,macam lintah tu....BERNAS ni lah yang jaga beras kat negara kita ni.

Boy: Lintah?Lintah tu apa mummy? macam kek eh?

Mak: Bukan...takpa-takpa nanti bila beli laptop baru boboy tgk internet.Okay!BERNAS ni dia lah yang kawal beras.beras pulak datang dari padi.

Boy: PADI? PADI tu kan ke band Indonesia 50 tahun dulu mummy?Boboy ada terjumpa kat bawah katil nenek.Nenek kata itu atok punya dulu-dulu.

Mak: Tak lah boboy...Padi sejenis bijirin. Dia keluar dari pokok padi...err....pokok padi ni rupa dia macam....macam.....hah!Macam lalang.

Boy:Macam lalang kat bandar yang orang dah tak tinggalkan lagi tu ye mummy?Bandar hantu tu?

Mak: Bandar hantu?Bandar apa tu boboy?

Boy: Alah...Putrajaya tu....kan banyak lalang kat situ...kan dah takde orang tinggal sana sejak ibu negara di pindahkan Kuala Ketil ni....

Pak Zawi said...

Chegu,
Cerita ni sebelum 2020 atau selepas?
Tokasid,
Tolong book rumah bunggalow di Putrajaya sebiji. Book aje tau bab nak tunggu bayar selepas bandar ini jadi bandar hantu. Mampu la sikit nak beli. Nak berhijrah dari Desa Pasir Mas ke bandar la konon supaya dekat dengan anak cucu di Labu dan Puchong.

Unknown said...

batara guru,
Ubi kayu makanan ruji, beras makanan luxury

Unknown said...

Doc,
Fuyoo, Kuala ketil jadi Pusat Pentadbiran. Putrajaya jadi pusat ternakan ikan keli dan ladang tanaman ubi kayu la kot no?

Unknown said...

Zawi,
Cerita ini in the not too distant future la.

Ydiana said...

Nak gelak, takut jadi kenyataan..
Nak sedih, rasa nak gelak pulak..
Nak buat macam mane ya..?

Kerp (Ph.D) said...

hahaha...good one. who knows one day we may have to turn to red caviar as our staple food and for rakyat marhaen like myself, i can only drool and crave for a place of nasi kandar, which is only available in leading 6-star hotels.

mampos la camni.

Unknown said...

Yd
Mungkin dalam lifetime kita tak jadi kenyataan but the way the prices are going up it is frightening.

Unknown said...

Kerp,
One day kalau ada rezeki you melawat Penang I take you to 2 good places for nasi kandar. 1 is for breakfast and the other is for midnight. Memang sampoi. Kalau tunggu lama takut dia jadi ubi kandaq pulak.

Toilet paper said...

Pupus la Nasi Lemak, Nasi Kandar, Nasi Minyak tidak lama lagi..
Staple food change to Sago..
banyak sedap..

Unknown said...

Toilet,
Yes, sago for those in East malaysia and ubi kayu for us here in West malaysia and Nasi Briyani for the filthy rich.

rastom said...

Boy: Mummy, bila nak beli ketam? lama dah kita tak makan. Asyik asyik ikan kerapu, gerot gerot jer..

Mummy: Ketam? Nanti kita kena loteri 1st prize kot. Kalau ketam batu bolehlah.

Anonymous said...

Salam Che'Gu...

Sinis ada, seriau pun ada...mana taknya belum boleh imagine tak makan nasi sbb beras tak dak... masa kat US dulu pun sanggup pi drive 3-4 jam sbb ada kedai siam juai beras...

ni mcm program utk meng'kurus'kan masyarakat bermasalah berat badan mcm saya la wehh...

nanti saya pi Penang mau ka Che'Gu bwk saya rasa nasi kandaq hak Che'gu mentioned kat Kerp tu...

peensandad said...

KFC,BKing,..kan dorang ada.(MAMPU)
kita yang tak mampu, terpaksalah sagu dan ubikayu... dan wujudlah resepi2 baru seperti, ubikayu goreng ayam, ketupat ubikayu, ubikayu beriayani, ubikayu kuning, nasi jagung goreng... haha... untung saya orang biasa... taklah merapu nak carik nasik emas.

Anonymous said...

Takut cerita hempa semua jadi kenyataan, aku la ni nak stok banyak-banyak beras, mana tau jadi macam besi, wayar letrik, plastik, kertas, kawan memba anak penalan aku kat jb dulu dia kompol semua jenis plastik, bila lepas memba minum ayaq miniral dia kutip botoi dan simpan, masa tu bila dia kompoi botoi tu memga dia gelak kat dia, depa kata "apala hang nie teruk sangat, buat malu memba saja," bila la nie plastik recycle dah mahai dia eksport kat cina, sampai bulih bawak keluaq sebijik astima baru, dia layok depan memba dia, dia kata nilah botoi plastik yang hempa buang....

kalu hempa ingat dulu sapa yang jadi tukang kutip sampah? yang tukang semboq minyak itam kat kampung-kampung tak mau bagi nyamuk biak, yang dok tebais tepi paghit tu sapa? lani sapa pulak yang take over?
nasiblah la nie tak dak tong taik, kalau tak dreba lori taik, tukang angkut tong taik semua oghang kita. satu lagi la nie dah banyak melayu botoi, dulu hindu botoi pi kampung beli botoi kat kita, la nioe melayu botoi dia tak beli, tapi dia curi dan juai kat tokea yang dulu tok dia jadi keling botoi, kejap saja masa berubah, mungkin lepas ni memang kita tak bulih dapat nasik macamyang hempa chet kan. SAMA-SAMA LAH KITA RENUNGKAN"

cakapaje said...

Salam,

KJ: Den poduli apa, asalkan den dapek makan duit rakyat, den gumbira! Den sokarang borgelar MP tau! Sama ngan sumo bulubelang den, den akan sapu borsih sumo makanan kek Malaysia ni. Nanti bornas mulo pakai halal den, lopeh tu, den halalkan bornas kek den lak! hahaha!

Anonymous said...

Salam che gu,

lani kena buat rombongan Cik
Kiah,makan nasi dagang Penang.

inderjeet

Kerp (Ph.D) said...

deal, cikgu!

now if ever the plan of taking a trip to penang crops up, you'll definitely come to mind. need a real deal penangite to take me to the bestest nasi kandar in the whole penang.

Unknown said...

rastom,
Memang la, ketam lani makanan orang kaya saja, orang semikin yang tidoq semejid mana buleh makan.

Unknown said...

Raden
You come over and I'll surely take you and family over there.

Unknown said...

developnohates,
Bagus jugak ya ubi kayu beriyani dan ubi kayu lemak tapi di Penang mesti ubi kayu kandaq la.

Unknown said...

anonymous,
Hindu botoi dia simpan duit dia balik India, Melayu botoi, dia belanja duit dan masuk jel.

Unknown said...

Shah,
Rasa-rasanya kalau makan duit sendiri tak sedap kot. Mesti kena makan duit rakyat baru nasi tu rasa best.

Unknown said...

inerjeet,
Nasi dagang Penang kalau mesti tak sedap sebab orang penang mana pandai masak nasi dagang?

Unknown said...

kerp,
You are on. Sure punya tapi jangan sampai terciriy pulak la sebab nasi kandaq ni heavy rempah dia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive