Monday, 23 June 2008

Usul Naik Harga

Tuan-tuan dan puan-puan izinkan saya membentang satu usul meminta rakyat Malaysia yang disayangi dan dicintai menyokong kenaikan harga petrol baru-baru ini.

Semua mesti faham yang kami buat ini untuk kebaikan semua, bukan untuk menyusahkan semua. Memang la pada mulanya tuan-tuan dan puan-puan akan merasa sedikit keperitan, mungkin jugak banyak keperitan, tapi ingat, kita ini semua rakyat yang cintakan negara dan kental. Kita boleh menghadapi apa-apa saja kesukaran hidup. Kita sudah biasa hidup susah jadi apa lah salahnya kalau kita hidup susah lagi? Hidup susah ini bukan perkara baru untuk kita.

Tuan-tuan dan puan-puan patut tahu yang walaupun kami dalam kerajaan memang mendapat gaji yang sungguh banyak dan elaun untuk apa saja yang kami buat, tapi kami tetap sedih dan bersimpati dengan nasib tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Bila saja kami makan yang enak-enak di hotel-hotel yang mewah, kami sentiasa teringatkan nasib tuan-tuan dan puan-puan yang mungkin terpaksa makan ubi kayu. Bila saja kami bercuti di London atau Paris, hati kami tetap bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan di Malaysia, negara yang tercinta yang mungkin terpaksa bercuti di tepi sawah sawah padi.

Betapa peritnya tuan-tuan dan puan-puan rasa, kami juga turut sama merasainya walau pun dalam segala kemewahan.

Bila harga petrol dinaikkan bermakna kita telah mengurangkan subsidi. Tuan-tuan kena ingat bahawa jumlah subsidi yang boleh kita jimat ini sangat banyak. Kita telah berjimat banyak billion yang boleh kita gunakan untuk perkara-perkara lain yang dapat membantu rakyat.

Tuan-tuan tentu tahu yang kita telah mengumumkan banyak corridor di Utara, Selatan, Timur dan Barat dan corridor-corridor ini memerlukan perbelanjaan yang sangat tinggi. Ramai kontraktor-kontraktor Melayu UMNO sedang menunggu-nunggu pemberian contract-contract. Jika contract-contract ini tak diberikan apakah akan terjadi kepada mereka? Ramai contractor-contractor China yang sedang tunggu contractor-contractor Melayu UMNO untuk subkan contract-contract ini kepada mereka. Ini adalah contoh perpaduan yang hanya terdapat di Malaysia.

Bayangkan apa yang bakal terjadi kepada mereka kalau contract-contract ini tiba-tiba saja dihentikan. Bayangkan betapa hampanya contractor-contractor Melayu UMNO dan China MCA ini. Apa akan terjadi kepada semangat muhibbah antara mereka ini?

Bayangkan betapa mudahnya orang-orang Singapura dapat datang ke Malaysia untuk menikmati kekayaan negara ini dengan adanya corridor-corridor ini. Kita kena ingat, walaupun dalam kesusahan kita kena tolong jiran kita. Dengan corridor-corridor ini mereka di Singapura yang sangat teringinkan tanah dapat memilikinya. Tidak kah anda akan merasa bangga yang anda telah dapat membantu jiran anda itu.

Tuan-tuan kena ingat bahawa semua projek ini mesti diteruskan juga sebab ramai orang UMNO telah berunding dengan orang-orang kampung untuk membeli tanah-tanah mereka dengan harga murah. Rami juga telah pun membelinya. Dengan terlaksananya projek-projek ini dapat lah mereka menjualkan tanah-tanah ini kepada orang-orang luar dengan harga yang sangat tinggi dan dengan itu mendapat untung yang banyak. Tidakkah anda bangga yang orang-orang Melayu UMNO ini sangat bijak berniaga? Mahu kah anda menggagalkan impian mereka?

Ingat, apabila saja Melayu-Melayu UMNO ini berjaya ramai lagi lah anak-anak dara cantik yang akan berpeluang mendapat sugar daddy. Rami yang berpeluang bekerja di cigar bar.

Penjimatan daripada subsidi ini juga memungkinkan kita menambah pengambilan anak-anak muda untuk PLKN. Bayangkan betapa ramai lagi Putera-putera UMNO yang akan dapat habuan dengan membekalkan pakaian-pakain seragam pada 2 kali ganda harganya. Ramai yang berpeluang menikmati durian runtuh dalam membekalkan makan-makanan basi kepada peserta-peserta ini. Bayangkan berapa ramai lagi Putera-Putera UMNO yang akan kaya dan memandu Mercedes dan membina bungalow dan pergi shopping ke Harrods. Anda tentu bangga sehinggakan keperitan yang anda bakal dan sedang merasai akan terasa seperti madu.

Saya merayu kepada pembangkang untuk sama-sama menyokong usul ini. Jangan lah fikir sangat tentang habuan sebab kami tak boleh bagi habuan kepada anda yang ada di pihak pembangkan. Kalau mahu, join lah kami macam seorang yang baru saja join kami dan sama-sama lah kita menikmati habuan. jangan risau, rakyat kita sporting. Mereka sanggup berkorban.

15 comments:

Kerp (Ph.D) said...

hehehe...pala hotak dia. dengan tiba2 penstrukturan semula subsidi disokong semua MP BN. taklah terkejut sangat tapi diorang kata demi masa depan yang lebih baik. ni aku nak kata, semenjak kali pertama harga minyak naik since dia jadi pm, janji kata public transport akan diperbaiki. aku tengok masih ditakuk lama, tetap macam gampang jugak.

Anonymous said...

Buat malu malaysia je. I wish I can just concentrate on the Euro 08 in support of Spain. And in support of Liverpool on their quest to outdo MU next season with the addition of David Villa, hopefully, and knowing that MU is losing C Ronaldo. Ole!

Unknown said...

hantu,
I didn't know that the oil price hike has hit you so badly that you begin having impossible dreams like Liverpool winning anything. Are you okay? Do you want me to call you a doctor. I wonder if Tokasid makes house calls. I tell you what, MU is not and has never been a one man team. If Ronaldo wants to go to Madrid than so be it and with the 80 million pounds together with the amount they got to buy, Liverpool better hope that they are playing in the Malaysian Super League.

Unknown said...

kerp,
Mesti dia dok ingat awat orang tak sayang kat dia. Muka berkerutu macam tu macam mana nak dapat orang sayang.

rastom said...

Setiap kali saya tengok rambut putih a la george lloyd prof back to the future tu saya terus rasa dunia ini semakin semak!

Anonymous said...

LOL. Typical of MU fans. Looks like there'll never be a grand send-off for Ronaldo. He might ponder, some other day, "I wish I had not served MU. I am only important when I'm with them." Like habis madu sepah dibuang.

Unknown said...

Hantu,
No one asked him to go so if he wants to go whats the point of keeping him? Remember Henry, he wanted to leave but Arsenal kept him, see what happened?

Anyway, I heard FAM is willing to allow Liverpool to play here next year in the Super League so what say you? I mean no point in playing with the big boys.

As for Villa, remember Baros? You all never learn fo you? Thats why Liverpool is where it is now.

Sorry la bro, bila my bola saya lebih passionate daripada politik.

Unknown said...

Rastom,
Depa tau ka apa yang depa cakap tu? Awat la malangnya nasib kita.

Anonymous said...

Semalam dengar balik interview ceo petronas kt tv. Baru perasan rupanya kerajaan baru tanggung subsidi petrol sejak 2004. Sebelum tu penetapan harga minyak membawa untung kepada kerajaan. Tak sampai empat tahun dah tak boleh manage. Memang hampeh betul la kerajaan BN nih. Awat la ada lagi saki baki org dok sokong. Tak reti2.

Unknown said...

Don,
Tu la, yang orang gomen ni tak buleh repair dah, dah hancoq terok. Kita kena repair yang dok sokong depa, maybe lagi sekali election buleh ubah.

mantra-indeeptots said...

Cikgu
Look no further. Talk n theory, Talk n theory...

Politic talk = 0% COMMON SENSE

What say you?

Unknown said...

mantra,
You are right, so right that there must be a change. We change politic to politalk and politician to politalker. What say you?

mantra-indeeptots said...

Great.. lets add to our vocab - politic >> politalk;
politician >> politalker

Remembered this quote;
To err is human; to blame it on someone else is politics - politalk!

tokasid said...

Che'gu:

Pembohong akan terus berbohong.
Penipu akan terus menipu.
Perasuah akan terus rasuah.
Kaki kelentong akan terus kelentong.
Pengampu akan terus mengampu.
Pengipas akan terus mengipas.
Penjilat akan terus menjilat.
Pak anggok akan terus anggok-anggok tanpa geleng-geleng.

Semua sifat2 ini ada dalam Kabinet Kerajaan Bn dan Ahli Parlimen BN.

Pinjam kata-kata Ahmad Kerpomovic: Macam gampang.

skrinhijau said...

Saya berkesempatan meihat sendiri perjalanan sidang dewan rakyat semasa usul penstrukturan semula bahan api ini dibahaskan ...

Agak mengecewakan kerana ramai diantara ahli parlimen bercakap mengenai perkara yang sama ..

Ahli Parlimen Kerajaan sibuk dengan isu kenaikan harga minyak global ...

Ahli Parlimen Pembangkang pulak sibuk bertanya ke mana wang petronas dibelanjakan ...

Sebagai Ahli Parlimen, mereka sepatutnya memberi cadangan bagaimana kesengsaraan rakyat dapat diatasi dan dalam masa yang sama beban kerajaan untuk menanggung subsidi dapat dikurangkan ...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive