Thursday, 5 June 2008

Ada Hikmahnya.

Sekarang ni makpak-makpak yang ada di rumah boleh rasa lega tentang keselamatan anak-anak dara mereka. Akhirnya kerajaan dah berjaya menyelesaikan satu masalah yang besar yang dok merunsingkan dan merisaukan hati makpak-makpak sejak dari zaman P. Ramlee lagi. Saya angkat topi kepada kerajaan.

Sejak dari dulu lagi memang banyak kes rogol yang tak dapat diselesaikan sebab yang jadi perogol ni mempunyai suatu kuasa sihir yang tak dapat dilawan. Panggillah berapa banyak bomoh pun tapi perbuatan mereka ini tetap menjadi-jadi.

Ramai yang jadi mangsa, samada yang pakai baju puteh yang nipis atau pun yang bertudung. Si perogol-perogol ni tak kisah, asalkan anak dara dia sebat. Kadang-kadang orang kampung dan juga orang-orang yang duduk di taman-taman akan adakan rondaan pada waktu malam tapi masih lagi berlaku perbuatan terkeji ini.

Perpatah ada berkata, di mana ada kemahuan disitu ada jalan, jadi akhirnya pihak berwajib benar-benar menunjukkan yang mereka ada kemahuan untuk melawan gejala ini.

Sebenarnya aku ada dengar yang ini berlaku sebab ada di kalangan pihak berwajib yang telah jadi mangsa. Ya, ada anak menteri yang dirogol tapi biasalah akhbar tak akan menyiarkan berita ini untuk nak jaga air muka menteri itu.

Entah la betul atau tidak tapi mengikut apa yang aku dengar menteri ni bengong seketika sampai terpaksa dapatkan rawatan pakar sakit jiwa. Kejadian itu sangat-sangat mengejutkan dia.

Dia sangka rumahnya kebal sebab segala langkah keselamatan telah dia ambil. Bukan setakat pintu-pintu yang kuat, dia juga ada memasang alarm-alarn yang canggih dan juga menggunakan khidmat pasukan kawalan keselamatan. Satu perkara yang dia tak sedar ialah semua ini tak dapat melawan kuasa sihir dan ghaib.

Ceritanya ialah, menteri ini mengamuk semasa mesyuarat kabinet dan mintak kerajaan mengambil segala langkah yang ada, tak kira berapa kosnya, untuk menangkap si porogol itu tapi tak diendahkan oleh rakan-rakannya dalam kabinet, malahan dia diperli oleh rakan-rakannya. Ada yang kata padan muka dia sebab perangai dia sendiri pun tak ubah macam perogol tu.

Khabarnya lagi, seminggu selepas mesyuarat kabinet itu, rumah seorang lagi menteri kabinet diceroboh dan dua anak daranya dirogol. Ini menyebabkan panik di kalangan menteri-menteri kabinet. Mereka ramai-ramai mengugut akan letak jawatan dan akan menyertai kekumpulan pembangkang sekiranya kabinet tak setuju melakukan sesuatu untuk menyelesaikan kerisauan mereka.

Cabinet mengarahkan ISIS untuk mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka akhirnya mendapat idea untuk melawan kuasa sihir ini dengan pendekatan mencari punca kekuatan sihir ini. Selepas mendapat pendapat daripada pakar-pakar ilmu sihir mereka akhirnya mendapat tahu bahawa perogol-perogol ini mendapat kuasa mereka dari suatu sumber bawah tanah atau jauh di dasar laut.

Jadi pembaca semua jangan lah kita marah dengan kerajaan sekiranya mereka melakukan sesuatu yang pada pandangan kita akan menyusahkan kita. Sebenarnya langkah ini diambil untuk menjaga keselamatan kita semua terutama sekali anak-anak dara kita dari ancaman Orang Minyak. Hanya dengan menaikkan harga minyak saja dapat mereka selesaikan masalah ini. Bila minyak dah terlalu mahal, orang-orang minyak ini tentu tak mampu sebab mereka tak dapat rebate.

12 comments:

acciaccatura said...

salam chegu,
haahaaha..heehee...
subsidi, subsidi....

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Rasanya, 2,3 hari ni, ramai yang akan kena tangkap kerana menukar gaya hidup - beramai ramai di jalanraya! Jom, kita tukar gaya hidup menjadi orang minyak dan pau kabinet pulak!

muteaudio said...

Salam Chegu,
Takut pulak lepas ni sebab tak dapat rebet, Orang Minyak pakai Minyak Lintah dan Minyak-Minyak kuat yg lain. Lagi har!

Kata Tak Nak said...

accia,
Thanx, idea ni saya dapat dari comment E, semalam.

Kata Tak Nak said...

Shah,
Tukar cara hidup tak mau, tukar cara riadah okay, jom ramai-ramai.

Kata Tak Nak said...

muteaudio,
Tak lama lagi minyak lintah, minyak dhab dan minyak-minyak lain yang sewaktu dengannya akan dinaikkan harga jugak kalau tidak memang haru.

dinkoi said...

Hang nie buat penat aku baca saja, ingat ka ada apa berita baru, rupanya "OM" kalau aku baca dari bawah taklah suspend sangat, tak sangka hang ni boleh jadi pengarang, penulis skrip, penyanyi, penulis lyric, senang cerita boleh ganti PRamli, aku baru saja tengok "PRamli The Musical" best betoi, Harga minyak Senyonyong tak naik ka?

Kata Tak Nak said...

jamal,
Harga minyak senyonyong tak naik tapi minyak lintah dengan minyak dhab naik.
Oi Abu kata nak mai bulan 8 ni.

farzain said...

Hek eh....... Serious benar nukilan cikgu ni... Sampai lah ke ayat yang last tu! Haha. Terima kasih kerana memberi bahan ketawa pada saya pagi ni.

Buat apa pening2, minyak naik adalah benda lain yang turun. Contohnya anak2 dara kita sekarang pun terpaksa duk rumah lebih tolong buat kerja rumah sebab mak bapak takde duit nak tanggung duit minyak meronggeng mereka lagi! Jadi turunlah gejala sosial melibatkan anak dara remaja kita!

Tengok! Ada positif kan!

Kata Tak Nak said...

Farzain,
Lagi satu Mat Rempit pun kalau dulu race sebulan 10 kali, sekarang akan race 6 kali saja, down 40%. Yes, the other side of the coin.

hantutelur said...

Che Gu,
Pertama2 saya nak tanya. Betul ke subsidi minyak tu subsidi? Kalu kesihatan dan pelajaran mungkin betul kerajaan bagi subisidi, tapi minyak? Kita beli minyak bukan di bawah harga kos. Kita beli minyak pada kadar harga yang lebih rendah daripada harga pasaran, mungkin. Pembekal minyak cuma kehilangan sedikit untung, bukan rugi. Kerajaan bayar syarikat minyak untuk minyak yang dipam ke kenderaan kita ke? Rasanya tidak, sebaliknya syarikat2 minyak turut membayar cukai kepada kerajaan. Tang mana subsidinya? Oleh itu kengkawan, jangan rasa terhutang budi kalau anda dibuat untuk berfikir yang kita ni makan duit subsidi setiap kali mengepam minyak. Takde maknanya. Apa yang berlaku sekarang ialah ada pihak yang nak untung lebih. Kerajaan hanya mengikut. Kerajaan tidak membela rakyat. Saya membayangkan yang kali ini kita lebih teruk dari gawat 98.

Kata Tak Nak said...

hantutelur,
Good point worth a serious look into but whatever it is this new hike is going to hurt a lot. Apa dia kata rebate ni? Bila nak dapat rebate ni? Lagi 1 tahun? In the meantime sapa nak bagi duit untuk hidup ni? Awat la depa dok buat macam ni? Kalau depa rasa kita silap kerana salahkan depa then do the right thing, call for a snap election.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive