Monday, 2 June 2008

Lelong, Lelong, Murah, Murah

Tuan tuan dan puan puan mari mari mari, lelong lelong lelong, murah murah murah. Ya hari ni hari special tuan tuan dan puan puan. Hari ni kita nak lelong segalanya yang ada kaitan dengan Melayu tuan tuan. Ya mari mari mari. Kalau letih sila duduk tuan tuan, kalau masih lagi bertenaga sila tengok semua barang-barang ni tuan tuan. Ya, tengok jangan tak tengok. Check beg duit dulu, duit cukup tak. Kalau tak cukup kami ada menyediakan ATM machine tuan tuan. Kalau tak cukup lagi gerai-gerai Ah Long ada di sebelah sana tuan-tuan. Dekat sini pulak, ada gerai-gerai bank bank ternama tuan tuan. Kalau layak dia bagi instant loan tuan-tuan. Ya mari mari mari. Tengok, tengok. Kita akan mula kan lelongan lagi 1 setengah jam tuan tuan. Sila buat persediaan tuan tuan. Ya, ya kami terima semua major credit card tuan tuan tapi pastikan credit cukup tuan tuan. Tidak tidak credit handphone tak buleh tuan tuan dan Touch & Go pun tak buleh tuan tuan.

Ya, ya sila duduk sila duduk semua, lelongan dah nak bermula. Ya ya, kita akan mula Lelongan Melayu Extravaganza 2008 tuan, tuan.

Kita mula dengan kotak ini tuan-tuan. Mari tengok apa isinya. Ya, isinya ialah Bahasa Melayu tuan tuan. Ya, kita tak perlu lagi Bahasa Melayu tuan tuan, Matematik dan Sains pun kita ajaq dalam Bahasa Inggeris jadi buat apa ada Bahasa Melayu lagi tuan tuan. Kita mula dengan RM1.00 tuan tuan. Ya itu harga Bahasa Melayu tuan tuan. RM1.00. Tak ada sesiapa pun mau? Okay kita kurangkan 80 sen saja tuan tuan. Ya sold to the Professor from Singapore Mr. Lim Sar Poo.

Mari kita lihat kotak ni pulak tuan-tuan. Ya, kotak ini berisi dengan 'Prinsip melawan rasuah'. Oh ini bagus ni. Kotak ini mengandungi prinsip melawan rasuah seorang bekas ahli satu parti politik yang keluar untuk memerangi rasuah dan kemudian masuk semula ke party itu selepas di rasuah. Berapa tuan tuan rasa nilai prinsip ini? Berapa? 3 sen? Ada yang nak tawar lebih sikit lagi? 4 sen ada? Takada? Sold kepada NGO Gerak dengan harga 3 sen. Mereka kata mereka nak pamerkan ini di museum Gerak.

Ya tuan tuan sekarang mari tengok kotak ni pulak. Apa kah isinya tuan tuan? Oops! sapa bawak kotak ni sini? Betul ka, yang ni pun nak lelong? Tunggu dulu ya, tuan tuan saya dapat pengesahan dulu. Er, DS ka tu? Ya saya dari Lelongan Melayu Extravaganza 2008. Okay, DS tak dapat datang tak apa, cuma saya nak confirm satu benda ni dengan DS. Ya, berkenaan dengan kotak bertanda U1 tu. Ya, kotak U1. Betul ka nak lelong isi dia tu DS? Tak sayang ka? DS pasti ka benda tu dah tak perlu lagi? Kira DS confirm la ni? Saya lelong ya? Kalau ada apa-apa nanti jangan salahkan saya pulak.

Okay tuan tuan dan puan puan nampaknya kita ada Jackpot harini. Kotak ini U1 akan dilelong dengan harga 5 sen. Apa, isi kotak tu? Oh, sorry, sorry terlupa bagitau tadi. Isi kotak ini ialah UMNO. Ya, UMNO akan dilelong. Hey, nanti, nanti nak pergi mana ni, mari sini mari sini, tak mau ka ni? Hey mari, mari, bersejarah benda ni. 5 sen, 5 sen, tak mau? 1 sen, tak mau jugak. Free! Free! Okay terima kasih En. Samy, nah En Samy boleh bawak balik, free saja. Er, boleh saya tanya, nak buat apa dengan ni? Apa? nak bubuh dalam zoo?

16 comments:

Kerp (Ph.D) said...

hehehe...good one. for a soul to be sold for an amount, that considers cheap. but for those without a soul, bought at high price, not worth your money. no re-sale value la.

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Samy: Tadak...tadak, saya zoo juga tadak pergi. Saya rumah duduk, kirja sudah tidak ada, maaaanyak boring duduk diam diam. Saya ingat, kasi letak itu kotak rumah tengah juga, saya bule tengok itu Sarkas...kasi hibur saya hati dalam juga. Dulu time saya kirja juga, tiap tiap hari ada tengok, tapi dulu saya ikut saja cakap...jadi macam itu Sarkas orang jugalah. Sikarang, saya bule kitawa kuat kuat. Juga, saya boleh suruh Sarkas buat libih banyak tol untuk saya poket masuk.

acciaccatura said...

LOL!! Adoiii, tergelak kuat saya sorang bila baca uncle samy kita pun ada.

salam chegu,
sori dah gelak baru bagi salam. saya baru sampai KL dari KT.chegu baguih betul dalam creative writing ni. sat lagi nak baca post ni kat suami. haahaaha....adoiii....:)

Zawi said...

Chegu,
Salam.
Tak habis lagi idea baru dalam bentuk penyampaian chegu ya.
Mungkin kena rasuah sikit baru mereka nak terima Parti tersebut, maklumlah ahlinya pun kaki rasuah juga.

Kata Tak Nak said...

Kerp,
Yeah soul for sale. Both buyers and sellers are unscrupulous people.

Kata Tak Nak said...

Shah,
Tapa, nanti Samy bawa pi Madras punya sarkas. Kerala punya suda ada.

Kata Tak Nak said...

Accia,
Samy mesti ada dalam cerita ni, macam masak lauk tak boh garam tak sedap la.

Kata Tak Nak said...

Zawi,
Rasuah ni dah jadi darah daging depa so memang susah depa nak ubah.

Shirzad Lifeboat said...

dear kata tak nak

saya dengan gang minat jugak nak pergi lelong ni. tapi kami tak ada cash. hutang lagilah ada. kredit kad dah lama nazak, tunggu bank court saman dalam. ini semua penangan dasar ekonomi melayu barulah. apa dia? the towering malays? hah betullah tu.
Ada tak barang Melayu yang boleh timbang kati?

duasenkami said...

Pedas dan sinis, tapi sedaaaap dan kreatif. Tahniah.

Kata Tak Nak said...

Shirzad,
Barang Melayu yang buleh timbang kati ialah Keris Taming Sari dan Petronas Tower.

Kata Tak Nak said...

duasenkami,
Memang itu lah hakikatnya sekarang. Maruah Melayu dan tergadai dek party sarkas yang terlalu taksub kepada kuasa.

Mr. Right said...

Hahahaha...kah..kah..kah...

Koridor yang banyak2 tu taknak lelong sekali ke? Singapore mesti ready nak bayar mahal untuk koridor yang belah selatan. Pulau Batu Putih Mata yang kecik tu pun dorg nak....

monsterball said...

Even prostitutes do not lelong lelong murah murah.
They all pinjam pinjam ...rasa rasa boleh.....tetapi...no lelong.
They are not not murah..like those scums of the earth. They have principles in life..even that poor.

Kata Tak Nak said...

Mr. Right.
Masa mula type tu memang dok ingat nak masukkan sekali Batu Puteh tu tapi dia short circuit la.

Kata Tak Nak said...

Monty,
Even prostitutes got honour. These people where got honour one?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive