Tuesday, 10 June 2008

Kesian kat budak-budak tu.

Isteri: Letih abang? Duduk dulu, biaq Ton pi bancuh kopi.

Suami: Hang bancoh kaw-kaw sikit no Ton.

Isteri: Dapat gaji haghi ni bang?

Suami: Hmm, dapat.

Isteri: Hai, macam tak ceria saja. Oghang dapat gaji seronok.

Suami: Oghang banyak duit seronok la, yang kita yang susah ni nak seronok apa?

Isteri: Bang malam ni kita bawak budak-budak tu pi makan kentucky?

Suami: Alah, abang pi beli roti canai bok balik sudah la.

Isteri: Apa abang ni, kesian kat budak-budak tu, nak dapat makan kentucky sebulan sekali pun susah. Ala, abang oi, jom la.

Suami: Ton oi, awat Ton ingat abang tak kesian kat depa ka? Abang pon sayang kat anak-anak Ton tapi tak buleh, nak buat macam mana? Ada Abang beli apa-apa kat diri abang? Tak dak Ton, semua kat Ton dengan budak-budak tu saja. Rokok pun abang dah lama berhenti.

Isteri: Bulan lepaih buleh? Awat bulan ni tak buleh pulak?

Suami: Bulan lepaih, minyak harga banyak mana, begahaih harga berapa, dagin sekilo beghapa, sewa beghapa? Ton tengok la, selalu abang kena belanja lebih kurang RM100 sebulan minyak motor lani dah naik RM140.

Isteri: Depa kata dapat rebate?

Suami: Bila yang nak dapat rebate tu? Depa bagi tiap-tiap bulan ka? Dak Ton oi, lepaih setahun baghu dapat. Jadi lani sampai time tu mana nak caghi yang lebih tu? Alah, depa bagi pun RM120 saja. Sebulan RM10 Ton.

Isteri: Oh bukan dapat tiap-tiap bulan ka. RM10 sebulan saja ka abang?

Suami: Lagi, dulu beghaih RM10 sekampit, lani RM15 sekampit. Budak-budak tu dok besaq, kuat makan, kita guna sampai 2 kampit lebih. Untuk begahih saja nak kena tambah beghapa belaih ringgit entah. Kalau naik lagi?. Dulu duit market buleh lagi RM15 sehari lani mana buleh dah semua naik harga. Minyak dah naik harga barang-barang lain pun nak naik lagi. Paling kurang pun abang kena tambah RM5 sehari untuk duit market, yang tu dah jadi RM150 sebulan.

Isteri: Awat lagu ni ya bang? Mampoih la kita oghang susah ni?

Suami: Tu bas sekolah untuk depa 3 oghang tu dah naik soghang RM10 dah RM30 dah. Dengaq kata Pak Hassan nak penaik sewa. Dia nak penaik RM50 sebulan. Tak salah dia jugak la, dia pun nak makan jugak.

Isteri: Macam tu kalu, kita kena ubah cagha hidup kita la abang, macam menteghi tu kata.

Suami: Ni la aku nak menyumpah ni, nak ubah macam mana lagi? Gaji dok banyak tu jugak. Kalau sakit kita tak pernah pi klinik luaq, kita selalu pi klinik kerajaan. Mana ada kita pi tengok wayang? Kot la setahun sekali kot. Kita beli vcd saja. Yang tu pun yang cetak rompak RM5 satu. Bukannya kita beli banyak, 2 vcd sebulan. Awat yang tu pun tok sah beli ka?

Isteri: Ya la jugak no abang. Nak ubah macam mana lagi. Bukannya kita dok pi makan angin selalu. Bukannya kita ada Astro pun di rumah? Kalau tak guna talipon susah nak kontek abang. Takkan nak bagi kat budak tu RM1 sehari pi sekolah? Seringgit buleh beli apa? Lani bagi RM2 pun depa dok kata tak cukup.

Suami: Awat depa nak sughuh kita makan sekali sehari saja? Abang buleh buat macam tu, tapi budak-budak tu macam mana? Depa dok besaq. Menteghi buleh cakap la, gaji depa banyak mana? Naik harga banyak mana pun depa makan macam tu jugak.

Isteri: Kot kot maksud depa tu sughuh kita masuk UMNO kot? Tengok Leman, Wan, Salim dengan Sood tu, selalu tukaq kegheta. Rumah depa besaq. Tu semua pasai depa masuk UMNO la. Ala, abang masuk la UMNO.

Suami: Memang la depa rumah besaq, kegheta tukaq selalu, pasai depa dok jadi pecacai angkat teloq ketua bahagian. Dapat tender bagi kat Cina. Cina untung banyak depa dapat sikit dok menunjuk merata. Awat hang tak tengok ka, Awang, Daud, Kassim, Derus, Selamat, Lah dengan banyak yang lain, depa pun oghang UMNO jugak, tak kaya pun? Hang kena pandai jilat pungkoq oghang besaq baghu buleh kaya la Timah. Dah la tu, kena sanggup juai bangsa sendiri baghu buleh kaya kalau masuk UMNO.

Isteri: Tu kita lani macam mana abang oi, dah semua dok naik harga, gaji banyak tu jugak, macam mana ni bang. Kalau Pak Hassan tu penaik sewa macam mana abang? Macam mana nak hidup macam ni bang. Ton pun macam abang jugak, kesian kat budak-budak tu.

12 comments:

Kerp (Ph.D) said...

aku nak gelak pon taksampai hati. ni perkara serius yang bekenaan dgn kehidupan sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah. macam mana lagi nak ubah cara hidup bila selama ni pon dah mcm kais pagi makan pagi?

gomen kasi rebate? tu semua trick je konon diorang perihatin. menteri2, termasuk pm dan dpm punya gaji dalam news kata akan dipotong 10%. 10% je? gaji diorang tinggi melambung setakat 10% yang setoet tu apa la yang dirasa sangat. satu lagi diorang dpt elaun entertainment. apa benda elaun entertainment ni? bau hanyir mcm ikan je...

Kata Tak Nak said...

Kerp,
Misti la kena ada entertainment allowance. Actually initially it was called China Doll allowance, tapi bunyi tak best depa tukaq pi entertainment. Go to "cakap tak serupa bikin" and see the entertainment table. PM saja pun 18 ribu lebih sebulan.

Kerp (Ph.D) said...

ok will do. thanks.

tokasid said...

Che'gu:

Apa yang hang tulis hari ni memang itulah yang sebilangan BESAR masyarakat kita hadapi.

Kesan nya amat terasa.Roti canai dah naik harga.

Orang pun dah korang berbelanja.Ada kawan buka kedai makan(dia tak penaik rega lagi) dok mengeluh pasai pelanggan dah kurang sangat-sangat.Rasa macam nak menangis dia kata.

Klinik dan Farmasi swasta pun dah slow.Aku sampai boleh baca punya banyak blog hari ni.

Tadi ada drug rep mai...dia kata baru 2 bulan sudah harga ubat naik.Ni dgn harga minyak melambung silap hari bulan mulai Ogos harga ubat akan naik lagi.

Anak-anak yang tak reti apa memang lah kesian bukan saja kat depa tapi kat pak depa sama.macam hang kata...tak bagi kesian.kalu beli bagi pak pulak jadi parah.

frankie said...

Well said chegu, of course it took me some time to reread the loghat utara and trying to understand it, but still it is as real as you can get it.

Just because of 10% cut in entertainment allowances and some travelling perks, the government made a big deal and trumpet it all over the media. Actually if the government did not make any announcement, we may not know the lavishness and free spending nature of the present government. Not only our government is 'boros' but they are also 'bodoh'.

hantutelur said...

Why can't we be like Koreans?

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Dalam gelak, ada pilunya. Entertainment Allowance how much? If not mistaken, its around RM12,000. RM12,000! Cut if off totally! Damn bloody bloodsucking Sarkas! Don't forget too other allowances such as Petrol, Groceries, Electricity and water...leeches!

Kata Tak Nak said...

Doc,
Masuk hari ni dah 2 hari se4kolah bukak tapi topic perbualan tetap harga minyak dengan barang naik. Semua dok menyumpah. Ada satu cikgu tanya budak-budak dirumah mak pak dok cakap apa? Depa jawab, mak pak dok marah pasai minyak nail harga.

Kata Tak Nak said...

Hantu,
Yang itu untuk orang ada prinsip. Maaf la, di Malaysia mana ada wakil gomen ada pendirian. Dia hanya mau buat duit dan jadi kaya raya. Dia buat jalan pun bukan dengan tujuan tolong rakyat. Tujuan utama ialah untuk buat duit, jalan tu hanya sampingan saja.

Kata Tak Nak said...

Shah,
Very apt, bloodsucking leeches. Why still give them holidays? No holidays whatsoever. Bloody bastards.

dinkoi said...

hang nie....... pandailah buat dialog, mengaji skolah england tapi pandai jugak tulih chaga skolah Malaya.

hang tau ka? ayaq mata aku belinang dok baca dialog hang, tup-tap-tup-tap dok menitik atais key bod........

betoi ka la nieada macam nie?
nasib baik lah aku menikah cepat sikit, anak-anak aku dan jugak makan KFC, Piza

kalau la nie depa baghu dok nak besaq alamat makan fries ubi kayu laaaaa......

tapi aku dulu lagi susah.... makan nasik sekali saja, malam makan biskut 4 segi tawaq soghang 2 keping saja, tu pon makan dengan ayaq teh O,

kadang-kadang kami makan nasik dengan minyak lauk guoai dengan sambai, sedap jugak, kadang-kadang la nie aku teringin nak makan macam tu, tapi tak bulih...... colesterol tinggi dalam minyak lauk... hang mana besa makan macam tu. ada lagi macam-macam, tapi malu nak ceghita kat sini, nanti oghang tau, hang jangan habaq kat depa nanti malu aku noo! aku ceghita kat hang pon pasai hang memba lama aku. aku kenai hang dari 02-01-1977, hang kigha sat dah beghapa taun dah.

Kata Tak Nak said...

Jmal,
Aku mengaku kami dulu tak la susah sangat tapi tak penah senang. Kadang-kadang ada kegheta kadang-kadang juai kegheta tapi memang okay la.

Memang la aku tambah ceghita sikit tapi di sekolah aku pun ada budak yang tak beghapa mampu.

Memang susah lani Jamal. Sebelum harga naik pun memang dah susah dengan naik harga ni, tak tau la.

Yang akan jadi masalah ialah janayah. Hang tunggu dan tengok la, kadar jenayah akan naik.

Hang silap tarikh dia. Kita mola kerja dulu 1/1/77. Aku rasa lepaih 2 tiga hari kot baru Isa ajak aku pi duduk rumah hampa. Lepaih tu hang sombong, hang pindah nak pi dok sorang-sorang.

Hang ni bila nak dapat menantu? Anak hang dengan anak aku, beza 2 tahun saja kot? Meiji dah 28, Nasri umoq berapa?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive