Friday, 6 June 2008

Berpeluh Aku

Sungguh lama aku tak berpeluh macam ni. Cuaca di Malaysia ni memang hangat betoi la, buat kerja sikit saja dah berpeluh macam mandi. Rasa penin semacam. Macam nak pengsan pun ada. Bini aku terkejut tadi bila dia tengok aku balik rumah basah kuyup terus kena marah. Dia kata yang aku kena ingat, aku ni bukan muda lagi, dah tua pun.

Pikiaq la baik-baik Ajit oi, Ajit tu dah tua.

Awat kalau dah tua tak buleh buat kerja?

Memang la buleh tapi pelan-pelan la, buat la sikit-sikit.

Kalau pelan-pelan dan sikit-sikit bila nak habih?

Memang susah la cakap dengan Ajit ni. Semua dia jugak betoi.

Ha, dah memang aku betoi pun.

Lebih kurang macam tu la bunyi perbualan atau pun perbezaan pendapat kami. Aku memang selalu macam tu, mana mau kalah bertekak dengan bini aku tapi memang aku betoi pun. Kerja ni mesti di buat dengan cepat supaya hasil dia dapat cepat. Kalau dok laih semacam, jawabnya tak kemana la.

Bukan apa, duit adalah sikit yang dok simpan selama 30 puluh tahun lebih bekerja. Hajat di hati bila pencen nanti nak beli motor besaq. Kurang-kurang pun yang 600 cc punya. Nak beli pulak kasut boot tinggi dan jaket kulit siap dengan sarung tangan kulit.

Lebih kurang setahun sebelum pencen aku tak mau guntin rambut dah. Memang la dok botak tapi yang tu kot atas saja. Yang tepi dan belakang tu masih lebat lagi. Jadi dengan rambut panjang, jaket kulit dengan Chopper besaq aku nak pi berjalan merata la. Dak, bukan nak bawak awek atau aci, bawak Mak Andeh aku sendiri la, sapa lagi. Dia memang la tak mau, malu dia kata.

Nak pendekkan cerita, tak jadi la aku nak bergaya dengan motor besaq tu pasai baru saja beli tanah. Lepaih tu beli kayu buat bangsal. Tu yang dok berpeluh tu, dok buat bangsal dengan dok pacak pagaq di kelilin tanah aku tu.

Mahai betoi barang-barang lani, beli gaji, beli kayu, beli paku dan beberapa alat lagi pun dah beribu belanja. Tak sangka betoi.

Sebenaqnya tanah aku beli tu tak lah besaq sangat, lebih kurang 2 ekar saja. Satu ekar untuk kuda aku exercise dan satu ekar lagi untuk tanam ubi kayu.

Terpaksa la aku buat macam tu. Aku beli kuda pencen yang makan rumput saja la. Tak buleh la beli kuda yang makan pizza dengan pasta, mampoih la aku. Lepaih tu aku buat kereta kuda satu. Tak la besaq sangat, cukup untuk naik dua tiga orang. Kalau besaq sangat mana kuda tu nak larat bawak. Aku guna tayar motor buruk dengan papan saja untuk buat kereta kuda tu.

Yang satu ekar lagi tu, aku nak start tanam ubi kayu minggu depan. Aku dapat baka yang baik punya daripada kawan aku. Dia kata lepaih sebulan buleh dapat hasil. Hasil dia pulak, kawan aku kata memang banyak.

Aku bahagi la tanah tu kepada 30 petak. Satu petak untuk satu hari punya bekalan ubi kayu. Jadi daripada bulan depan buleh la aku sambut seruan ISIS untuk ubah gaya hidup aku. Kami semua dah nekad nak makan ubi kayu. Tak mampu nak beli beras dah. Dulu mampu lagi, tapi dengan harga minyak yang baru naik tu mana nak mampu, jadi makan ubi kayu saja la kami.

Bini aku pun lani sibuk dok surf internet cari resepi-resepi untuk masak ubi kayu. Takkan nak makan ubi kayu reboih dengan nyoq campoq garam dan gula hari hari kan? Kena tukaq la sama. Kot-kot buleh buat pizza ubi kayu beritikan ubi kemili ka, roast tapioca ka, tapioca bolognaise ka, tapioca lasagna ka, apa-apa pun la.

Yang kuda tu untuk aku pi kerja hari-hari. Tak payah guna kereta ka, motor ka. Guna kereta kuda jimat. Bagi rumput kat dia cukup. Rumput lalang buleh cari merata. Di Seberang Perai banyak tanah bekas sawah padi yang terbiaq tumbuh lalang. Takdak sapa pun peduli.

Lani tengah dok pikiaq macam mana nak jimat letrik dengan ayaq. Nak juai tv sayang pulak dan aku pun suka tengok bola di Astro. Takkan nak pi rumah orang selalu nak tengok bola kan? Lagi pun bini aku kalau takdak drama hindustan dengan Indonesia tu dia tak buleh hidup jadi kena ada tv jugak la.

Aircond tu memang tak pakai dah la. Kalau malam hangat aku tidoq di balkoni saja la. Kipas pun aku dah buang regulator dia jadi sapa pun tak buleh pakai. Water-heater aku tu aku dah juai second hand kat orang.

Rasa-rasa minum nescafe dengan air paip tak masak pun tak pa kot no? Tak payah la guna gas. Untuk masak ubi kayu tu guna kulit ubi kayu dengan batang ubi kayu tu buat bahan api pun buleh jugak.

Nak buat macam mana, kena susah la sikit. Kena ubah gaya hidup la katakan. Kita ni kan rakyat Malaysia yang baik, kena la sambut seruan kerajaan untuk UBAH GAYA HIDUP.

24 comments:

Anonymous said...

Chegu jangan lupa hantar resepi ubat kayu kat Mak Jin sikit. Pak Lah ni dulu pun dok baham ubi kayu juga tapi sejak jadi PM ni jadi sombong tak kena gaya. Orang dok berletiaq dia buat macam tadak apa. Buat muka sardin, tutup telinga, tutup hidung. Tumpang duk jadi PM ni baik aku kaut perabih, jangan dok bagi can kat rakyat. Harta yang banyak ni PAk Lah dah rancang nak bawa masuk kubur...

Anonymous said...

Chegu jangan lupa hantar resepi ubi kayu kat Mak Jin sikit. Pak Lah ni dulu pun dok baham ubi kayu juga tapi sejak jadi PM ni jadi sombong tak kena gaya. Orang dok berletiaq dia buat macam tadak apa. Buat muka sardin, tutup telinga, tutup hidung. Tumpang duk jadi PM ni baik aku kaut perabih, jangan dok bagi can kat rakyat. Harta yang banyak ni PAk Lah dah rancang nak bawa masuk kubur...

Kata Tak Nak said...

Anonymous,
Orang gaji depa pun tak makan ubi kayu. Mak Jin nanti lempaq dalam tong sampah buat sakit hati saja.

hantutelur said...

Che Gu,

Awatlah Kailan Hassan tak picit dia masa baru beranak dulu. Kot kecik2 dia comey kot, nampak perfect ja. Dah tua baru tau yg dia ni banyak cacat, takdak hati perut, tak dak perasaan dan takdak akai!

Watpa hantaq ubi rebuih kat dia, hantaq batang ubi tu buat peronjang pungkoq besaq dia. Nak suroh orang ubah gaya hidup, kita kenalah tunjuk dulu.

Getah bulat kalu ditarik sampai cekang satni dia putuih jugak, bila bidas ke muka, baru dia ada akai!

Kata Tak Nak said...

Hantu,
Tu la ,asa kecik2 dulu depa tak mau tuang ayaq mendidih lani dok bagi darah rakyat mendidih pulak

hantutelur said...

This one is very interesting, though I'm not sure if it is true or not. Gas Prices in Oil Producing Countries, compared.

Got that from here http://www.ibnjuferi.com/oil-prices-in-oil-producing-nations/

Letting the time pass me by said...

Wah... macam nie kena carik kereta lembu la... Lembu nie kalau dah tak larat boleh sembelih buat rendang...

Shirzad Lifeboat said...

dear kata tak nak

idea-idea untuk menukar gaya hidup ni memanglah sesuatu yang boleh dianggap sebagai bernas. Dari naik motor besar pakai jacket kulit, lebih baik naik kuda pakai topi cowboy.
tapi kita kena simpan rahsia-rahsia ni. depa ni bukan boleh tengok kita senang sikit. besok depa naikkan harga rumput, harga ubi kayu etc...macam mana nak hidup.

Kata Tak Nak said...

lttpmb,
Kuda pun buleh sembelih jugak kot? Tak tau la pulak rasa dia macam mana?

Kata Tak Nak said...

Hantu,
Yes I have seen that comparison in many sites. I myself do not how true that is.

Kata Tak Nak said...

Shirzad,
Memang betul. Sebab utama ini semua berlaku ialah depa sebenarnya dengki kat rakyat. Depa tak mau tengok rakyat senang sikit. Shhh jangan bagi tau sapa, kalau depa bagi naik harga ubi kayu, saya nak start makan ubi gajah pulak.

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Den ni yang selalu sakit kaki, nampaknya kenalah potong buang untuk jimatkan bil doktor...dan ikut saranan gomen untuk ubah gaya hidup! Alahai...sodihnya den. Kesian lak kat doktor tu dah kurang pendapatan. Kek mano lak dia nak ubah gayo hidup dia.

Kata Tak Nak said...

Shah,
Kita tanya Doc Tokasid adakah dia akan naikan harga consultancy dia. A man has got to eat kan? Kalau semua dah mahal, lebih ramai akan skip private doc dan pergi ke gomen hosp. Pendapatan doktor akan kurang. Kalau harga barang naik, harga minyak naik, tariff letrik naik, mau tak mau doktor pun kena naikkan harga services dia. Ubat pun akan naik harga so naik lagi charges doktor. Lagi tinggi doktor2 charge lagi ramai orang akan ke gomen hosp dan lebih kurang patient doktor ni.
So the bottom line is Doc, I think you pun kena cari perniagaan lain la. Kita juai ubi kayu mau? Shah buleh ikut sama.

dinkoi said...

Aku ingat nanti nak bagi hadiah kat hang, tali berambu atau kain untuk ikat kepala, masa hang naik moto besaq tu bulih pakai macam logo Insuran Ikat Kepala yang wana meghah tu. tak jadi kot nak bagi hadiah tu, dah hang pon tak jadi beli moto besaq. Kalau hang nak beli kayu second hand mai lah kat seberang, aku bolik tunjuk kat hang kelin botoi yang juai kayu second hand, lagi baik dari kayu baru. kayu tu tahan, anai-anai pon tak lalu nak pepak.

Kata Tak Nak said...

Racun ipoh hang ada? Mamak botoi takpa jangan mamak mahadet sudah, nanti aku sumbat botoi dalam dia punya.

dinkoi said...

Yang hang benci sangat kat mamak tu pasai apa? banyak pa dia buat baik, racun ipoh tu hang nak racun sapa pulak? aku rasa kuda hang kena ajaq makan daun ubi kayu kot, pasai kami la ni kat seberang dah nak tanam padi semula - sebab beras dah melambung. jadi bendang la nie dah tak dak ghumput dan lalang, kuda hang tak bulih makan ghumput.

Anonymous said...

laaaa.......
kalau cuti skolah selalu aku dok kat KL, la nie pon aku kat umah anak aku sejak cuti dulu, nanti haghi ahad baru aku balik.
haghap-haghap aku tak jadi p umah depa masa cuti ogos nanti. Hang pon lama dah tak mai, seberang, pak hasan dok tanya.

Kata Tak Nak said...

Jamal,
Aku tak buleh lupa jahat orang tua tu. Ada dia nak mintak maaf? Ada dia kata perbuatan dia tu salah? Dia buat baik apanama? Dia la mola ni semua.

Baru saja beberapa haghi lepaih aku pi mentekedaghah kat kedai dia, dan Pak Hassan mana ada lagi?

dinkoi said...

Ajit, Hang tulunlah aku bincangkan hal minyak ni,

Aku tak faham lah, setiap kali harga minyak naik, semua orang kaitkan dengan PETRONAS, bukan petronas saja yang menggali minyak kat m'sia nie. Exxon-Mobil, BHP, Esso, Shell dan lain-lain syarikat luar yang terlibat dalam industri ini, kenapa semua orang tidak pernah persoalkan, atau menyalahkan syarikat-syarikat ini? Adakah mereka membuat kebajikan kepada kita, yang kita semua tahu, petronas banyak juga kebajikan yang mereka lakukan. Kalaumacam ni seronoklah syarikat minyak lain, mereka tidak pernah dipersalahkan pabila harga minyak melambung naik.

Kata Tak Nak said...

Jamal,
Syarikat tu semua syarikat luaq, depa bukan syarikat milik kita, depa strictly a business entity yang berniaga untuk cari untung untuk depa. Dulu kita tak dak minyak depa mai juai kat kita. La ni kita ada minyak dah. Nama dia pun Petroleum Nasional. Nasional maknanya negara punya.

Duit untung syarikat luaq tu semua shareholders dia punya, duit untung Petronas kita rakyat punya sebab Petronas kepunyaan rakyat, bukan Pak Lah bukan Mahathir.

Orang nak tengok mana pi duit petronas kalau masih ada lagi la. Kalau ada awat tak subsidise Petronas punya minyak? Free market la. Petronas juai minyak dia dengan harga murah, semua orang akan pi kat dia, Shell, Essa, Mobil, Caltex usaha sendiri la.

Hang nak tau mana pi semua duit Petronas tu? Ha mamak gila tu guna duit tu semua masa gawat dulu untuk selamat kan semua syarikat kroni-kroni dia. Mana Khazanah ada duit kalau bukan duit Petronas. Dia tak mau dengaq cakap IMF bukan sebab dia rasa depa salah tapi sebab bila sayarikat yang banyak NPL kena gulung tikaq, semuanya adalah kepunyaan kroni-kroni dia yang dapat berniaga tanpa tanpa ada ilmu berniaga. So depa hutang tak berhenti-henti sampai jumlah dia beratus-ratus billion. Awat hang ingat dia kesian kat orang yang kena berhenti kerja kalau syarikat gulung tikaq ka? Dia kesian kat Mukhriz, kat Mokhzani, kat Daim dan lain-lain lagi. Jadi dia bail depa dengan guna duit Petronas.

Jangan salah faham, sapa pun tak marah kat Petronas. Orang marah kat kerajaan pasai tak guna duit petronas untuk bagi subsidy. Tak payah subsidise harga Shell, Esso dall lain-lain. Subsidise harga minyak Petronas sudah. Kalau Shell nak lingkop ka, pahana ka mampoih pi kat dia la. Jaga rakyat kita dengan guna duit kita, yang tu saja yang rakyat mintak. Kalau Petronas betoi2 ada duit, awat bila rakyat dok berteriak dok bertepik merata-rata depa tak tunjuk akaun Petronas sepenuhnya, sekurang-kurangnya kat Parlimen tapi sepatutnya kat rakyat la. Petronas tu bukan mak bapak depa punya, rakyat punya. Sapa bagi hak kat depa buat sesuka hati depa dengan duit tu?
Lagi satu, yang Putrajaya, dibina dengan duit sapa? Duit Mahathir ka? Duit sapa lagi kalau bukan Petronas.

tokasid said...

Salam che'gu:

Sekarang ni ramai medical rep dok bagi tahu harga2 ubat akan naik tapi tak tau berapa percent.

Aku dok kecut perut dah samp[ai nak kecut teloq sama.Akan banyak kilang buang pekerja dan silap2 haribulan akan terminate banyak panel clinic.

Aku dok pikiag nak bukan ladang menternak kuda dan baghal sebab ini akan jadi kenderaan utama dalam masa 5 tahun.

Aku tak boleh bagi detail sebab kalu puak AMNO tahu depa akan cilok idea aku dan buat dulu.

Kata Tak Nak said...

Doc,
Kita tak payah pi jauh cari baghal, di perhimpunan depa ada banyak. Cucuk saja hudung bok balik buang 3 atau 4 ekoq.

Ydiana said...

Cikgu

Tak nak comment banyak. Tapi kalau isteri Cikgu 'Mak Andeh', lakinya ......? Jangan mare. ;)

Kata Tak Nak said...

Yd,
Pak Pandir ka?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive