Tuesday, 24 June 2008

Fasa 2

Maaf la kalau kasaq sikit tapi aku nak cerita sikit la apa yang aku dok tengok dan peghati dok terjadi dalam dunia blog lani. Aku kira macam ni la, mola-mola dulu ada la sekumpulan juak yang dibayaq oleh anak haram jadah paling besaq yang setanding dengan Hitler dan regime Yahudi dok hentam Pak Lah.

Memang padan muka Pak Lah pon sebab bukan tak tau dia tak dak standard nak jadi PM tapi nak jadi jugak. Rakyat memang la dok geram dengan kerajaan jadi bila juak-juak ni semua mola dok hentam dan dengan personality-personality yang boleh di kira hebat yang depa ada apa lagi semua pakat seronok dok teghejai la kat orang tua tu.

Niat depa ialah nak dapat sokongan semua yang berjiwa pembangkang untuk pebusuk Pak Lah sampai satu Malaya akan meluat kat dia. Si chief jadah ni pun join sekaki tapi sebenaqnya sokongan yang dia ada tak seberapa mana sangat, cuma beberapa blogger upahan dia saja. Tapi bila dicampoq dengan sokongan penjiwa-penjiwa pembangkang yang lain memang jadi riuh la dunia blog ni dengan laungan sughoh Pak lah undoq.

Si jadah besaq ni jugak guna juak-juak dia untuk hentam menantu Pak Lah teghok-teghok sebab dia tak mau budak muka tak malu tu jadi terlalu berkuasa sebab dia pun ada anak jugak yang teringin nak ikut jejak langkah bapak dia jadi Jin Iprit.

Semua ni mola menunjukkan kejayaan sampai dalam pilihan raya banyak negeri yang jatuh ke tangan pembangkang. Memang yang ni yang jadah besaq tu mau sebab ini tanda Pak Lah lemah, memang lemah pun. Tapi semua kena ingat yang si jadah besaq ni tak mau PR jadi terlalu berkuasa sampai BN buleh jatuh. Dia mau BN terus kuat supaya dia atau juak-juak dia buleh take over pemerintahan dan mungkin buleh mulakan satu dinasti.

Bila dia dan gang dia take over tengok la apa yang akan jadi kat dunia blog Malaysia. Nanti jadi lebih teghok daripada lani. Hampa ingat hampa buleh bersuara ka? Nanti jadi macam zaman lewat 90an la di mana oghang takut nak bersuara. Bukak mulut ISA dalam masuk.

Bukan susah nak tengok. Dulu juak-juak upahan ni seolah-seolah seiring dengan komponen-komponen PR kecuali PKR yang depa dok taram tu, dalam menggodam BN. Bila dah nampak sangat BN dah goyah dan goncang, depa aleh sasaran depa kat parti-parti komponen PR pulak. Depa tak mau PR terus maju. Depa nak stop kemaraan PR at all cost.

Lani semua saja yang ada kaitan dengan PR tak betoi di mata depa. Jadi kalau gang2 Pak Lah tak betoi, PR pun tak betoi, sapa yang betoi? Ikut depa, tohan depa tu la yang betoi.

Aku dok tengok trend ni makin menjadi lebih-lebih lagi dalam sebulan dua ni. Memang dasar celaka yang suka pecah dan perintah, lani depa atau pun dia nak buat macam tu jugak.

Yang ni semua adalah telahan aku daripada apa yang aku tengok dan aku rasa. Kalau tak setuju, hampa punya pasai la pasai aku bukan diktator nak paksa orang pecaya kat aku tapi aku nampak jelaih kerja khianat jadah besaq tu.

Beware of the Devil Reincarnate

12 comments:

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Devil Reincarnate ni, kiranya Dajjal Kecil dok mai lah. Dan takdak manusia yang lebih jahat melainkan dajjal itu, dan pengikut dia, na'uzubillah.

fergie said...

Maafkan saya, cikgu

My Bahasa Malaysia/Melayu (?) is not so good. I am from the old school and left to study overseas after Form 3. I try to cakap with my Malay friends to brush up and I am never without my kamus next to me. Sigh... I , however, get the gist of your article and totally agree with you. Btw, I am from Tanjung Tokong, off Jalan Gajah. I have shown my son your blog and told him how impressed I am. He is also a die-hard UNITED supporter hehe

farzain said...

Perah otak saya nak membaca. Tapi sekarang ni tak boleh elak bila makin ramai puak2 yang dok condemn PR sebab memang kadang2 nak kata mereka sebagai "kerajaan dalam penantian" perlulah bersifat angelic dan macam nabi (Itu yang orang2 biasa harapkan). Tapi kita tidak hidup dalam dunia yang perfek. Mana adas kerajaan yang takde kesalahan, nak2 pula kerajaan PR yang baru mahu mula berjinak2 dalam hal-ehwal mentadbir kerajaan negeri.

Monster Mom said...

Dajai dajai ni mmg dah lama dok ada tapi la ni baghu depa nak tunjuk belang... Depa tak tau gengsta lagi besaq dok tunggu depa...
Jom kita lawan sapa lagi jahat...hihihi..huhuhu...
monstermom hanya jadi gengsta kat ghumah ja la... tumpang sokong buleh kot cikgu!!!

Kata Tak Nak said...

Shah,
Actually I have been meaning to blog about this for quite sometime. nampak sangat that they have stepped into their next mode. Nope I am not being paranoid just a critical observer with my eyes wide open.

Kata Tak Nak said...

Fergie,
Its okay, I don't mind it if your BM is not that good, To me that is a small matter. Thanx for introducing my blog to your son. I see, you are from Tanjong Tokong. Maybe someday we can meet up.

Kata Tak Nak said...

Farzain,
Mereka sengaja nak perburukan PR sebab tujuan asal mereka ialah untuk dapat sokongan penyokong PR utk melemahkan Pak Lah. Sekarang sebab dah berjaya, mereka mesti kenakan PR pulak. Ini di buat oleh juak-juak mereka yang di anataranya adalah blogger-blogger yang prominent.

Kata Tak Nak said...

Monster mom,
Saya sentiasa mengalu-alukan sokongan. Memang depa ni semua dajai dan saya akan tetap lawan.

acciaccatura said...

salam chegu,

ada jugak yang dok ataih pagaq tu turun teruih bila pru mai. lepaih tu depa naik balik ataih pagaq.maklumlah view ataih pagaq tu kot-kot lebih jelaih lagi.

Kata Tak Nak said...

accia,
kalau lah P. Ramlee ada lagi dan buat gambaq 3 Abdul part 2, apa entah Husin tu nak kata? Dunia, dunia, meniaga, penaya orang lebih untung dari jual unta.

rastom said...

Dajai Tua tu memang nyawa dia liat nak mampoih. Apa dia ingat orang kutuk pak Lah tu semua dok puji dia?

Geng geng dia yang kaya nak mampoih habis pelan pelan dok tinggai dia e.g Eric Chia, last last sekali tinggal dia sorang la.

tokasid said...

Che'gu:

What more can I say?
A devil is always a devil.
(nothing to do with The Devil or The Red Devil)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive