Thursday 12 June 2008

Demo Lagi

Kuala Lumpur, Rabu. Polis semalam berjaya menyuraikan satu demonstrasi yang di jalankan di perkarangan Bangunan Parlimen dengan penahanan 45 orang. Polis mengganggar terdapat lebih kurang 50 orang yang menyertai demonstrasi itu. Walau bagaimanapun, ketua para demonstrasi telah melarikan diri sebelum polis mulakan operasi menangkap.

Menurut Ketua Polis Wilayah Persekuatan, polis menerima panggilan talipon daripada kakitangan Parlimen bahawa terdapat satu demonstrasi haram di perkarangan bangunan itu pada jam 12.30 tengahari tadi. Sekumpulan FRU telah dikerahkan untuk meleraikan demonstrasi itu.

Apabila mereka sampai, terdapat lebih kurang 50 penunjuk perasaan yang sedang menjerit-jerit 'Kerajaan Zalim'. Polis merampas beberapa kad manila yang bertulis, di antaranya, 'Kerajaan Cekik Darah', 'Kerajaan Kejam', 'Kami Tak Rela Makan Ubi Kayu', Kerajaan Tak Berhati Perut', dan banyak lagi.

Menurut seorang pengawal keselamatan yang menyaksikan tunjuk perasaan itu, 2 orang lelaki yang dipercayai ketua pada tunjuk perasaan itu, seorang Melayu dan seorang India, telah melarikan diri dengan sebuah kereta Porshe Carrera.

Pihak polis sedang cuba mengesan siapakah 2 orang dalang dalam tunjuk perasaan haram itu. Ketua Polis juga kelihatan membaca 2 banner berwarna yang pada nya ditulis 'Jangan Potong Elaun Keraian Kami' dan 'Kami Mahu Bercuti Di Paris Bukan Di Rangoon'.

Jurucakap bagi kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa Perdana Menteri bersimpati dengan penunjuk-penunjuk perasaan itu dan berjanji akan mengembalikan potongan 10% elaun keraian dan menarik balik larangan bercuti percuma di luar ASEAN.

16 comments:

Letting the time pass me by said...

Hopefully people can still survive and have something to eat and to cherish in life...

I am wondering what happen to the government? Cutting subsidy, price increase? Are we run put of money? Is the country is desperate for money? Anymore money left in the Bank Negara?

Recession may be inevitable, but the government need to make sure that the impact can be soften for those with less money.... Not following the capitalism idea ... the poor is getting poorer and the rich is getting richer...

Unknown said...

lttpmb,
As it is right now, the super rich is getting richer, the rich is getting poorer and the poor are dying a slow death.

Arkane said...

Fuyoh, kalau betul ada demo ni, polis takan kacau mereka lah. Depa akan membekal pengangkutan dan mengiringi penyerta-penyerta demo ni pi pejabat PM kat putrajaya dengan outriders.

Anonymous said...

Hard times are here. Here's a joke, at least it's free:

My wife asked me to take her to somewhere expensive. So I took her to the petrol station!
MomnPop

Kerp (Ph.D) said...

beberapa lagi banner yang dirampas oleh pihak berkuasa jelas terpampang slogan seperti "Kurangkan Harga Cerut" dan "legalise Fondling", nyata sekali luahan hati dari setengah2 pihak atasan.

Unknown said...

Justice,
Memang betul tu, kalai ada demo ini, police tolong bawa dengan heli lagi.

Unknown said...

anonymous,
Thats a brilliant joke.

Unknown said...

Kerp,
Minister ask tax for curut to be abolish.

tokasid said...

CNN dan BBC serta Al Jakizah menyiarkan tengahari tadi:

Kuala Lumpur.

Pengcekik Darah Rakyat Malaysia(PDRM) di lapurkan akan membuat demo jalanan yang paling besar di Kuala Lumpur Sabtu ini 15 Jun 2008.
Tinjauan di beberapa balai PDRM mendapati ramai anggota berpangkat rendah sedang sibuk membuat banner dan sepanduk.Keadaan trafik di Kuala Lumpur hampir lumpuh pagi tadi kerana ramai anggota PDRM tidak menjaga lalulintas.

Wartawan CNN mendapati antara sepanduk berbunyi:
1-Kami bantah kempen anti-rasuah kerana minyak naik harga.
2- Jerung makan banyak lepas,kami bilis selalu kena.Tidak adil.
3-Minyak naik:Kami tak mahu jadi out rider menteri lagi!
4-PMKuat tidoq..bila nak bangun woi!!

Demo ini telah pun mendapat permit oleh ibupejabat PDRM di Gunung takAMAN. Orang ramai di jemput bersama-sama PDRM melakukan demo.Mereka boleh berkumpul di dataran Merdeka.

maklumat risikan juga memberitahu anggota PDRM lori merah berloceng akan berjaga-jaga agar tidak ada pihak yang mengganggu perjalanan demo Sabtu ini.

Sememntara itu di Putrajaya, persatuan Menteri-menteri Mesia juga berpiket pagi tadi antara jam 9.00 pagi-10.00 pagi kerana membantah potongan elauan keraian mereka sebanyak 10 %. mereka menghantar memo kepada PM dan mahukan elaun keraian di tambah 100% peratus kerana kaneikan harga minyak.mereka juga membantah arahan bercuti di negara2 ASEAN sahaja.malah seorang menteri di lapurkan berkata bahawa England dan Amerika serta Perancis adalah termasuk dalam negara-negara ASEAN.

mengetuai piket pagi tadi ialah PM sendiri yang mana dia sendiri telah memberi memo bantahan kepada dirinya sendiri.

Anonymous said...

Daripada duk kumpul gaji dan elaun berlambak-lambak, baik sedeqah kat rakyat yang sedang menderita ni. Pak Lah jadi Menteri Kewangan, semata-mata pasal wang, perlukah sampai dua Menteri Kewangan. Pak Lah tamak, tak berhati perut, nak kumpul harta supaya nanti boleh bawa masuk kubur. Dari duk nak selesai berbagai masalah yang timbul dari kenaikan minyak, baikkan kalau tak penaik minyak. Masalah pun kurang, tidur pun lena. Tindakan yang pendek akal, tak cerdik, bodoh. Nincompoop

Unknown said...

Ader water cannon tak? hahahahah

Unknown said...

Doc,
Persatuan bekas-bekas perdana menteri dan juga bekas menteri jugak mahu elaun keraian. Seorang penjaul roti yang dulunya Perdana menetri berkata perniagaan rotinya terjejas akibat kenaikan harga tepong dan tarif letrik. Beliau menambah sekiranya kerajaan tidak beri elaun keraian kepadanya beliau mungkin terpaksa berniaga surat khabar lama di samping menjual apom balik di pasar malam.

Unknown said...

Anonymous,
Kalau buleh dia nak jadi menteri untuk semua kementerian

Unknown said...

anokoghetupat,
water cannon takada, renjisan air mawar ada.

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Isk isk isk, kejamnya. Sian ministers dan famili depa no. Sebagai gantirugi penyeksaan batin dan minda mereka, gomen kena beri depa dan keluarga depa cuti 3 bulan kat Siberia, baru le adil kan?

Satu lagi den dengaq, PM nak turunkan income tax untuk mereka yang berpendapatan tinggi. OK lah. Tapi yang berpendapatan lebih rendah dari kos hidup, mereka kena bayaq income tax 15%, backdated ke tahun 2006 waktu mulanya krisis minyak. Adil no?

Unknown said...

Shah,
Semua penggangur kena bayar cukai penggangur dan semua banduan kena bayar levy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive