Tuesday 10 June 2008

Apa ni? Perli ka?

Aku heran betoi-betoi la dengan Pak lah ni. Awat tak buleh pikiaq ka? Lani hati sapa yang hang kena jaga? Kena jaga hati monyet-monyet dalam cabinet hang ka hati rakyat ka? Sapa yang dok mengamok pasai kenaikan harga harga minyak dengan harga barang?

Ni, orang tua oi, apa ni hang perli kat rakyat ka? Hang potong Elaun Keraian mangkok-mangkok sana tu banyak mana? Hang potong 10 peratus hang ingat kami seronok ka? Awat la hang. Hang tak paham langsung perasaan rakyat. Hang tak dengaq langsung keluhan depa. Hang buat tak peduli langsung.

Pak Lah, hang potong banyak tu tak cukup la. Hang ingat kami tak tau ka yang cabinet hang penuh dengan perasuah? Kami tau. Hang tok sah nak sembunyi banyak mana pun la. Buleh ka hang nak sembunyi Petronas Twin Tower belakang pungkok busuk mamak Koyakutty? Mana buleh, orang tentu buleh nampak punya.

Hang ingat kami tak tau ka yang kalau hang potong semua pun depa tak rasa apa? Tak terjejas pun gaya hidup depa dengan potong banyak tu. Depa dah cukup kaya.

Sebelum ni sumpah aku tak tau hang punya elaun keraian sampai 18 ribu lebih. Apa hampa main-main dengan kami ka? Lepaih tu hang nak potong seribu lapan ratus lebih hang mau kami seronok? Hang mau kami julang hang kata hang ni hero, kata hang ni berjiwa rakyat? Ada orang kata potong 50 peratus tapi aku kata potong semua.

Hang ingat kami tak tau, ka kalau potong semua pun hampa masih lagi buleh hidup senang lenang? Hang ingat kami tak tau yang kroni-kroni hampa yang buncit perut mencekik duit rakyat tu semua la yang selalu dok belanja apa saja yang hampa mau. Tak payah kerajaan nak bagi elaun tu.

Kalau kerajaan nak kena bagi elaun keraian, cabine,t dia tu mesti bersih, tak rasuah, baru depa ada hak terima elaun tu, tapi cabinet hang tak dak hak langsung untuk terima yang tu semua. Hang habag sat sapa dalam cabinet hang yang miskin? Habaq sat. Habaq sat sapa dalam cabinet hang yang tak dak Mercedes. Habaq sat sapa yang tak dak bungalow. Mana gamaknya depa dapat duit kumpoi harta banyak tu? Duit gaji saja ka?

Lagi satu yang buat aku bengang ialah tentang percutian yang ditanggung kerajaan. Awat hang ingat kalau depa bercuti di negara ASEAN negara tak kena bok keluaq duit ka? kami tau la menteri-menterii hang dengan anak bini depa. Bercuti di mana pun depa nanti guna duit yang sama banyak.

Pasai apa kerajaan mesti bayaq kat depa untuk pi makan angin? Oi tu duit kami la. Yang tu duit rakyat dan rakyat tak rela tengok menteri-menteri pi peghabih duit depa pada masa depa dok nak mampoih pasai kesempitan. Awat hang tak announce cancel terus semua percutian yang kerajaan kena bayaq?

Kami suruh hampa kerja di sana dan bayaq gaji tinggi kat hampa bukan untuk pi bercuti dengan duit kami. Bila keadaan dan bagoih pi la cuti, kami tak kisah, tapi buat masa lani, cancel teroih la. Awat la turr sangat dia ni?

Dalam masa susah macam ni, awat hang tak ban terus menteri-menteri bawak bini-bini depa yang cekek darah tu dari ikut laki-laki depa pi luaq negeri atas tugas resmi? Depa pi dok buat menyemak saja.

Hang ni kan, hang ada peluang untuk betoikan kemusnahan yang Mahathir buat tapi hang tak buat, malah hang pon buat sama. Lani hang ada peluang untuk tunjuk yang hang paham perasaan rakyat tapi hang tak buat, malah hang perli kami dengan tindakan hang ni. Hang tau dak yang hang dah perli kami?

24 comments:

Unknown said...

Hahaha apa nak heran bro, dia saja dapat elaun brapa kementerian? situ saja dah brapa? lagi satu dia ni dari dulu lagi mana tahu kira² ni.

mantra-indeeptots said...

Salam..
One nice statement i learn from YB Salahudin Ayub tonite - RAKYAT DIPANDIRKAN...

Kalau benar elaun dipotong.. mai bentang kat kabinetlah..

Dont worry rakyat.. Pak Lah always has his great great master plan his blue prints which finally turns to be his great great master rubbish and blue moives.. ooopppsss!!!
http://mantra-indeeptots.blogspot.com/

Unknown said...

anokoghetupat,
Daripada dia potong banyak tu baik jangan potong langsung tak la orang rasa dia dok main-main dengan kita.
Betoi jugak no, dia tu bukan pandai kira sangat.

Anonymous said...

i wonder how many ministers and deputy ministers really rely on their official salary and allowance/s in order to support their family. Do they really need their salary and allowance/s? You are right, even if every cent were to be deducted....hmm no sweat.

Kerp (Ph.D) said...

aku paling musykil sekali menatang tu, elaun keraian. sampai rm18k. patutla mampu lepak kat cigar lounge, tak pon isap sebatang cerut yang harga hampir dua kali ganda elaun pekerja cacat yang OKU dapat sebulan.

Anonymous said...

Pok Loh kantoi. Watpa la pi cerita kat orang pasai elaun keraian tuh! Diam2 cukup la. Habaq kata potong gaji cukupla... baru la sedap rakyat dengaq. Elaun wakil rakyat, elaun menteri, elaun persidangan, elaun keraian, elaun kenderaan, elaun perjalanan dan upacara rasmi, elaun perkhidmatan, dan elaun entah apa2 lagi. Hahaha...

Pak Zawi said...

Che'gu,
Dulu kita tak tau ada elaun seperti elaun lawatan. La ni dah tau lagi la sakit hati no.
Dah la banyak kementerian dia pegang, ambik elaun tanpa buat kerja. Duit haram tu. Tapi dalam Islam Hadhari takpa kot.

Toilet paper said...

da terselak kain tu..
huhu..
ntah lepas ni nak potong apa lagi??
nak suru menteri melancong lagi p ASEAN..kira duit tu keluar juga..ni la masalah kalu tak belajar Geografi..ASEAN tu luar negeri juga la..
oya..tolong gitau awang ye cikgu suruh risik jadi tak program angkasawan pelancong tu..

Anonymous said...

RM18000 entertainment allowance? Looks like our PM and his cabinets play hard, sleep hard, vacation hard but work when sesuka hati. What a life to be enjoy even at the expense of the rakyat and the nation.

Unknown said...

Mantra,
DiPandirkan! Hmm very nice new word. I love it.

Unknown said...

Shirzad,
Exactly, they don't actually need that allowance. Everything is paid for the moment they open their eyes. Heck, even while they are still asleep, people are paying something for them. Real privilaged Draculas.

Unknown said...

Kerp,
Itu elaun keraian, belum masuk elaun curut, elaun champagne, elaun konspirasi.

Unknown said...

Hantutelor,
Actually I was telling the truth that they have entertainment allowance. I guess I must be very naive.

Unknown said...

Zawi,
Masyaalah depa ada banyak sangat elaun. Lepas ni nanti ada elaun maki pulak kot. Sebab orang dok maki depa so depa dapat elaun sikit.

Unknown said...

toilet,
Actually they should not enjoy paid holidays allowance. They should get only the allowance an ordinary civil servant gets.

Unknown said...

Frankie,
I think the PM didn't tell us that he also gets elaun tidor.

Ydiana said...

Ha..baik-baik orang tak tahu ada elaun2 ini. sekarang semua dah tahu. Pandai ke tak pandai?

Ada members tu siap boleh ikut bini menteri pi bercuti australia main golf. All paid for.

Memeng tak ingat akhirat. tak ingat satu hari akan mati. Tak tahu makna amanah. Ingat nak kumpul harta sampai 7 generasi, tapi kalau Tuhan nak ambik, hari ni pun boleh lingkuo.Dah buta hati.

Unknown said...

Ydiana
Pesanan ini saya suka sangat.

Memeng tak ingat akhirat. tak ingat satu hari akan mati. Tak tahu makna amanah. Ingat nak kumpul harta sampai 7 generasi, tapi kalau Tuhan nak ambik, hari ni pun boleh lingkuo.Dah buta hati.

tokasid said...

Salam che'gu:

Aku dok cari senarai jumlah elaun timbalan mentri dan mentri dalam mailbox aku tapi tak jumpa.Not sure aku pernah e mail kat hang atau dak 2 months ago.nanti aku cari lagi kalu2 jumpa aku bagi tahu.

Okay untuk mentri dan timbalan menteri ada aleun sebagai Ahli Parlimen.kemudian ada elaun sebagai menteri atau timbalan mentri.kemudian ada elaun kalau dok dalam mana2 jawatan kuasa Parlimen.
Kalau PM dan TPM ada elaun Ahli Parlimen ada elaun PM atau TPM dan ada lagi elaun kementerian yg depa pegang.( Sama lah dgn MB atau KM yang pegang banyak portfolio exco)

Kalau kita tgk elaun setiausaha pun kita takut.Berapa byk elaun setpol? Yang pasti bukan ciput....

Jadi sekarang kerajaan dah bagi kita tahu 2 perkara:
1- Ubah gaya hidup rakyat
2-Potong elaun keraian 10%

Maknanya depa nak bagitahu kita depa ni baik lah.Depa pun tersiksa sampai tak makan macam rakyat bila harga minyak naik.

Seperkara lagi che'gu:
Selama ni Menteri2 dan PM dan TPM akan buat lawatan rasmi ke sana sini tapi dalam masa sama di tempat itu depa akan buat mesyuarat parti depa. Depa pi tempat tu guna duit rakyat utk minyak transportation,makan,penginapan etc2. habis guna duit rakyat utk mesyuarat parti depa jugak!

Memang lahanat cilanat puak puak berok matyeh.

I repeat: Menteri2 dan Timb menteri Malaysia adalah BEROK MATYEH.

Anonymous said...

A liar should be very smart, shouldn't be too obvious. Should cover all his tracks not to leave trails. He fails.

Unknown said...

Hantu,
Yes indeed, I agree, he is just not as slimy as Tun. That I have got to give Tun, he's slimy as an eel. One thing ggod though about this dungu, is that by being stupid we get to know many things that that old slime kept away from us, but then since that old slime ball is yesterdays news lets focus on this current arsehole. He is just an arsehole thats all.

Unknown said...

Doc,
Aku rasa aku ada dapat senarai elaun tu tapi dah lama sangat. Depa dapat elaun untuk hampir semua perkara, termasuk elaun garu teloq.

Anonymous said...

Daripada duk kumpul gaji dan elaun berlambak-lambak, baik sedeqah kat rakyat yang sedang menderita ni. Pak Lah jadi Menteri Kewangan, semata-mata pasal wang, perlukah sampai dua Menteri Kewangan. Pak Lah tamak, tak berhati perut, nak kumpul harta supaya nanti boleh bawa masuk kubur. Dari duk nak selesai berbagai masalah yang timbul dari kenaikan minyak, baikkan kalau tak penaik minyak. Masalah pun kurang, tidur pun lena. Tindakan yang pendek akal, tak cerdik, bodoh.

Anonymous said...

Stupid PM with stupid supporting deputy with stupid minister work with stupid deputy minister, yet work with stupid parliamentary secretary, then envoy with stupid ketua2 jabatan because stupid BN voters.

Like wise man said, do not blame fuel price hike to BN Government, the BN Voters is the root of this failure government.

Pak Lah so stupid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive