Penghulu: Selamat datang YB. Saya rasa bertuah la YB sanggup datang ke kampong kami dan sudi pulak bertandang ke pondok saya yang tak seberapa ini.
YB: (Berbisik) Jangan la nak berdrama pulak. Pondok tak seberapa? Rumah Banglo, 8 bilik 9 bilik air kau kata tak seberapa? Kenapa, nak lagi ke?
Pengulu: (Berbisik) Apa salahnye YB, kalau nak bagi saya ambil. Hey, YB pun apa kurangnya? Baru sepenggal dah ada Banglo di KL, ada 4 Mercedes, dah lah tu bini baru pun ada. Bukan saya tak tau YB kawin pompuan Indon umur 18 tahun tu?
YB: Celaka kau Borhan, yang tu pun kau tahu? Siapa yang bocorkan cerita? Leman?
Penghulu: Hai, mulut manusia YB. Okay, kita nak mula dah. Assalammualaikum semua penduduk Kampung Pulau Dudok. Kita rasa sungguh bertuah yang wakil kita YB Muslihat b Dasyat sudi mengunjungi kampong Pulau Dudok ni. Walau pun YB ni sibuk, beliau tetap berusaha mencari masa untuk bertandang dan bertanya khabar. Saya harap sebelum tamat pertemuan hari ini, YB mungkin ada sesuatu yang nak di hadiahkan kepada saya, eh, silap, kepada kita penduduk Kampung Pulau Dudok. Kita tak mau membuang masa jadi kita mulakan dialog kita dengan YB sekarang. Kalau ada apa-apa pertanyaan, jangan malu, jangan segan, tanya. (berbisik) jangan risau YB, semua dah kaotim.
Pak Man: Salam YB, saya nak terima kasih la pada YB sebab 3 tahun lepas, masa saya minum kopi di kedai Saat tu, anak buah YB si Ijoi tu tolong membayarkan bil saya sekali dengan duit mee gorengnya sekali. Terima kasih la banyak-banyak YB sebab perihatin.
YB: Ya Pak Salam, apa, silap? Pak Man? Oh, tersilap saya, maklumla sibuk sangat sampai tersasul nama. Bukan tak ingat, tapi tersasul. Saya memang dah suruh dah kat anak-anak buah saya supaya tolong orang-orang kampong ni. Saya terhutang dengan penduduk kampong ni yang menyokong saya seratus peratus. Ada siapa lagi nak cakap. Kalau tak ada saya nak balik dah ni.
Pak Abu: Salam YB, terima kasih la YB sebab 2 tahun lepas YB kirim 3 ringgit bila saya dapat anak yang ke 13 tu. Walau pun YB duduk jauh dan sibuk sanggup juga YB kirim duit tu.
YB: Apa, Pak Abu? Pak Abu ye? Ah, jangan di katakan 3 ringgit, 5 ringgit pun saya sanggup bagi untuk penduduk sini. Kebetulan hari tu saya tak cukup duit pecah, tu la bagi 3 ringgit saja. Nak lagi 2 ringgit tu? Buleh, saya buleh bagi sekarang jugak. (bisik) Borhan pinjamkan aku 2 ringgit, tak ada duit pecah.
Pak
Abu: Tak pa lah YB, karang saja la, malu saya nak ambil sekarang.
Tok Bilal: Assalammuaikum YB. Dulu 4 tahun yang lepas, masa berkempen dulu, ingat lagi tak? Itu la akhir sekali YB datang kampong ni pun, YB ada janji nak baiki mesjid kampong ni yang dah usang dan bocor tu. YB juga kata kalau menang nak bagi set siaraya baru sampai orang buleh dengar azan 10 batu jauh, tapi sampai sekarang tak ada apa pun?
YB: Nanti kejap ya, Tok Bilal, (bisik) eh, Borhan, kan aku dah kirim duit kat engkau suruh repair mesjid ni dan beli alat siaraya baru?
Penghulu: Ada la, YB bagi 3 ratus. Nak beli simen pun tak cukup, nak repair apa.
YB: Habis, mana duit 3 ratus tu?
Penghulu: Saya beli jam dinding. Tu, di dinding tu, cantik dak?
YB: Saya nak mintak maaf la Tok Bilal. Saya sungguh menyesal perkara macam ni buleh berlaku. Saya dah cakap dengan JKR dan mereka dah setuju nak buat mesjid baru yang muat 4 ribu orang. Saya ingat dah selesai la. Nanti saya tanya. Maaf la, jangan risau, ini perkara kecik saja, saya sendiri akan selesaikan.
Tok Bilal: YB, penduduk kampong ni Cuma 315 orang, tak payah la sampai buat mesjid untuk 4000 orang. Nanti nampak kosong saja. Kita ni bila dah berjanji, berdosa kalu mungkir YB.
YB: Astaghfirullah, Tok Bilal, jangan la kata macam tu. Saya tak mungkir. Sumpah atas kubur moyang saya, saya tak mungkir. Ini JKR punya silap. Nanti saya jumpa mereka tau la saya nak buat apa. Ada orang lain nak tanya? Kalau tak ada saya nak balik ni?
Pak Asan: Hai YB, 4 tahun sekali tunjuk muka pun dah nak balik dah? Baru saja 5 minit. Takkan sibuk sangat kot? Dulu masa berkempen kata nak datang tiap-tiap minggu. Dengar-dengar, dah pindah ke Kuala Lumpur. Hai, tak buleh ka berkhidmat daripada sini? YB kan ADUN saja, bukan Ahli Parlimen? Ahli Parlimen pun tak pindah. Duduk la lama sikit. Dengar la rintihan-rintihan kami. Tak gitu YB?
YB: (bisik) Celaka kau Borhan, kau kata semua kaotim, ni Asan dok cakap bukan-bukan ni macam mana?
Penghulu: (bisik) Pandai-pandai jawab la YB.
YB: Eh, Pak Asan, lama tak nampak?
Pak Asan: Dah datang 4 tahun sekali macam mana nak nampak?
YB: Sebenarnya Pak Asan, saya memang dah bercadang nak buat sebuah pondok kecil di kampong ni, nak berkhdmat untuk rakyat jelata, tapi apa kan daya, kita merancang Dia juga menentukan. Sebulan selepas saya menang, anak sulong saya tu si Peah, dapat masuk belajar di Universiti Malaya. Dia menangis, nangis suroh kami sekeluarga ikut. Dia tak sanggup duduk sorang-sorang. Saya marah kat dia. Saya kata tempat saya di sini dengan orang kampong, bukan di KL tu. Sumpah saya cakap ni, saya penampar muka dia. Tiba-tiba kami dapat panggilan talipon yang opah saya Che Embun tu sakit tenat. Masuk ICU sebab sakit jantung.Kami pun kejar kesana. Alhamdulillah, pembedahan dia jalan dengan baik tapi dia kena pergi hospital 3 kali seminggu untuk pemeriksaan. Dia menangis-nangis suruh saya pindah Kulala Lumpur temankan dia. Takkan saya nak penamparkan dia pulak? Ha itu la ceritanya Pak Asan. Mau tak mau dengan berat hati saya terpaksa jugak pindah sana.
Pak Asan: Ih, ih, ih, sedih saya dengar cerita YB. Sekarang duduk Kuala Lumpur cakap pun macam orang sana ya? Dulu tak kata pun 'rakyat jelata' sekarang dah pandai dok 'rakyat jelata' dah ya? Banyak kot dok jumpa Samy Vellu? Tapi saya nak tanya sikit la. Si Peah tu kan gagal semua matapelajaran dalam SPM? Macam mana dapat masok UM pulak? Dia guna keputusan sapa? Lagi satu satu nak tanya, baru 3 bulan lepas saya jumpa Che Embun di Kuala Terengganu masa saya pergi Cuti-cuti Malaysia. Dia kata, dah 7 tahun dia duduk di Terengganu tu? Sihat saja saya tengok? Buleh berlari-lari di tepi pantai dengan suami baru dia tu?
YB: Er, er, saya kata Peah ka tadi? La, tu la, punya la letih sampai tersilap cakap. Bukan Peah. Sepupu dia si Jamaliah. Tuan-tuan tak kenai dia. Dia duduk di Kedah. Masa dia dapat masuk UM, hari tu la juga emak dan bapak dia accident mati. Bukan opah say Che Embun tu, opah orang pompuan saya, nama dia pun Che Embun jugak. Silap la tu Asan.
Pak Asan: Hai kan saya sepupu bini YB, takkan saya tak tau sapa opah dia? Apa ni YB? Mengapa nak cakap bohong ni? Masa kempen cakap lain, bila dah menang lain cakapnya. Kami tak ada tempat nak mengadu pun. Wakil rakyat macam mana ni? Apa semua wakil rakyat parti YB ni macam ni ka? Yang Tok penghulu dok tersengeh-sengeh tu pasai apa? Ada saham sama ka? Jom balik la semua, jangan dok buang masa. Ha Pak Abu, tunggu apa lagi? Nak jugak dua ringgit tu? Itu maruah Pak Abu? Ah sebelum kami pergi, simpan saja la kain pelikat dan kain batik jawa tu. Simpan saja la envelope tu. Kami pun ada maruah jugak.
10 comments:
hehehehhehehe...
sampai rm300 beli jam dinding. borhan si pengilap epal. tapi yang paling classic si YB punya pe'el, very typical of gomen mentality- Blame it on others!
Kerp,
This may be an exaggeration but the problem exists. People in the kampungs are being sold a dime a dozen by their reps and they swallow it all.
Cikgu,
Tepat dan jitu tulisan Cikgu.
Rata-rata calon UMNO dah tak laku. Kat Pasir Mas dah dua kali berlaku dua acara dibuat pada masa yang sama. Tiap kali Datuk Ibrahim Ali buat ceramah UMNO juga buat aktiviti. Aktiviti maksudnya seperti cabutan bertuah sambil menunggu ucapan. Kalau ucapan saja tak ada orang nak dengar. Paling akhir dibuat ialah pementasan Salam Pantai Timor di buat untuk melawan Ceramah Datuk Ibrahim Ali di markasnya di Hutan Chengal. Rupanya permit diberi jika dibuat di tempat tertutup.
BN (UMNO) bermasalah untuk mendapatkan calon Parlimen melawan Datuk Ibrahim Ali bila dia bertanding atas tiket PAS. Tak ada tokoh besar yang mampu mengugat Datuk Ibrahim Ali. Sepatutnya Ketua Bahagian sendiri masuk tapi kalau dia masuk maknanya kalah tanpa bertanding.
Zawi,
Saya sangat-sangat harap rakyat Kelantan show the middle finger to UMNO kali ni. Depa sombong sangat.
yeslah chegu, kesian orang kampung. especially the ones yang dunia tidak akhirat pun tidak.
oohh... PA system tu alat siaraya penye. do i have a lot to learn. baguslah dialog ni, boleh guna untuk PMR atau SPM.
contoh soalan : Mengapakah jam dinding itu berharga RM 300?
hee...
Accia,
Jawapan: Sebab dapat duit free, beli la harga berapa pun.
Kalau duit sendiri, dia pi cari di Mydin la, beli yang harga RM9.90 satu.
Salam Cik Gu
Pada saya, bukan lah tujuan saya yang hina ini lagi miskin, untuk
menjatuhkan pemerintah yang ada ini kerana:
i. kenaikan kenaikan barangan di
pasaran yang di sebut (barang
barang harian dan minyak petrol
ii. kasih sayang nya kepada anak
menantu, sanak saudara ,kawan
kawan nya yang terdekat dan
penyokong penyokong nya yang
kuat sehingga separuh dari
pebendaharaan negara Malaya
telah di beri atau di miliki
(speculation) oleh mereka
iii.kasih sayang nya yang tidak
terhingga kepada kerajaan
Temasek sehingga kan Negeri
Naungan Sultan Iskandar telah
terjual
iv. kasih sayang nya terhadap
negara "down under" sehingga
kan rumah nya(bukan atas nama
nya )terdapar dekat dengan
pusat peranginan yang termashur
di negara itu atau semasa
negara Malaya ini di landa
musibah dia pergi memancing dan
seterusnya membuka Restaurant
Nasi ayam saudara nya yang
terdekat di sana
v. membeli Kapal mewah dari negara
Turki dan seterus nya membeli
Kapal Terbang mewah untuk
kegunaan Agung yang tak tau mau
atau pun membuat projek projek
besar sehingga berjumlah
trillion trillion atau pun
membuka banyak sangat koridor
koridor sehingga raayat jelata
mungkin tersesat untuk berjalan
didalam nya
vi.Kesukaan nya mengantuk di majlis
majlis resmi atau pun kelemahan
nya dalam membuat keputusan yang
penting sehingga anak menantunya
bolih campur tangan dalan urusan
negara (atau pun sememangnya ia
nya mau bagitu)atau pun kesukaan
nya keluar negara untuk forum
forum yang pada pendapat saya
tidak memberi manafaat lansung
kepada negara kita ini.......
BUKAN! BUKAN! BUKAN!
Tetapi untuk memberi sedikit ruang untuk
i. orang lain memberi kan pendapat
yang kelainan di Parlimen sekira
kita dapat menyekat pemerintah
sekarang ini dari menang
besar ( ie 2/3 majority ) untuk
PRU yang ke 12 ini
ii.orang lain menyuara kan pendapat
untuk kita menyekat pembasiran
yang telah berlaku dan sedang
berlaku.
a. Kebucoran / Runtuhan bangunan
Parlimen setelah berjuta juta
di belanja kan untuk membaik
pulih bangunan tersebut
b. Price overshoot for the Klang
FTZ (harga pembelian tanah
kepada kerajaan tidak
setimpal seperti mana yang di
dapati olih tuan tanah asal)
c. Bangunan MITI that have a
price overshoot and delay in
handing over of several years
iii.orang lain menyata kan pendapat
yang raayat jelata yang miskin
lagi hina ini bukan tak mahu
perbangunan , pemodenan dan
pembaharuan tetapi ia nya mesti
di olah supaya pembaziran dapat
disekat,dibendung dan proses
perolehan mesti telus.
Dan SEKIRA nya ini dapat di lakukan iaitu mengurang kan majority di Parlimen, ia nya masih bukan untuk diri saya
tetapi untuk :
i. anak anak kita,untuk masa depan
mereka
ii.cucu cucu kita,untuk menyambung
kehidupan mereka
iii.Cicit cicit kita, untuk
menentukan perjalanan hidup
mereka di jalan allah
Takbir!!!! Allah Hu Akbar!
Bru,
Very well said Bru.
Kalau tanya Samy, Dia akan kata, Saya bukan takut sama itu harimau, Saya binci sama dia.
I'm sorry Chegu but I - don't - think sooo..
Orang kampung mana nih? This setting must have existed pre-merdeka days. Sebab kita orang melayu 300 ratuih ke, kain batik jawa ke -- mana cukup? Rashua yang dah menjadi darah daging orang kita sekarang minimum empat angka, cip. What more dua inggit? Tak main laa...
Hang tengok laa Datuk Zulhasnan tu. Raja Batu MT dok kelaim yang dia Sutan Kola Lompor. Tuu diaaa, seven hundred million dollar man. Hang ingat last year? Depa bawak Lionel Ritchie datang umah untuk syoru. Datang Ghoo-maah! Mak Datuk. Aku surghuh Bala-Chie datang umah pon tak mau mai. Hang ingat free kah? Haa.. rakyat jugak kena bayaq...
Chegu hang pencen nanti kita bukak kompeni buat drama 'tok TV. Citer selok belok orang politik. Tapi sapa kita nak surghuh lakon bagai YB nih? Tunggu laa sat saper yang kena drop. Banyak calun. :)
Oghang kita dah lama dah tergadai maghuah, sori to say...
Masa tu buleh la. najib dah kena tendang dengan Khairy, kita suruh Najib belakon la. Masa tu dia tak dak duit dah. Kita upah nasi bungkoih jat dia dengan ayaq sirap.
Post a Comment