Scene 1
Takpa Mak Timah, ambil la, ni kami bagi ikhlas ni. Kalau Mak Timah tak tau jahit bagi kat anak.
La, anak-anak Mak Chik pun tak tau jahit langsung. Depa pi beli baju kat Machang Bubok nu.
Kalau macam tu, Mak Timah cakap Mak Timah mau apa? Cakap, apa saja Mak Timah mau, Television? Astro?, Peti Sejuk? Washing Machine? Cakap saja, kami bagi.
La awat hampa ni semua buang tabeat kot? Aku tak mintak apa pun yang hampa tiba2 mai ghumah aku nak bagi baghang ni semua buat apa?
Tidak Mak Chik, kami ni bukan apa, kami kesian kat penduduk kampung ni, hidup miskin papa kedana, jadi kami nak tolong la.
Awat hampa tengok ghumah aku ni bughok, takdak pirin Astro, hampa ingat aku miskin ka? Ni Awang oi, duit aku dalam ASB pun banyak lagi la. Aku dah pi Mekah 2 kali, tak payah hampa nak mai bagi baghang kat aku, tak aku kebuloq baghang hampa. Huh! mai sini cakap pelek macam oghang kolumpo nak hina kata aku miskin papa kedana. Nu, pi bagi kat misjid duit tu lagi bagoih.
Scene 2
Pak Dollah, kami ni datang nak bagi baja.
Baja? Buat apa?
Untuk sawah Pak Dollah la.
Sawah? Sawah aku dah bekughun jadi ghang dah hampa nak bagi baja buat apa? Dulu kami mintak tulong sapa pun tak mai tulong, lani tak tentu pasai mai nak bagi baja pulak.
Tak apa Pak Dollah, kami boleh tolong hidupkan semula sawah Pak Dollah yang terbiar tu.
Tanah aku tak mati aih, yang yang nak bagi hidup balik buat apa? Hang pi juai baja tu, duit dia hang pi derma kat sekolah Agama lagi bagoih. Hang dah pi sekolah Agama dak lagi?
Er, er belum lagi Pak Dollah. Sekolah Agama tak masuk dalam senarai bantuan kami.
Awat? Yang di sekolah Agama tu bukan oghang ka? Depa tak perlu bantuan? Awat pasai depa semua oghang Paih, hang tak buleh tulong?
Scene 3
Pak Leman, kami ni datang nak besarkan kedai kopi Pak Leman ni. Kami nak naik taraf jadi macam restoran.
La, mana mai oghang gila semua ni. Awat hampa semua ni tak nampak? Yang ni kandang kambin, bukan kedai kopi. Awat yang buta sangat?
Oh maaf Pak Leman, kami tersilap tadi, tapi tak apa kami boleh bagi kambing baka baik kepada Pak Leman? Berapa ekor Pak Leman nak? Kami boleh besarkan kandang ni sekali.
Awat hampa ni semua dah sawan ka? Seumoq idup aku tak pernah oghang mai nak bagi baghang macam tu saja. Awat hampa ni semua penyamun ka? Aku ni miskin, tak ada apa yang hampa nak samun. Oh penyamun lani pakai baju puteh dengan seluaq itam nu?
Kalau Pak Leman tak mau semua tu kami boleh bagi duit. Pak Leman nak tak?
Baik hampa pi balik sebelum aku bagi penyapu kat hampa.
Scene 4
Ya tuan-tuan dan puan semua, mari daftar di sini. Semua yang mendaftar akan kami bagi percutian percuma ke Medan bersama wang belanja seribu ringgit seorang. Mana nak dapat tawaran macam ini?
Bagi kad pengenalan dan tandatangan saja dapat pergi bercuti ke Medan dan wang belanja RM1000.
Pergi pulak bukan naik feri, tapi naik kapal terbang tuan-tuan dan puan-puan.
Scene 5
Tuan tuan dah puan puan saya berjanji yang Permatang Pauh ini tidak lagi akan ketinggalan dari segi pembangunan. Kerajaan telah pun meluluskan sejumlah wang yang besar untuk pembangunan Permatang Pauh.
Di tanah sawah yang saya bercakap ini kerajaan bercadang hendak bukak Disneyland.
Kita juga bercadang untuk membina jalan 5 tingkat supaya tak ada ada kesesakkan lalu lintas.
Di sebelah sana akan kita bina Stadium taraf antarabangsa yang boleh menampung 100000 penonton.
Di sebelahnya kita bina Velodrome untuk adik adik naik basikal dan di belakang sini kita akan bina Kompleks membeli belah yang terbesar di dunia.
Kerajaan tahu yang penduduk perlu beriadah jadi kami berjanji yang setiap kampung di sini akan dilengkapkan dengan kolam renang saiz olimpik.
Kami juga akan bina sebuah tapak konsert terbuka untuk anak-anak muda dan gelanggang untuk merempit supaya anak-anak kita tidak berlumba di jalanraya.
Buat permulaan, kita akan menderma setiap rumah dengan 100 kilo beras, voucher minyak RM1000 seorang dan setiap orang murid sekolah akan diberi sebuah basikal.
Ini lah keperihatinan kami.
11 comments:
muahahahhahaha...scene 3 tu aku paling tak tahan. penyamun berseluar hitam, kemeja putih...dead giveaway la boss...hehehehe...
mintak penduduk PP tak terpengaruh la dengan habuan dan janji kosong diorang ni. bagi la apa pon, people have made up their mind that amno is arrogant and only people-friendly during an election campaign.
Salam Cikgu,
Tuan, anak anak muda kita la ni, ramai yang bercouple kerna tak cukup wang buat kerja kahwin. Leh ke gomen tolong depa sikit? Selain mengurangkan perkara tak elok, kita dapat juga pahala tolong depa berumahtangga no?
Haih! Apa pakji cakap ni? Kami orang Sarkas lagi suka depa dok bercouple couple camni, tu sebab kami nak bena pentas konsert terbesaq dan segala yang menghala kearah tuju yang tidak membangunkan akai anak anak muda kta! Selagi depa semua dok cam tunggul, selagi tu senan kita Sarkas perintah.
Er...Pakji nak pompuan tak? Kalau nak, nanti kami bawa baik punya dari Haadyai no.
UMNO tetap UMNO...nothing much we can do...
but whatever they give you can't refuse, so take it and leave them!
Chegu,
Depa ni sapa? Nampak gaya macam Promoter FunFair.
Salam cikgu,
Nak tambah bolehkan? Eh! sori kalau nak mintak lebih2 lagi bolehkan?
Pose tak lama lagi dan lepaih tu raya pulak doh. Verandah rumah cek dah senget. Kain langsir dah lusuh, kusyen dah berkapok. Kalau pangkah tok arif, rasanya dapat tangga batu terus kot, lampu raya liplap-liplap.. Pangkah je tok arif, tahun ni mesti raya menjadi.
Pangkah Tok Arif, jalan ke rumah cek tukaq jadi jalan raya!!! Sebelum ni, jalan berlopak je... segan nak ajak ke rumah raya ni.
Jangan dok mintak la ni kat Anwar. Mintak je kat Tok Arif, lenguh tangan tenye surat rekomen. Semua dia dok bagi. Kalau tak mintak pun dia nak bagi. Yang lupa, yang xada, yang lesap pun dia boleh bagi. Tok Arif tgh murah hati... Jom ramai-ramai buat listing...
Adat orang nak kalah dengan janji manismu...
Kerp,
Right now they do not know what to do, to fight for December or to fight for August?
Shah,
The pompuan sudah ada banyak, all the China dolls we have would suffice.
wun,
If I were a voter there I'd take what they are willing to give but my vote is still my vote.
muteaudio,
Depa akan buat funfair sebab itu saja yang depa tau.
mantra,
Takpa raya ni semua penduduk dapat duit raya, mai rumah Ariff, abang Ariff, Amin, boleh bagi.
has been a while since i commented here. wah, pesta janji is here again.. do they think we would fall for their empty promises ag
Asm, pedas tulisan Cikgu tapi yang tula SEDAP.
Scene 2 - Nak bekal kambing? Ada kambing baka scapegoat? Sesuai buat Korban.
salam..
lepas PRU bsru2 ni..dgn mcm2 berita pasal parti itu,parti ni..skandal itu..skandal ni..
saya rasa mcm penat je nak ikuti perkembangan semasa kite ni..
x nak amik tau x boleh...ni melibatkan negara kite jugak..kesimpulan..saya dah penah dgn gomen skrg ni..ntah bile le nak salin tikar?cemuih la
Cikgu,
Depa galak turun mai buat janji bukan salah depa 100%. Yang dok ada dikeliling kita pun 2x5 juga. Baca sikit cerita dalam paper, pakat percaya bulat bulat. Yang limau purut tiga serangkai buta perut takdak akai masih ramai. Bila cakap bab Islam bukan main pandai, tapi otak tak reti pakai, telan bulat bulat apa suratkhabar/radio/tv dok cerita. Tengok la ni dah guna budak budak Uitm pula. Ni semua gila punya kerja la.
halwaromantis
Post a Comment