Tuesday 6 May 2008

Pembohong Besar

Laporan di bawah saya cilok sepenuhnya daripada Malaysiakini.


Keputusan kontroversi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membatalkan penggunakan dakwat beberapa hari sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu berdasarkan kepada laporan polis yang dibuat berasaskan khabar angin, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Pendedahan yang mengejut itu terkandung dalam jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kepada soalan ahli parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Po Kuan.

Pada 4 Mac lalu, SPR memutuskan pada saat-saat akhir pembatalan penggunaan dakwat tersebut - yang selama ini dituntut oleh badan-badan yang memperjuangkan reformasi pilihanraya bagi mengelak penyelewengan - atas alasan ketenteraman awam dan isu-isu keselamatan.

SPR menggunakan alasan itu berdasarkan laporan polis yang mendakwa, ada pihak-pihak tertentu telah membeli dakwat tersebut dari luar negeri, dengan niat untuk mencetuskan kekeliruan dan syak wasangsa mengenai status pengundi.

Bagaimanapun, menurut jawapan kepada ahli parlimen Batu Gajah itu, Syed Hamid berkata, siasatan polis tidak menemui sebarang bukti di sebalik dakwaan tersebut selepas tiga kertas siasatan dibuka.

"Setelah laporan tersebut diteliti, dan pihak polis telah menemubual pengadu serta saksi-saksi, didapati tiada sebarang bukti menunjukkan dakwat tersebut dibawa dari negara Thailand. Ini kerana tidak ada seorang saksipun yang pernah melihat dakwat tersebut.

"Daripada keterangan saksi, tiada sebarang individu, sindiket atau pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti terlibat dalam kegiatan ini. Keterangan pengadu dan saksi adalah merupakan khabar angin dan tiada sebarang individu yang dicam atau dikenali secara positif," kata Syed Hamid lagi.

Berikutan itu, tegas Syed Hamid, tiga kertas siasatan yang dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 14 dan 21 Mac, kemudiannya di klasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut'.

Syed Hamid juga berkata, pengadu membuat aduan polis kerana mereka bimbang dakwat tersebut boleh dibeli dengan mudah di Thailand dan akan disalahgunakan sewaktu pilihanraya umum 8 Mac lalu.


Ini membuktikan 1 dari 2 persoalan adalah betul. Terpulang lah kepada anda nak percaya yang mana.

1. Pengerusi SPR adalah manusia yang paling bodoh, bahalol, tongong, blurr dalam dunia sebab percaya dengan laporan yang mengatakan ada penyeludupan dakwat masuk ke Malaysia untuk sabotaj PRU12.

2. Tau sama tau la.

16 comments:

Anonymous said...

This is cut-and-paste from a website that hasn't been maintained since the cancellation of indelible ink issue cropped up. (Emphasis by me.)

PUTRAJAYA, March 4 (Bernama) -- Police have uncovered an attempt by some irresponsible people out to create a confusion during Saturday's elections by having voters dipped their fingers in indelible ink before the polling day. Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan (ABOVE) said four individuals had lodged police reports alleging that there were people buying such ink from overseas and planning to persuade misinformed voters to use it before the polls. One report was received in Kelantan, one in Kedah and two in Perlis from Feb 16 to 21, and police had classified them as attempted cheating, he told reporters here today.

He said the allegation was found to be true but so far, no arrests had been made as the police were still identifying the people involved based on the statements recorded from by the complainants, aged between 30 and 50, who were traders and self-employed. Asked whether the complainants were from political parties, he said: "I don't know but they are locals." When asked how soon the case was expected to be solved, he said: "I am trying to get all the assistance on this. "We have interviewed the individuals. We want to know where they obtain the information." He said police were also trying to ascertain where the ink came from.

============
I wonder what happened to the blogger.... disappeared in the middle of the night?

Toilet paper said...

Ini macam pepatah
takan pokok bergoyang kalau tidak ada angin..

yang pokok mereka..
yang angin pun mereka..

Unknown said...

ruletutnah,
First they said "He said the allegation was found to be true"

Now they say it's rumours. Bravo.

Unknown said...

toiletpaper,
Pokok boleh goyang kalau takada angin. Berok boleh goyang pokok and the berok is : drumroll, tada. UMNO

cakapaje said...

Salam Cikgu,

So far Rashit has not come out with statements. Neither has the PDRM. Sarkas people tu, tak payah cakaplah!

Cikgu, mereka bukan pembohong - mereka pengkhianat!

amsran said...

apa yang mereka dilakukan mesti..ada niat dan tujuan..

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Aku dah sebut sebelum ni dalam blog aku, antara beberapa benda yang masih demokratik dalam Malaysia ni ialah perasaan kita.

Kita demokratik cukup-cukup dengan perasaan kita. Kalu rasa nak marah, kita marah sungguh2 kat puak2 pelingkup demokrasi tu.

Bila kita marah depa cakap pasai budaya. Yang dok membohong tak habis2 tu, budaya apa?!

Pak Zawi said...

Che'gu,
Rashit ran out of idea on how else to help the BN wins the election. Since the use of indelible ink will only lead to the demise of BN, why not do away with it?
Now they realized that extending his service for another year wasn't of any use at all. No wonder they splash his home with the 'indelible' red paint.

Unknown said...

Shah,
Pengkianat tu terlalu lembut la. They have no heart langsung. I don't know what kind of Devil's Advocate la depa ni.

Unknown said...

STW,
Apakah niat disebaliknya? Nak tipu orang untuk menang election.

Unknown said...

Bakaq,
Membohong tak habih tu, forgive me, ialah Budaya Syaitan.

Unknown said...

Zawi,
'indelible' red paint. That is really good.

Anonymous said...

Indelible crookedmindedness

farzain said...

That is a very stupid thing to do, to make a decision based on rumours. But judging from the outcome, the public thought with the indelible ink being scraped BN would win kau-kau (since that's their whole point of scraping, to make the BN win?). But hey hey! the opposition did way better than everyone expected anyway in the GE.

Unknown said...

Hantu,
Indelible crooked mindedness, hmm interesting.

Unknown said...

Farzain,
They know its a stupid thing to do but still they persisted, why? Because they are of the opinion the are untouchable.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive