Wednesday, 14 May 2008

Nak recycle pun tak laku.

Abu: Aku tengah dok marah ni. Hang jangan kacau aku nanti bincot kepala hang.

Kassim: La hang dok hot pasai apa? Aku nak tulong saja.

Abu: Geram betoi aku ni? Depa ni langsung tak dak hormat kat aku. Dulu masa aku ada kuasa, depa dok menyenyeh mai cium pungkoq aku. Kentot aku lagi wangi dari Estee Lauder, lani depa buat macam ni kat aku.

Kassim: Oh, hang dok geram kat depa lagik la? Yang hang ni pon, dah pencen tapi dok kacau depa lagi tu pasai apa? Hang dok diam-diam di rumah, pi mesjid mengaji, buat amal ibadat kan lagi baik. Ingat kita tak tongkat langit oi.

Abu: Hang pun satu, aku tengah dok hot ni. Hang pi main la jauh-jauh. Awat ingat aku tua sangat ka? Ni dalam Malaysia mana ada orang lagi terer dari aku? Takdak la, aku lah yang terer sekali.

Kassim: Okay, okay hang terer. Yang hang dok hot kali ni pasai apa? Apa depa buat kat hang?

Abu: Celaka betoi la depa. Hang tau kan hari tu depa buat satu suruhanjaya nak siasat video yang lawyer mabuk tu punya hal kan? Laporan dia dah siap. Aku dah baca sikit yang penting-penting. Aku dapat rasa depa nak pekena aku la. Yang ni blackmail ni.

Kassim: Oih, baik hang cakap betoi-betoi. Hang jangan senang-senang dok kata blackmail. Nanti hang kena charge dengan sedition baru tau. Bukan hang tak tau, Hang dulu pun macam tu jugak.

Abu: Memang la aku dulu macam tu, tapi aku terer, semua orang takut kat aku. Yang ni lembek punya orang mana buleh main macam tu? Kalau nak main macam tu mesti terer dan ganaih macam aku.

Kassim: Sudah la Abu, hang jangan guna perkataan blackmail sembarangan, nanti timpa balik kat hang.

Abu: Awat timpa balik kat aku pulak?

Kassim: Adakah orang nak blackmail orang buat amal kebajikan? Adakah orang nak blackmail orang buat baik? Takdak kan? Orang blackmail kat orang buat salah saja. Bila hang kata depa nak blackmail hang, hang bukan saja kata depa buat jahat, tapi hang jugak mengaku hang pun buat jahat.

Abu: Apa ni? Aku tak paham la. Hang cakap berbelit-belit.

Kassim: Memang la hang tak paham. Bila masa hang pernah paham bila hang salah. Bagi hang semua hang buat tu betoi. Hang ni pelik la. Kalau hang buat satu kerja dengan satu cara, hang kata betoi, tapi bila orang lain buat kerja yang sama dengan cara yang sama, hang kata salah. Hang ni manusia jenih apa ha?

Abu: Amboi, hang kutok aku no Kassim. Berani hang.

Kassim: Dah lama dah aku nak tegoq hang tapi dulu takut nanti jadi sama macam Nwat tu. hampa tangkap dia, pukoi dia, perosok dia dalam jail. Tapi lani hang dah takdak apa dah, buleh la aku kata tutok sikit kat hang.

Abu: Oh dari dulu lagi hang tak setuju dengan aku la? Macam ni ka kawan?

Kassim: Dengan hang tak patot buat kawan. Hang buat semua yang hang suka, hang tak kira halai haram, hang buat saja. Banyak orang kena naya zaman hang dulu. Yang dok sanjung hang tu surat habaq saja, tv saja, tapi hakikatnya ramai yang meluat kat hang. Hang zalim sangat Abu oi. Taubat la.

Abu: Kalau hang tak reti nak puji aku, tak reti nak sanjung aku, baik hang pi jauh, aku tak suka. Aku ABU, apa aku buat mesti betoi, semua orang mesti hormat kat aku.

Kassim: Okay lah Abu oi, hang dudok lah sana sorang-sorang, hang masok lah dalam bakoi, hang angkat lah sendiri. Buang masa saja cakap dengan orang macam hang. lagi pun orang putih kata, You are yesterday's news.

17 comments:

Nadeea said...

i think i know who Abu is... :)

Kata Tak Nak said...

Nadeea Nasir ka?
Who else, the old man who refuses to accept retirement.

tokasid said...

Abu: Aku betoi-betoi menyesal aku bagi jawatan aku kat penama....Seman tu.

Kassim: Nasik dah jadi buboq Abu.Eh..bukan buboq lagi dah...Dah jadi moi.Hang dok kenang pun tarak guna dah aih!

Abu: Aku sebenaqnya cadang nak bagi kat Janib tu tapi pasai dia muda lagi aku suruh la si Seman amek dulu.Aku bagitau kat dia :Man hang jaga jawatan ni sepenggai saja tau,paih tu hang kena bagi kat Janib.

Kassim: Tapi la ni hang pun dok kata Janib tak buleh pakai!Apa cerita hang ni Abu?Hang pun nak flip-flop ka?

Abu: Dak aih...aku nak Janib pasai 2 benda.Satu pasai aku kenang jasa pak dia kat aku.Dia kutip aku bila parti buang aku dulu.Nombot dua pasai aku rasa Janib buleh kawtim dgn puak2 aku laa...Tapi la ni dia nampak lembik saja.Nampak kemereh saja.Tak berani nak cakap terang-terang macam teloq kena kasi saja....tu aku tak mau kat dia dah.

Kassim: Jadi la ni hang nak sapa?Takkan hang nak amek balik kot jawatan tu?

Abu: Dak laa....tapi kalau rakyat suruh aku amek balik aku tak kisah laa...Eh!Kassim cor hang tengok tu sapa mai...nampak macam nak kenai.

Kassim: Oh! Hat naik beskat bawak tong di belakang tu ka?Tu Samy kawan lama kita...

Samy: Aloo...Abu.Kassim.Apa crita cakap sini? Mau susu lumbu ka?Fresh jugak saya baru ramas itu buah susu....

Kassim: Tarak la Samy..Ini Abu cakap tarak suka Seman la..dia mau org lain ganti Seman.

Samy: Itu macam ka? Tarak apa-apa...Jangan takut.Saya bole ganti sama SEman.No problem.

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Hehe...you're cruel. Sampai nak recycle pun tak laku, masuk thrash apa lagi! :)

Kata Tak Nak said...

Doc,
Abu: Dari bagi kat hang Samy baik aku bagi kat hang baik aku bagi kat Kayveas.

Samy: kayveas? Ayo apa pasai kasi sama Kayveas? Kasi sama Lingam punya adik pun takpa la.

Kassim: Oi Samy apa pasai ini susu masam?

Samy: Ayo masam ka? Celaka punya Subra, dia kasi kumarin punya susu sama saya.

Kassim: Tadi lu cakap lu baru ramas?

Samy: heh, heh itu lain barang saya ramas.

Kata Tak Nak said...

Shah,
That bugger is not remorseful at all. he doesn't deserve sympathy.

Mr. Right said...

Kalau tak leh recycle, buat tukun tiruan lah. Campak kat mana-mana pantai kat Langkawi, boleh jadikan tempat tu port memancing.

Kata Tak Nak said...

Mr. Right,
Betoi jugak la. Tangkap ramai-ramai buat tukun, mesti dapat ikan yang buncit2 punya.

frankie said...

Chegu, boleh pasang 'silencer' kat mulut Abu? Kalau tak buka mulut pun, tak de orang yang nak kata si dia tu bisu.

monsterball said...

Waaa...suspense manyat la!
Siapa tu...Abu?

Kata Tak Nak said...

Frankie,
Malangnya mulut si Abu ni silencer proof.

Kata Tak Nak said...

Monty,
He is our good friend la, the great Tun

Snowflake said...

Assallamualaikum
Join Mr. Tokasid berskrip:
Telefon berdering di rumah Kassim
Abu : Kassim ada tak?
Anak Perempuan Kassim (dengan manjanya) : Ayah tak ada, dia ke Perak.
Abu : Ah... takper.
(5.5 min kemudian..., telefon berdering lagi dirumah Kassim)
Abu : Boleh cakap sama Kassim...?
Anak PK : Dia tak ade...
Abu : Dia belum habis b.r.k?
Anak PK : (Dalam hati, apasal bodoh sangat, pekak ke?)
Ayah ke Perak, bukan b.r.k)
Abu : Ah... Abg salah dengar larr.. (Dalam hati yang pilu) Bodoh nya aku, pandan lah kena 'blackmail' dan "tak laku".
(Skrip sekadar hendak menghilangkan tension di Ofis yang serba canggih ini.)
Wassallam

Kata Tak Nak said...

Snowflake.
Well not a bad try, maybe one day we could set up a company to write scripts for the Malaysian movie industry.

Mr. Right said...

Betul2, aku setuju sangat hangpa semua jadi scriptwriter. Buat sitcom, mesti big hits punya.

Anonymous said...

Dapat pahala ke cakap2 mcm ni?...

Bukan setiap perkataan yg keluar (atau yg ditaip) akan dihisab di akhirat nanti?

siapa makan cili dia rasa pedas

Kata Tak Nak said...

Anonymous,
Lambat benaq komen. Tak payah ajaq oghang la. Aku tau apa aku buat. Oghang jahat patot kena macam tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive