Thursday, 1 May 2008

Seloka Hari Pekerja

Pagi-pagi buka mata
Sudah siap nak bekerja
Kerja pulak sini-sana
Segala bahaya sedia ditempa

Kerja untuk dapat upah
Untuk mereka yang di rumah
Terima saja bila dimarah
Oleh boss yang cekik darah

Cukup bulan tunggu gaji
Bayaq bil dan juga ceti
Payslip ada kanan dan kiri
Tapi yang kanan panjang sekaki

Lepas tolak segala potongan
Lemah longlai tak boleh tahan
Baki hanya boleh tahan
Untuk belanja suku bulan

Gaji belum naik lagi
Peniaga sudah menjadi-jadi
Harga beras dan juga roti
Sudah naik berkali-kali

Mintak simpati kat kerajaan ini
Tolong tambahkan sedikit lagi subsidi
Bukan untuk kami nak berjoli
Tetapi untuk nak elak hutang ceti

Tapi kerajaan buat tak kisah
Subsidi barang enggan ditambah
Duit minyak yang melimpah ruah
Untuk subsidikan projek mewah

Kita pekerja hidup merempat
Tapi UMNOputra joli melompat
Kekayaan habis depa lipat
Untuk joli di bar-bar keparat

Begini lah nasib si pekerja
Yang hidup dia tidak terbela
Yang di harap bermaharajalela
Menyelongkar segala harta

Sampai bila hendak begini
Kami sudah tak tahan lagi
Menjadi hamba di negara sendiri
Di sepak ke kanan di terajang ke kiri

Kepada pakatan yang satu lagi
Sekirannya pada mu kuasa diberi
Ingat lah sentiasa kepada kami
Jangan lah kami terus begini

Kami pekerja yang bermaruah
Tak mahu di hina tak mahu diludah
Keperitan ini hentikan sudah
Supaya damai di bumi ALLAH

20 comments:

SaveTheWorld said...

hari-hari berkerjalah kita sekuatnya
dari pagi hingga ke senja
tapi hari ini kita rehat seketika

Kata Tak Nak said...

savetheworld,
Ya kadang2 pada hari rehat kita depa panggil kita pi berhimpun untuk eangkat depa. Piiiirah

Zawi said...

Chegu,
Dari Pasir Mas ke Pengkalan Chepa
Perjalanan dengan kereta sewa
Bila pencen semua hari dah lupa
Beginilah nikmat jadi warga tua.

Snowflake said...

Salam
Kerajaan ada, kerajaan tak ada
Tak ada beza nya, saya tengok semua serupa
Pembangkang ada,pembangkang tak ada
Hidup mesti diteruskan, jangan kita menipudaya

Kerajaan UMNO, selaku pemerintah
Rakyat macam saya, siapa siapa saya tak kisah
Mereka buat derk aje, masa kan Agung bertitah
Pendapat saya emm.. jangan harap mereka endah

Buang masa saya nak 'elaborate'
101% mereka tak akan 'illustrate'
Mereka 'think', mereka 'stratight'
Tanpa 'realizing', mereka 'crooked"

Bismillahirrahmanirrahim, disebut setiap hari,
Syukur alhamdullillah datanglah rezeki
Laillaha illallah usah lekang dihati
Diakhirat nanti semua terbukti.
Wassallam

tokasid said...

Pagi-pagi buka mata
Sudah siap nak bekerja
Tiba-tiba bini kata
Abang tak cuti hari ni ka?

Terkejut beruk tak aku sangka
Bila lagu tu bini aku kata
Aku tanya cuti buat apa
Kata bini hari ni hari pekerja?


Sebut lah perahu sebutlah sampan
Guna untuk nak mengail ikan
Dengaq jawab bini aku gelak sakan
Aku bukan pekerja tapi majikan

el mahico said...

selamat hari pekerja....
klu boleh tambah cuti lagi hari esok...

Kata Tak Nak said...

Nak buat roti buboh ragi
Roti rosak lepas seminggu
Saya nak pencen lambat lagi
Empat tahun kena tunggu.

Kata Tak Nak said...

Snowflake,
Aiseman, you punya pantun bery gud la.

Kata Tak Nak said...

Cari cacing umpan ikan
Balik rumah jenoh makan
Lain kali jangan jadi majikan
Makan gaji saja cuti sakan.

Kata Tak Nak said...

el mahico,
Okay la, you punya pasai, esok cuti untuk semua, cuti sakit. MC bayaq sendiri.

Snowflake said...

Assalamualaikum
Mari kita berpantun pulak:

Cuti cuti, cuti sakan
Bulan Puasa tiba, kenalah sahur
Mana boleh daa... kalau tak makan
Jumlah gaji bulanan, kenalah akur

I once dreamed to be a "Majikan"
Applied samll tender, tender stationery
List punya list, list i kena "rejection"
Muka dah monyok, TAPI maintain berSERI

Then I consoled myself
Allah berfirman:

Sesungguhnya aku dekat, usahlah bimbang sangat
Longhat Indonesia, eeya...nggalah susah banget
Ada sebabnya Allah jadikan kita umat
Janganlah lena, senantiasa lah beringat

Then i smiled

Setiap hari "brekfastkan" cornflake
Cornflakes dimakan dengan susu
Blognya saya sebagai Snowflake
Belum leh challenge blog Katataknak tu..

Katataknak kata Snowflake aiseyman
Snowflake kata "Cikgu Gentleman"
Yusuf Islam kata "the world is Wild"
Snowflake kata, nevermind, it's only awhile.
(Kalau saya terhantar duplicate, tolong delete yang mula mula tu ya)

Wassallam

rastom said...

Bukit Mertajam
Pulau Pinang
Hari hari ini macam
Makan gaji lagi senang

el mahico said...

1,2 kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
2,3 boleh ku cari,
manakan sama dengan si katatanak seorang....

ko juga la cikgu...

Ydiana said...

Seronoknya berpantun
Nak join gak...
Tapi kalau sound macam kartun
Tolonglah...jangan gelak
(Ketawa takpe)

Buat kerja sibuk sakan
Tapi duit masuk macam parah
Rezeki kita ditangan Tuhan
Dengan Dialah kita menadah
(banyakkan doa)

Rezeki halal sungguhlah berkat
Nampak tak cukup tapi ada
Gaji sikit macam tak larat
Insya'Allah makan mesti ada
(betul tak?)

Akhirnya saya undurkan diri
Newcomer blogger baru belajar
Macamana pun hari ni hari cuti
Rehatkan badan dan minda amatlah wajar
(hehehehe)

TQ!

Kata Tak Nak said...

Kawan2 tak apa kot kalau saya balas pantun ni kat semua sekali kalau tiap-tiap seorang kena balas asing2 mana saya nak buat pantun begitu banyak? Okay here goes.

Ibu, umie, emak, mama
Gelaran ulung untuk wanita
Tengkiu teman-teman semua
Kerna memeriahkan blog saya.

Dari sini nak ke sana
Singgah sebentar dirumah Maria
Snowflake, rastom, el mahico, ydiana
Masih belajar ka, dah bekerja?

Mati tercekik tertelan durian
Tercekik dengan buah pala
Saya hanya menuntut keadilan
Keadilan untuk kaum pekerja.

Buai laju-laju
Sampai balik sana
Nanti post lagi satu
Kita terus pantun bersama

Terima kasih semua.

Snowflake said...

Assalamualaikum
Balasan Pantun Mat Salleh pulak.

What's going on at Maria's?
Spare a second, drop at Snowflake
I am still working, Alhamdulillah
Insyallah, in life try to make least mistakes

Other Bloggers, I've not interact yet
Katataknak have to wait for their reply
Rastom, El Mahico and Ydiana had contributed some facts
Already midnite, Snowflake have to say bye bye

Gudnite!
The next jottings will be a write-ups okay.

waterlily said...

Salam cikgu.
Wah..entri cikgu ada pantun-pantun pulak . Terhibur juga hati nan gundah.

Doc, Jadi majikan pun kena kerja lagi terok hahaha.

ps: ingat nak mai baca diam-diam macam selalu :)

SaveTheWorld said...

blog Tun Dr. Mahathir Mohamad dah buka...

Toilet paper said...

Salam Cikgu,

BekerjaLAH Untuk saya..
Hari Pekerja Saya masih Disini..
Esok2 harga barang naik..
so BekerjaLah Untuk saya..

Ydiana said...

Wahai cikgu yang baik hati
Soalan cikgu saya utamakan
Ydiana memang belajar lagi
Sebab belajar sampai ke petang

Dulu sibuk asyik berlari
Masa tak cukup setiap hari
Pernah bekerja pastu berhenti
Sekarang buat part time gaji

Sebab tulah sekarang ni ada free
Dapat visit blog entry
Yd pun minat buat blog sekali
Seronok dapat curahkan hati...

Main piano so easy
Positive thinking ada selalu
Healthy body keutamaan Yd
Silalah visit, sudikan lalu

Tima Acih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive