Sunday, 25 May 2008

Nak Menang Macam Mana?

Saja nak sentuh sikit sini sana tentang apa yang dok jadi dan baru jadi. Yang paling jelas dan nyata ialah, aku beransur pulih tapi tak elok sepenuhnya.

Pulau Batu Puteh.
Aku tak tau la apa signifikannya Pulau Batu Puteh yang kecik setoet tu yang buat Malaysia dok rebut dengan Singapore. Katanya dah lama depa berebut tapi lani baru selesai dan yang menang Singapura. Aku tak heran Singapore menang pasai pengadilan dibuat di ICJ bukan di Palace of Justice di Malaysia.

Bila di tempat yang tak korup, depa tengok semuanya dari perspektif undang-undang. Kalau di Malaysia depa tengok dari segi siapa lawan siapa, depa tengok dari segi, kalau aku buat keputusan menyebelahi si A aku dapat apa, dan kalau menyebelahi si B aku dapat apa?

Di Malaysia jugak ramai Hakim akan menunggu arahan dari satu pihak tertentu. Pihak itu akan kata bahawa dalam kes ini bagi A menang atau bagi B menang. Undang-undang, bukti dan sebagainya tak penting. Yang penting ialah arahan.

Pendakwa-pendakwa di Malaysia kurang latihan sebab depa dah tau keputusan satu-satu kes itu walaupun kes itu baru bermula. Dalam kes depa mau menang arahan sudah disampaikan kepada hakim untuk menyusahkan pihak yang dituduh maka peguam-peguam bela akan menghadapi berbagai tekanan. Yang di tuduh akan kalah bukan sebab pendakwa berkalibar, tapi sebab pembelaan ditekan.

Kalau pulak yang dituduh itu orang yang ada hubungan rapat dan akrab dengan orang-orang di ataih, pendakwa dengan sengaja akan buat bodoh. Mungkin bukan sengaja la sebab mereka memang betoi-betoi bodoh. Mereka ter tak nampak bukti-bukti yang kukuh, mereka terlupa panggil saksi-saksi yang kuat dan mereka ter beri hujah-hujah yang bodoh sehingga Hakim terpaksa melepaskan yang di tuduh.

Bila dah ada barisan pendakwa yang manja macam ni, yang tak pernah bekerja keras, yang kemenangannya atau kekalahannya dalam sesuatu kes sudah ditentukan pada hari kes itu difailkan, maka bahaya lah jawabnya sekiranya mereka ini perlu berhadapan dengan barisan Hakim yang mereka tak boleh pengaruh.

Singapura menang sebab barisan peguam mereka adalah mereka yang berkaliber, yang membuat homework sepenuhnya dan juga yang pergi ke sana untuk bekerja. Kita kalah sebab barisan peguam kita terdiri daripada pendakwa-pendakwa yang tak pernah melawan walau satu pun kes secara adil.

Singapura melawan kes berdasarkan fakta, kita lawan kes berdasarkan auta. Tu lah Mahathir, lain kali bila nak bagi sistem perundangan dan Kehakiman kita jadi bacul, fikir lah dulu. Tu lah Pak Lah, bila dah dapat ambil alih kuasa awat dok simpan lagi sampah-sampah ni semua?

27 comments:

Shirzad Lifeboat said...

Dear kata tak nak

Nak menang macam mana kalau kita tak cukup fakta dan tak boleh buktikan kita ada cukup fakta. Tapi yang paling pelik kan, dulu kita tak sibuk pun pasal pulau sekelemut ni. Kita jadi sensitif dan suka cari pasal bila kita ambil sikap konfrontasional terhadap Singapura. Zaman siapa? Kalau kita hilang PB Putih, kita patut salahkan diri sendiri sebab selama ni pun kita tak kisah dan kita lalai.

Kata Tak Nak said...

Shirzad,
Memang kita tak kisah langsung pasai pulau tu tapi pasai nak tunjuk sombong dengan Singapore kita pun nak berlaga. Zaman sapa agaknya no? Zaman anak koyakutty kot.

ali allah ditta said...

Cikgu,

DiTerengganu, depa hilang Batu Buruk kat Pas
Di Pulau Pinang, depa hilang Batu Kawan dan Batu Lancang kat DAP,
Batu Uban dan Batu Maung terlepas kat PKR
DiPerak, Batu Gajah hilang kat DAP,
Di Selangor, depa hilang Batu Caves dan Batu Tiga kepada PKR.
Parlimen Batu, disapu oleh Tian Chua.
Di Johor depa hilang Batu Putih,
Depa hanya tinggal empat batu saja lagi, Batu Pahat, Batu Talam, Batu Rakit dan Batu Kurau.

Pak Lah heboh pasal koridor selatan
IDR/WPI jadi rebutan
Singapura pelabur utama
50 tahun sudah cukup lama....
IDR/WPI bertukar wajah....
Singapura Raya diberi nama.
Melaung ketuanan Melayu tiada ada gunanya
Pat Lah ke down under dengan Khairy
Mahathir menetap di Pondicherry...
Malaysia,lingkop,semuanya pooocik
Di bawah gomen Rahim Thamby Chik.....

....geram punya pasal!!!

cheers.

Kata Tak Nak said...

Ali,
Tambah lagi dua batu. Batu Pelir dengan Batu Nisan.

MANTRA said...

Bagi malaysia, isu pulau puteh ni isu rakyat. Singapura pula isu kerajaan. So kenapa kerajaan malaysia kena ambil peduli.
12 to 4 verdict pro singapore.. what does it says? http://mantra-indeeptots.blogspot.com/

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Glad to see you up already :) Ni mesti kejutan PB Putih. Tapi yelah, depa tu bila dah terhantuk ngan batu baru nak terkial kial...tapi tak sedar diri gak lagi. Cek rasa nak rejam je depa kat Putrajaya tu ngan batu.

frankie said...

Chegu, welcome back.

Look at Team S'pore, Deputy Prime Minister, top legal expert, Prof Tommy Koh, top international lawyer, highly sought after, and S'pore Chief Justice, orang Malaysia tu. Team Malaysia, AG, Syed Hamid dan siapa lagi? Tak kenal pun, kira hadir cukup. How to fight Chegu? Buka langkah saja already kena serangan bertubi tubi.

Lost 12-4, somemore claim win win situation. Team Malaysia took it slumber, kena trashed, then used doctored picture and used it as evidence some more. Malu sangat bila Team S'pore revealed the truth.

How to win? Team Malaysia main kotor, how to win? Lagi nak claim win win konon.

hantutelur said...

Ok la tu... Orang Johor tengok lampu dari rumah api Pedra Branca dan berkata: "Hei, itu Singapura!"

Dan kita semua akan makan ubi keledek!

Kimak!

Toilet paper said...

Last time we lost Singapore..
This time PB Puteh..
Next time Malaysia will lost South Johor..


hehe..
Get well soon ya..

Kata Tak Nak said...

Shah,
Thanks. Sarkas akan tetap sarkas, just for fun and can never be taken seriously. Kalau tanah menang batu karang dia kata win win. Ni baru badut.

Kata Tak Nak said...

Mantra,
We have never got a good government that cares for the people for many-many years. Mahathir The Terrible started all this desensitizing of the government.

Kata Tak Nak said...

Frankie,
How to win when even our Oxford graduates behave like monkeys.

Kata Tak Nak said...

Hantu,
Speaking of ubi keledek, when our people start to eat Keledek as a staple food, the government will appoint Kelenas as the sole importer. Again states are not given incentives to grow keledek so that KELENAS could make a bundle. It would be the same.

Kata Tak Nak said...

toilet,
To not lose South Johore we must lose the BN first.

farzain said...

Katanya team yang dihantar tu sama yang masa kita menang Sipadan dulu jugak? Tapi bukan salah team tu je, salah TEAM MALAYSIA semua sekali.

Kata Tak Nak said...

Farzain,
Sipadan kes tu lebih clear cut, BP pulak perlu kepakaran yang kita tak ada. Kalau macam mana nak manipulate justice tentu team kita yang menang sebab banyak pengalaman. Like it or not thats Malaysia.

tokasid said...

Salam che'gu:

With the Spore winning Batu Putih,malaysia hanya berputih mata.

Walaupun pulau tu setoet saja but strategically it is very important.It meants that Spore have a bigger water border now and they can eye malaysia easily with their high powered radar etc,etc.

If we remember well, few months ago Rocky put up in his blog about one of our presentation at the Court: taken from a blog!

Thats how good our legal team was.
They way I see it(I might be totally wrong), the case have been decide by Malysia that it should go to Spore. Like Shirzad said, Batu putih is for Malaysians and Spore gomen. With a weak legal argument our team went to The Hague for the sake of going.To show the rakyat that we are fighting for the Batu Putih.

And lets not forget,Phillipines is claiming Sabah and Brunei is claiming Limbang in Sarawak.

Maybe Thailand will start claiming Perlis,kedah and Kelantan.And kerala might be claiming Penang!!

Hi&Lo said...

Sir,

Glad you are recovering from your flu.

Our team at ICJ hearing was not there to win. They were there for exposure and experience.

There is always the next time. But we don't know when we will be matured into world beaters.

Like you said, our prosecutors have to take instructions whether to win or lose a case. Of course with the help of some judges, the outcome is predetermined.

So, our learned AG short of tactics and strategy of winning.

Hi&Lo said...

Sir,

Dr Tokasid's comment on Thailand claiming Kedah, Perlis and Kelantan.

My Thai friend told me in their history book, the 3 states belonged to their country.

After the Japanese occupation, Thailand wanted to take back the 3 states.

At that time there was a Penangite by the name of Khaw Sim Bee who made his fortune in Phuket Island. King Bhumipol made him governor-general of Phuket.

Khaw prevailed upon the Thai king to give up sovereignty of the Malay states.

Another factor was Tengku Abdul Rahman by virtue of his mother being a Thai princess.

It was recorded in Thai history that Tengku was held hostage in Thailand over the 3 states.

hantutelur said...

KELENAS Che Gu? Too impatient. No, first there'll be a board - Lembaga Keledek Negara or in short "LEMBEK". And then in a couple of years it will be privatised and rebranded as KELDAINAS.

No way you can replace rice with keledek. Keledek is for cucoq keria, cucoq badak and koi bom.

Kerp (Ph.D) said...

the DPM today told the nelayan to lay-off the 2 rocks for time being before legal matters can be sorted out. seriously la, what the hell man? the ICJ has ruled they're ours. takkan nak dptkan permission dari singapore lagi?

monsterball said...

Win win..my foot!
Rias Yatim is an idiot and a simpleton. I always knew he is one....but then..who is real smart in UMNO??
Johore Sultan signed off Pulau to Singapore in 1953...and those idiotic lawyers lost a case base on that??
Why half the world will loose out lot of properties..based on a piece of paper.
If I was to start off the case...I will say..the Sultan Of Johore was forced to signed it off...and let them prove otherwise...and if that does not work...say.. he was drunk....and did not know...what he was doing.......hahahahahahaha
That is so easy to win back..based on historical and rights...bla bla bla.
Give it to Kapal Singh...he will turn the case upside down....inside out..even a dead duck..he can bring back to life. Now that's the type of lawyer...UMNO should beg him to go and represent Malaysia.
When have UMNO government ever won a court case.....I cannot recollect.?
So the idiot Rias Yatim...said ..it is a win win case!
Yea....Singapore got the land....and we got two stools made of rocks...to watch the land....forever gone.
In commercial firm...we sack lousy workers. In UMNO...is to reward them with a more powerful titles..near future.
What weird guys...running our country.
Singapore is laughing over UMNO half past sixes......especially Lee Kuan Yew.

Kata Tak Nak said...

Doc,
Nak kata apa lagi dengan dajai-dajai ni pun aku tak tau la. Depa memalukan negara pun depa tak peduli. Kita tengok kena sengeh saja sebab kita pun tak boleh buat apa.

Kata Tak Nak said...

hi&lo
Like I said to doc, they lost the case and they don't even care. They have got such thick skins that even an old rhino will salute them.

Kata Tak Nak said...

Hantu,
I like KELDAINAS very much. Apa dia tak fikir ka nak suruh kita tukaq macam tu saja.

Kata Tak Nak said...

Kerp,
Maybe Najib has just sent a team to see if there are any hidden C4s there.

Kata Tak Nak said...

Monty,
I don't know what else to say about stinking gomen la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive