Saturday, 3 May 2008

Ketuanan Melayu

Mamat: Oi Kassim tahniah, tahniah. Wah hang dah jadi Ketua Cawangan dah lani, bagoih la tu. Nak tanya sikit la, macam mana hang buleh menang?

Kassim: Terima kasih, mai la duduk. Mamak! the tarik lagi 1. Alah bukan susah, takkan hang tak tau? Yang hari tu aku buat kenduri arwah tu pasai apa? Bukan ada sapa pun mati dalam keluarga aku?

Mamat: Tu hang selit envelope kat depa la kot? Mana hang dapat duit ?

Kassim: Alah aku baru dapat aku punya one third kan? Bini aku bukan tau apa pun, kalau dia tau mampoih aku.

Mamat: Ni yang hang pakai segak satu macam ni nak pi mana?

Kassim: Aku nak pi Kuala Lumpur. Ada semposium ka apa ka depa kata. Pi naik kapai terbang la. Maklum la lani dah jadi ketua cawangan.

Mamat: Simposium.

Kassim: Ha, yang tu la.

Mamat: Simposium apa tu Kassim?

Kassim: Pasai Ketuanan Melayu. Lani Melayu dah tak jadi tuan dah di Negara ni. Ni bahaya ni. Kita semua orang Melayu kena sokong, tak kira UMNO ka, PAS ka atau pun orang Melayu dalam PKR ka. Kita mesti berjuang kalau tidak habih orang Melayu ni.

Mamat: La, macam tu ka Kassim? Tapi dulu masa dapat peruntukkan bantu orang miskin, hampa tak bagi pun kat orang PAS ka orang PKR ka, lani dah tersepit baru nak panggil depa? Masa Mesjid nak pilih jawatankuasa hampa tak bagi orang PAS dengan orang PKR jadi. Hampa kata hampa reti nak tadbir, tu pasai apa panggil depa lani?

Kassim: Hai Mamat, hang tak tau ka lani orang Melayu dah tak dak kuasa? Semua depa rampaih habih.

Mamat: Hai yang aku tau, PM orang Melayu jugak, DPM pun orang Melayu jugak, adun-adun PAS dan MP-MP depa pun orang Melayu jugak? Kerusi yang UMNO kalah,depa kalah kat orang Melayu PAS atau pun orang Melayu PKR. kami dok kira hari tu, Ahli Parlimen lani lagi banyak Melayu dari dulu, macam mana hang kata kita dah hilang kuasa?

Kassim: Tu la hampa tak tau. Memang la Melayu lagi banyak lani tapi Melayu UMNO dah korang.

Mamat: Oh, macam tu ka? Kalu macam tu depa kena kata Simposium Ketuanan UMNO la, bukan Ketuanan Melayu.

Kassim: Hang ni memang loqlaq la, tu la hang takdak jawatan apa pun.

Mamat: Kalu nak jawatan punya pasai aku kena tipu bini belanja duit one third KWSP aku, baik takdak jawatan pun takpa.

Kassim: Tu la hang tak tau, bila dapat jawatan, mula la depa orang-orang bahagian mai cari aku, jenuh aku depa bawak pi jalan-jalan. Buleh dapat kontrak lagi. Kaya la aku.

Mamat: Memang la hang kaya, tapi ingat, hang jadi pecacai depa. Hang kaya, depa lagi lah kaya, yang ahli-ahli lain tu dapat apa? Hampa dok pulun kat hampa saja, kira hampa la tuan, kami ni takdak apa. Dari dulu lagi memang macam tu, hampa yang ada jawatan kaya raya, kami yang di bawah ni dok susah macam tu jugak. Yang tu hang kata Ketuanan Melayu? Tuan apa? Hang habaq mai mana satu orang Melayu di sini yang kaya? Hampa saja, kami dak pun. Kami tak pernah jadi tuan pun.

Kassim: Kita jangan kira macam tu la. Kita berkorban untuk bangsa kita, jangan dok ingat kat diri sendiri saja.

Mamat: Baru tadi hang kata hang nanti jadi orang kaya, yang tu hang ingat kat diri sendiri ka kat bangsa hang ka? Ni aku nak habaq mai kat hampa, yang orang-orang bahagian tu dapat kontrak kat sapa depa sub? Depa sub kat bangsa lain jugak kan? Depa sanggup sembah kat bangsa lain tu minta sedekah. Tuan apa nama tu? Hampa ni semua bukan saja jadi pecacai tokay-tokay, hampa buat naya kat orang Melayu untuk bagi Tokay kaya. Hampa dapat ciput saja. Nu yang ada di ataih tu yang kaya raya. Depa dok pi makan angin di luaq negeri nu. Bukannya ada menega apa pun. Macam mana buleh kaya macam tu? Yang hang ni dok act di sini, orang dok guna hang, hang tak tau.

Kassim: Susah cakap dengan orang macam hang ni.

Mamat: Kita toksah begadoh la, hang nak pi pukoi berapa?

Kassim: Sat lagi la, aku dok tunggu Samad dengan Din.

Mamat: Hai depa pun pi sama? Yang aku tau depa tu habok pun takdak, macam mana nak bayaq teket kapai terbang tu?

Kassim: Aku la bayaq kat depa. Kami naik 1st class la. Aku bawak depa bagi jadi bodyguard, kot-kot ada orang macam hang dengki kat aku ka.

Mamat: Astaghfirullah Kassim. Ketua Menteri baru Penang pun naik economy, tak bawak bodyguard pun, yang hang ketua cawangan kokak ni nak naik 1st class dan bawak bodyguard pulak? Patut la UMNO hancoq lani, pasai orang macam hang yang tak sedaq ke diri la. Okay la, aku pi dulu. Kalau hang jumpa Anwar Ibrahim hang kirim salam kat dia no.

Kassim: Cis! jangan sebut nama dia la.

Mamat: Awat? Takut?

17 comments:

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Forgive me if I don't anything to the script, just don't feel like anything to do with those clowns. Though one is supposed to laugh at them, I just can't even do that - all I want to do is bury them alive!

cakapaje said...

ps. Cikgu,

Kalau free, tolong baca my latest entry dan berikan idea bernas. Terima kasih :)

Toilet paper said...

Salam Cikgu,

khalid: eh itu teh tarik kasih bayaq dulu..

Kata Tak Nak said...

Shah,
I fully understand, don't worry. I have gone over to your blog.

Kata Tak Nak said...

toiletpaper,
That's a gem.

Kerp (Ph.D) said...

Kassim: Tu la hampa tak tau. Memang la Melayu lagi banyak lani tapi Melayu UMNO dah korang.

ini yang sebenarnya masalah dia. ketuanan melayu ni depa je yang gembar gemburkan. bila dah kecundang baru nak pakat dengan melayu lain. bila kat atas melayu yang kat bawah ni tak pandang pon. bila nak support sanggup turun pijak lecah. alahai kassim...alahai melayu...sedih aku kalau semua melayu camni.

Jeng said...

very exciting blog..how can u make it?

Anonymous said...

Cikgu,

That was a good write-up. How true!

SaveTheWorld said...

mamat : kau ni banyaklah cakap.. apa-apa pun. roti canai satu mamak..

mamak warung kopi: ok!! siap....

kasim : kau belanja aku sekali ke ni. roti canai dan teh tarik kau!!!

mamat : banyak cantik u punya muka...
order sendiri bayar sedirilah...

ok!1cikgu

Kata Tak Nak said...

Kerp,
Kita orang Melayu sudah tentu nak tengok Melayu maju dan rasa bangga tapi bila kita tahu Melayu sendiri yang pentingkan Ketuanan Diri, geram jugak rasanya. Patut la Shah geram tak habis2

Kata Tak Nak said...

Jeng,
Thanx. I write what I feel.

Kata Tak Nak said...

anonymous,
Yes, it's true and the truth hurts.

Kata Tak Nak said...

Savetheworld.
Those people have a lot of money, thay can pay for many-many roti canais. How much is a roti canai in your place now?

rastom said...

Kassim: Cis! jangan sebut nama dia la.
Mamat: Awat? Takut?
Kassim:Dia naik kalu habehla dia juai negara kita kat Amerika ka, Yahudi ka.
Mamat:La ni dia tak naik pun lagi, yang hampa dok kalut melayu pecah la, tak bersatu la apa benda? Tu yang pilihanraya dia boleh kumpoi semua pembangkang yang dok bertengkaq hang aku tu apa dia? Awat hang ingat dia tak boleh kumpoi orang Melayu ramai ramai ka?
Kassim:Cis, hang mana tau politik dunia, apa dia buat di luaq negeri tu...tak pa lah lain kali lah kita cakap bab ni, hampa memang pandai bab nak defend orang ni...ajen yahudi hang tau dak?
Mamat: Ni jongoih, elok hang pi lah simposium tu, pakat berimpun sorak yak yak ye, balik mai aku nak tengok apa hang boleh buat. Takat baca sorathabaq bahlol tu, hang tok sah dok gebanglah!

SaveTheWorld said...

Rm 1.20 saja cikgu...

Kata Tak Nak said...

STW,
Wow that's quite expensive. Mampoih la macam tu.

SaveTheWorld said...

because BN = barang naiklah!!!

kalau dapat pun murah sikit Rm 1.00 saja. itu pun saiz megecik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive