Tuesday, 20 May 2008

Seloka Letak Jawatan

Dudok melengung seorang diri,
Dok pikiaq bila Pak Lah nak pi
Pusin kelilin sana sini
Tapi Pak Lah dok ada lagi
Punya lah geram pedih di hati
Rasa nak boh sekali tang dahi

Pekik sudah melolong pun sudah
Tapi dia buat tak endah
Ahli lain pun sama sajalah
Buat tak dengaq aku punya jerkah
Rasa macam nak pi sergah
Tapi kaki tua ni tak larat melangkah

Lani kena guna pulak Plan B
Jadi bagoih, tak jadi mati
Kena bincang dengan si Sanusi
Tanya mau ka dia keluaq party
Di Aloq Staq nanti kami berdiri
Gempaqkan semua di seluruh negeri

Langkah ini banyak bahaya
Kalau tak jadi aku naya
Takut nanti hanya kami berdua
Yang lain takut ikut sama
Kami di luaq ternganga-nganga
Depa dok dangdut seronok gembira

Kalau plan B ini tak dapat sambutan
Plan C pulak aku gunakan
Suruh kroni aku mulakan gerakkan
Ramai-ramai tunjuk perasaan
Merayu aku ubah fikiran
Tarik balik surat perletakkan jawatan

Kalau lepaih ni pun dia tak turun lagi
Kena bincang pulak dengan MIC
Suruh depa pecat Samy
Suruh Nalakarupan join sekali
Di Dublin Estate kami berdiri
Umumkan aku Presiden party.

23 comments:

Kerp (Ph.D) said...

Kapten kapal dah disalah pilih,
Nak pusing balik dah tak boleh,
Mungkin ini cara untuk pulih,
Tak payahlah yang dalam nak bersedih,
Cium tangan pakdol tak habih-habih,
Janji sini sana tapi slogan je yang lebih…

Raden Galoh said...

Haih... nak kata midlife crisis dia waaaayyy dah lepas midlife tu...

what kind of sandiwara purbawara is he staging on now eh?

i think he really needs to reflect: one goes round comes round... 2 of our ex-PM died as non UMNO, will he become the 3rd?

...ssssssiiigggghhhhhh....

Raden Galoh said...

alfatihah to your arwah aunty. May her soul be blessed and be placed amosgt the ahlil Jannah. Amiin.

baru perasan your entri hari ini...maklum cuti not linked to internet....

rastom said...

Memang Melayu Mudah Lupe
Madah masyhur si guttersniper
Plan A, B, C semue die ade
Akhirnya Plan D juga yang for sure

Duri dalam daging sudahlah keluar
Anak Pak hitam punya qasidah
Dendam tak sudah dekat Anwar
Modai Yahudi tak sudah sudah

Panglima Gorpis sangatlah setia
tunjuk perkasa di airport antarabangsa
Kisah kesemua diktator dunia
Hitler dan Goebbels katam semuanya

Diatas bumbong menanam padi
Projek mengurat isteri sendiri
Pernah joint venture dengan Khalid Jafri,
terbitkan dalil yang gila babi

ali allah ditta said...

Cikgu,

tambah satu rangkap lagi..

Kalu gitu dia tak sedaq lagi
Kena slow talk dengan Khairy
Ajak si Anwar join sekali
Ramai-ramai buat reformasi
Di depan parlimen semua berdiri
Kena semboq kimia baru cabut lari.

cheers.

Anonymous said...

Dunia politik Melayu hancur, kucar-kacir dan gawat kerana kepimpinan Pak Lah lemah, pilih bulu, tak tegas, tadak teloq, keputusan membuta tuli dan tiada visi.Pak Lah sama sekali tidak akan dapat menandingi kehebatan Tun Mahathir. Apa yang dia dah buat? Rasmi projek tu, projek ni tapi satu habuk pun tak nampak. Isu utama seperti kenaikan harga beras lambat ditangani..priority first tiada dalam kamus Pak Lah. Dia asyik buat dungu dan asyik buat de saja, macam budak tak cukup akai. Ini mencerminkan kekecewaan orang Melayu pada umumnya yang mahu Pak Lah gulung tikar, balik kampung tanam kacang, what say you, Chegu?

Anonymous said...

Dunia politik Melayu hancur, kucar-kacir dan gawat kerana kepimpinan Pak Lah lemah, pilih bulu, tak tegas, tadak teloq, keputusan membuta tuli dan tiada visi.Pak Lah sama sekali tidak akan dapat menandingi kehebatan Tun Mahathir. Apa yang dia dah buat? Rasmi projek tu, projek ni tapi satu habuk pun tak nampak. Isu utama seperti kenaikan harga beras lambat ditangani..priority first tiada dalam kamus Pak Lah. Dia asyik buat dungu dan asyik buat de saja, macam budak tak cukup akai. Ini mencerminkan kekecewaan orang Melayu pada umumnya yang mahu Pak Lah gulung tikar, balik kampung tanam kacang, what say you, Chegu?

www.akubetul.com said...

Haahahahha... Mahathir jadi presiden MIC, kah..kaah..kah...

Kata Tak Nak said...

Kerp,
Memang silap orang yang dipilih dan silap orang yang memilih.

Kata Tak Nak said...

Raden,
Ini lah jenaka bangsawan versi madet, penuh dengan suspense dan jugak lawak sebab pelakon-pelakonnya badut-badut belaka.

Kata Tak Nak said...

Ali,
Memang panglima tu tak sedaq ke diri. Dulu dia la jugak yang kena buang oleh si tua bangka tu lani dia lebih, lebih. Pi masuk PPP jadi presiden lagi bagoih.
Dengaq kata dulu-dulu di Langkawai banyak tyre smuggle ada chop SJ, tak tau la betoi ka tak. Aku dengaq cerita ni awai tahun 80an, bukan baru.

Kata Tak Nak said...

Ali,
Dengan dia tak cukup kena semboq dengan ayaq kimia, mau kena bagi minum baru dia tau.

Kata Tak Nak said...

Anonymous,
Saya setuju Pak Lah tak tau apa dan tak buat apa tapi mahathir is no angel. Dia manusia yang jahat yang menjadi Bapak kepada semua yang jijik di negara ni.

Kata Tak Nak said...

Mr. right,
Itu lah tempat paling baik untuk dia.

tokasid said...

Aci-aci buka pintu
Nana balik pukul satu
keluar UMNO satu persatu
lama-lama yang tinggal hantu

Sudah ku jerit merata negara
Setiap pelusuk aku menjaja
Kata nak keluaq itu aku punya auta
Saja-saja nak test market saja

Dari tengah selatan dan utara
teriak tempikan aku bergema
Memang nak tekan kedudukan Pak Lah
Sambil divert kes Lingham lah sama

Asyik bertempik nak hilang suara
Aku lega aku pekana ayaq nira
Aku dah agak ramai lah juga
Yang memujuk aku masuk semula

Ayaq nira tak perlu di gula
Kalu boh jugak tersangat manih lah rasa
Aku suruh depa pakat keluaq semua
Tapi masuk pembangkang jangan lah pula

Ayaq nira dari pohon kelapa
Dulu di Kedah banyak di Tupa
Aku tengok lagu mana rentak Pak Lah
Sebelum atur langkah yang lain pula

Kerajaan Rakyat said...

Sedarlah wahai pemimpin UMNO, kamu semua sebenarnya telah menderhaka bukan hanya kepada Raja-Raja Melayu tetapi kamu juga telah menderhaka kepada Orang Melayu keseluruhannya dan rakyat Malaysia kesemuanya.

Dan kamu juga telah …… baca seterusnya di:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

cakapaje said...

Salam Cikgu,

Cek nak tambah sikit kat komen raden: bukan midlife crisis lagi, tapi menopause! :)

Kata Tak Nak said...
This comment has been removed by the author.
Kata Tak Nak said...

Doc,
Nasib baik dia minum ayaq nira
Dapat juga menghilangkan dahaga
Jangan di simpan nira lama-lama
Jadi tuak, lain ceritanya
Jalan melelong tak tentu hala

Kata Tak Nak said...

Shah,
But to men, their men-o-pause can be kawtimmed with the blue pill.

bru99 said...

Salam Cik GU

Economically, dia dah save seringgit, dua, tak payah bayar yuran ahli.
Socially , he's an old man ,mungkin dia dah sedar dan ingin mendekati
diri dengan Allah Taala.
Politically , what the heck ? he can open his mouth to any platforms
that would listen to him.
Forgetfully, he did said he can't remember!!!!!

Kata Tak Nak said...

Bru99,
I don't think deserting your party and leave them in a mess is a good way to beribadat dengan Allah Taala.

farzain said...

Sangat lah kasihan Tun M kita tu.... Sampai sekarang tak bergegar mana pun efek yang dijangkakan. Tak seberapa pun. Dalam masa 2, 3 hari takde jugak orang UMNO keluar, memang boleh terus guna Plan C!

Haih... nanti merajuk pulak macam karpal "why isnt anyone backing me up!??" *sob*

Kita tengok apa tindakan Pak Lah setursnya pulak, kalau dia bijak, memang dia boleh gunakan dengan bijak situasi ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Blog Archive