Monday, 3 May 2010

Cucu Tok Nadok, Panglima Kepala Bataih

Jebon: Oi, Awang! Fuh, terer la hang.

Awang: Haaa, baru hampa tau aku terer, sebelum ni hampa dok peleceh aku, lani baru semua orang tau sapa dia Awang bin Bokceh.

Jebon: Semua orang dok cakap pasai hang la, merata aku pi depa semua dok cakap pasai hang.

Awang: Aku dah agak dah, mesti orang dok cakap pasai aku punya. Kira aku lani macam selebriti la.

Jebon: Memang hang dah jadi selebriti dah, kalah Mawi, hang lagi famous.

Awang: Tu dia, Mawi pon kalah kat aku, hahahahahaha, aku memang dah agak dah. Ntah ntah lepaih ni Najib pon nanti mai cari aku mintak otograf kot?

Jebon: Mana hang dapat idea nak bunoh TGNA tu?

Awang: Hai takkan hang tak tau aku keturunan pendekar, darah pendekar mengalir dalam badan aku.

Jebon: O! Betoi jugak, bapak hang kerja tembak anjin di pejabat haiwan kan? Memang hang ada darah pembunuh la tu.

Awang: Eh, Bon, ni aku nak tanya sikit, apa depa dok kata pasai aku? Depa dok puji aku tinggi-tinggi kot? Ada depa kata aku ni penyelamat bangsa ka, keturunan Hang Tuah ka?

Jebon: Rata rata aku pi depa dok kata, hang lembu takdak akai, budak hingusan tak tau apa, budak baru belajaq meloceh. Aku dengaq ada orang kata kat aku ada geng belah depa nak mai cari hang.

Awang: Nak mai cari aku? Pasai apa?

Jebon: Tak tau la, tapi yang aku dengaq, depa kata geng tu nak mai terajang hang.

Awang: Awat pulak? Aku tak buat apa kat depa? Takkan kot? Hang saja kata kot?

Jebon: Betoi, tapi aku tau hang mesti tak takot punya, kan hang ni keturunan pendekar.

Awang: Aku tak takot aih.

Jebon: Awat hang dok berpeloh tu? Ha, awat tangan hang sejuk pulak?

Awang: Panaih sangat lani, tu yang berpeloh tu. Ni, Bon, kalu ada orang cari aku hang kata aku takdak tau.

Jebon: Awat pulak? Kata sanggup bunuh TGNA, kata sanggup kena gantong, ni awat pulak nampak macam takot saja?

Awang: Bukan apa, kalu depa semua mai, aku takot aku terpaksa bunoh depa semua.

Jebon: TU DEPA MAI DAH!!!!!

Awang: MANA?

Jebon: La awat hang pucat? La tengok tu, basah seluaq hang. Hang terkencin ka? Aku acah saja. Awang, Awang, oi Awang, laaa pengsan.

4 comments:

Pak Long said...

Salam ziarah tuan tanah,
Lama Pak Long tak dengaq kisah Awang bokceh dan meloceh... lawak betoi...

La ni Awang bokceh tu dah ada akai sikit kot...

Kata Tak Nak said...

Pak Long,
Bukan apa, saya nak hidupkan balik sastera Melayu.

Anonymous said...

Untuk menjamin keselamatan si Awang nie, kita mesti 'ISA'kan dia...

D'ayo

Kata Tak Nak said...

Anon:
Hmm baguih jugak tu. ISAkan dia di Markas PAS di Kelantan lagi best.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails